Piala Dunia 2010 : Prebiu Separuh Akhir

Posted: 06/07/2010 in Sukan

Uruguay vs Belanda

Uruguay sebuah pasukan underdog kembali membuktikan bahawa juara pertama Piala Dunia ini tidak sepi dari saingan WC kali ini. Bermula tanpa sebarang harapan, Uruguay mengambil kesempatan kegagalan Perancis di peringkat kumpulan sebelum terus garang di pusingan 16 sebelum kemenangan dramatik di peringkat suku akhir sebelum menpah pertemuan dengan Belanda. Bagi saya, tiada apa yang perlu diragukan oleh Uruguay setelah sampai ke peringkat ini. Mereka hanya berdoa dengan ketiadaan Luis Suarez, Diego Forlan dapat menumbangkan corak permainan total football yang diamalkan oleh Belanda.

Fakta menarik pasukan Uruguay:

  1. Uruguay merupakan salah satu-satunya pasukan dari empat pasukan Amerika Selatan yang layak ke peringkat separuh akhir dan mereka amat bernasib baik kerana  Luis Suarez menahan bola dengan tangan dan Asamoah Gyan gagal menyempurnakan penalti ketika sepakan itu bakal membawa Uruguay pulang ke kampung halaman mereka;
  2. Sebagai juara pertama Piala Dunia, Uruguay memerlukan 60 tahun untuk mengulangi pencapaian juara tersebut selepas kali terakhir memenanginya pada 1950;
  3. Diego Forlan mempunyai bapa saudara yang mewakili Uruguay sekitar kegemilangan Uruguay pada 1950an, kini dia mengejar kegemilangan itu di Afsel 2010.

Bagi Belanda, harapan rakyat mereka untuk melayakkan diri ke peringkat akhir sekali lagi menyala selepas gagal pada tahun 1998 di tangan Brazil. Setelah dendam mereka terbalas, hanya selangkah lagi untuk mengulangi sejarah mara ke peringkat akhir pada 1974 dan 1978. Bagi skuad Oranje, Wesley Sneijder ialah nadi mereka dan sekali lagi jeneral Inter Milan ini akan menjadi tunggak utama setalah Berjaya menampilkan aksi meyakinkan ketika menumbangkan Brazil. Persefahaman yang dibina Dirk Kuyt dan Robin van Persie juga membuahkan hasil walaupun gagal menjaringkan gol.

Fakta menarik pasukan Belanda:

  1. Dua kali menjadi naib juara dan satu-satunya pasukan yang belum menjuarai Piala Dunia setelah layak ke perlawanan akhir;
  2. Belanda melebarkan rekod cemerlang mereka, menang 10 perlawanan berturut-turut sejak 2010 dan tidak pernah tewas 24 perlawanan setakat ini. Ini termasuk kesemua lima perlawanan di Afsel dengan masa permainan 90 minit;
  3. Wesley Sneijder, seorang pemain tengah, telah menjaringkan empat gol manakala empat lagi gol dijaringkan oleh pemain lain yang turut berperanan sebagai penyerang iaitu Arjen Robben, Robin van Persie, Dirk Kuyt dan Klass Jan Huntelaar.

Jerman vs Sepanyol

Jerman garang menumbangkan satu persatu lawannya di peringkat kalah mati. Semangat berpasukan yang ditunjukkan anak buah Joachim Low membuktikan bolasepak bukanlah bergantung kepada pemain bintang semata-mata. Rata-rata pemain Jerman dibentuk dari skuad remaja dan berusia purata 25 tahun dan tidak hiraulah ketiadaan Michael Ballack dalam skuad mereka kali ini. Namun ketiadaan, Thomas Mueller yang digantung satu perlawanan dilihat satu kepincangan buat barisan depan Jerman walaupun Bastian Schweinsteiger tampak mampu mengisi ketiadaan beliau sambil dibantu pemain pengganti sama ada Mario Gomez atau Toni Kroos.

Fakta menarik pasukan Jerman:

  1. Jerman telah menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan berlainan dalam WC kali ini iaitu ketika menewaskan Australia, England dan Argentina;
  2. Miroslav Klose hanya perlu menjaringkan satu gol lagi untuk menyamai rekod penjaring terbanyak WC bersama Ronaldo dan dua lagi gol untuk mengatasi rekod Ronaldo;
  3. Pengurus Jerman Joechim Leow tidak pernah memakai baju lain selain baju panas berwarna biru dan seluar hitam sebagai pakaian tuah buat pengurus itu.

Sepanyol pula satu pasukan yang berkualiti dari segenap segi. Mereka berkemahiran, kuat dari segi mental dan tenang menghadapi asakan dan tekanan. Ini terbukti dengan kemenangan yang dicipta, walaupun tipis tapi cukup buat mereka layak ke pusingan seterusnya. Mereka tenang menyerap asakan, sabar menunggu peluang dan mengasak bila ada kesempatan. Mungkin Sepanyol tidak segarang Jerman tapi perlu diingat lawan yang mereka tentangi semuanya bernafsu tinggi. Jadi saya tidak bimbang dengan prestasi Sepanyol yang diharap dapat diulangi semasa menjulang Piala Eropah dua tahun yang lalu.

Fakta menarik pasukan Sepanyol:

  1. David Villa, Xavi, Carlos Puyol, Gerard Pique, Andres Iniesta, Sergio Busquet adalah barisan impian dari kelab Barcelona dan jika Cesc Fabregas menyertai Barcelona, maka tujuh pemain Sepanyol akan menyinari Barca;
  2. Dari enam gol yang dijaringkan sepanjang perlawanan, lima daripadanya disumbangkan oleh David Villa;
  3. Vicente Del Bosque tidak pernah menunjukkan reaksi gembire ketika pemain dan pegawai di bangku simpanan meraikan kejayaan, mungkin menunggu detik mengucup Piala Dunia untuk bersorak gembira.

Secara matematiknya, saya menjangkakan kedua-dua perlawanan akan diheret ke masa tambahan dan seterusnya ke sepakan penalti. Tidak dapat saya ramalkan siapa yang bakal ke pentas final kerana keempat-empat pasukan adalah layak berdasarkan fizikal, mental, skil dan semangat berpasukan yang mereka ada. Pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan layak dan tidak bermakna yang gagal adalah pasukan yang lemah. Namun, jauh di sudut hati saya memilih Belanda untuk bertemu Sepanyol di pentas final. Jumpa lagi di entri yang akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s