Piala Dunia 2010 : Prebiu Perlawanan Akhir

Posted: 10/07/2010 in Sukan

Menjelang kick off perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City, Johannesburg, mari kita lihat fakta menarik kedua-dua pasukan:

Belanda

  1. Belanda akan memenangi Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah bolasepak mereka setelah dua kali mereka kecundang pada 1974 dan 1978. Kedua-dua final tersebut menemukan Belanda dengan tuan rumah tahun tersebut iaitu Jerman Barat dan Argentina;
  2. Belanda memiliki rekod pertahanan yang baik sepanjang pusingan kelayakan. Mereka hanya bolos dua kali. Namun dalam pusingan akhir setakat ini, meraka telah melepaskan lima gol dalam perjalanan ke perlawanan akhir;
  3. Belanda boleh menang jika tidak terlalu bergantung kepada Wesley Sneijder. Robin van Persie dan Dirk Kuyt harus lebih independent dan menyengat dan membiarkan Sneijder bertindak sebagai free role;
  4. Belanda mempuyai liga domestik yang kurang ternama membuatkan ramai pemainnya berhijrah ke liga luar seperti EPL dan Italian Serie A. Walaubagaimanapun ia tidak menghalang persefahaman mereka untuk membawa The Oranje ke final;
  5. Formasi 4-3-3 dilihat menjadi tonik buat Belanda dimana gandingan Kuyt-van Persie-Robben dilihat mampu merobek gawang Sepanyol sambil Sneijder membantu dari belakang. Cuma mungkin kekurangan pengalaman beraksi dalam perlawanan akhir bagi sesetengah pemain akan menjadi penentu malam final nanti.

Sepanyol

  1. Sepanyol kali pertama melayakkan diri ke perlawanan akhir. Setelah menjuarai Kejohanan EURO2008, menjuarai Piala Dunia tahun ini merupakan pencapaian terbaik bagi skuad matador ini;
  2. Dalam pusingan kalah mati, Sepanyol belum melepaskan sebarang gol sepanjang 270 minit. Benteng kendalian Carlos Puyol dan Gerard Pique di samping kekebalan Iker Casillas nyata ampuh dan menjadi sebahagian dari nadi kekuatan Sepanyol;
  3. Fernando Torres masih mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pertama dalam Piala Dunia dengan syarat dia diturunkan dalam perlawanan akhir ini. Namun, prestasinya yang tidak menentu dan kelincahan Pedro yang diturunkan pada perlawanan separuh akhir tempoh hari membayangkan Torres akan bertindak sebagai supersub;
  4. Sepanyol harus bermain dengan formasi 4-4-2 dengan meletakkan Villa-Pedro sebagai penyerang kerana Villa Nampak kurang berfungsi jika Del Bosque bermain dengan 4-3-3. Pedro boleh menarik perhatian lawan dengan kelincahannya membuatkan pertahanan Belanda runsing memikirkan Villa atau Pedro;
  5. David Villa merupakan penjaring terbanyak EURO2008 dan sekali lagi beliau mengimpikan gelaran kasut emas di Piala Dunia pula. Ini peluang terbaik menambah lagi jaringan setelah Berjaya merobek gawang lawan sebanyak lima kali. Walaubagaimanapun Wesley Sneijder menjadi pencabar utama di samping Miroslav Klose juga masih berpeluang.

Pemain perhatian : Wesley Sneijder, Arjen Robben, David Villa dan Xavi

Ramalan : Belanda 1 Sepanyol 2

Selamat menyaksikan perlawanan akhir!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s