Corat Coret Piala Dunia 2010

Posted: 17/07/2010 in Sukan

Berakhirlah sudah Piala Dunia 2010 di Afsel. Tahniah kepada Sepanyol dan 31 pasukan lain yang bersaing sengit dengan menampilkan mutu bolasepak di tahap tertinggi. Ikuti sedikit coretan sepanjang WC2010:

  1. Kevin Kopunek hanya masuk dua minit dan memerlukan satu sentuhan untuk menjaringkan gol ketiga Slovakia dan terus menyingkirkan Italy di peringkat kumpulan. Lebih memalukan Italy menduduki tangga tercorot dalam kumpulan lebih teruk dari New Zealand yang menduduki tangga ketiga dengan tiga mata;
  2. Sotong peramal dari Jerman bernama Paul telah mengekalkan rekod 100% apabila tujuh tekaannya membabitkan perlawanan pasukan Jerman tepat. Walaubagaimanapun, sotong tersebut diancam bunuh apabila tekaan terakhir tidak memihak kepada Jerman yang mana mereka tewas 0-1 kepada Sepanyol. Lebih memeranjatkan ramai barisan jemaah menteri di Sepanyol memberi pelawaan untuk menghulurkan bantuan bagi melindungi sotong tersebut. Ramalan terakhir yang tidak membabitkan pasukan Jerman iaitu perlawanan akhir juga tepat di mana Sepanyol memenangi perlawanan dengan 1-0. Kerana  bolasepak, negara, manusia dan haiwan turut merasa teruja dan ghairah;
  3. Asamoah Gyan hanya perlu tenang menyepak penalti ketika minit terakhir masa tambahan untuk mengesahkan Ghana ke separuh akhir tetapi dia memilih untuk merembat deras ke palang gol menyebabkan nasib Uruguay yang berada di hujung tanduk kembali bernyawa dan terus memenangi penentuan penalti. Namun begitu ketenangannya harus dipuji apabila tenang menyepak masuk sepakan penalti pertama Ghana. Walaubagaimanapun ia belum cukup untuk menghalang kemaraan Uruguay;
  4. Isu kesilapan pengadil memang tidak lari dari bolasepak. Insiden pertama membabitkan pengadil Frank De Bleeckere dari Belgium melayangkan kad merah kepada Anther Yahia dari Algeria sedangkan bukan beliau yang terlibat dalam insiden membantah keputusan pengadil. Insiden kedua pula membabitkan pasukan England apabila pengadil Jorge Larrionda dari Uruguay tidak mengesahkan gol Frank Lampard walaupun bola telah melebihi garisan gol lebih dari satu kaki dan insiden terakhir membabit pengadil dari Italy Roberto Rosetti yang membenarkan jaringan Carlos Tevez ketika bertemu Mexico walaupun jelas Tevez berkedudukan ofsaid;
  5. Dalam 64 perlawanan, hanya dua perlawanan yang disifatkan bersih apabila pengadil tidak melayangkan walau satu kad pun kepada pemain. Perlawanan tersebut ialah di antara Korea DPR menentang Ivory Coast di peringkat kumpulan dan Jerman menentang Sepanyol di peringkat separuh akhir. Pasukan Sepanyol juga merupakan pasukan paling bersih di peringkat kumpulan di mana tiada seorang pun pemain dilayangkan kad pada perlawanan peringkat kumpulan;
  6. Sepanyol memenangi Piala Dunia buat kali pertama dalam percubaan pertama mereka di perlawanan akhir. Mereka juga ialah pasukan pertama memenangi Piala Dunia di luar benua Eropah dan merupakan pasukan pertama menjuarai trofi tersebut setelah tewas di perlawanan pembukaan. Di samping itu, skuad La Roja merupakan juara yang menjaringkan gol tersikit, iaitu lapan gol. Semua margin jaringan ketika menang hanyalah satu gol;
  7. Vuvuzela merupakan sejenis alat yang ditiup dan mengeluarkan bunyi yang bingit di sekeliling stadium. Walaupun pada permulaannya mendapat tentangan hebat namun setelah sebulan, para pemain sudah lali mengenainya dan menganggapnya salah satu cabaran dan tarikan bermain di Afrika;
  8. Tiga pasukan teratas Piala Dunia 2010 iaitu Sepanyol, Belanda dan Jerman mempunyai pemain utama dalam liga tempatan masing-masing. Sepanyol menghimpunkan barisan pemain Barcelona, Real Madrid dan Valencia manakala Belanda megah dengan gabungan PSV Eidhoven, Ajax Amsterdam dan Feyenoord. Jerman pula berbangga dengan pemain dari kelab Bayern Munchen, VFB Stuggart dan Werder Bremen. Gabungan pemain dari kelab teratas liga tempatan dilihat antara faktor persefahaman yang dibentuk begitu mantap sehingga membuahkan hasil yang lumayan;
  9. Lionel Messi, Kaka dan Wayne Rooney antara pemain bintang yang dikomersialkan bagi tujuan pengiklanan. Akibat dari promosi yang melampau dan sasaran peminat yang menggunung, mereka tidak beraksi sebaik mungkin malah gagal menjaringkan sebarang gol dalam pertandingan kali ini. Tidak ketinggalan Cristiano Ronaldo yang hanya menjaringkan satu gol, itupun ketika menentang Korea DPR. Lain-lain perlawanan, keempat-empat pemain ini dilihat gagal member impak maksimum sepertimana yang ditunjukkan ketika mewakili kelab masing-masing. Lain pula ceritanya dengan empat wira ini, Diego Forlan, Wesley Sneijder, David Villa dan Thomas Mueller. Mereka telah membawa Uruguay dan Jerman ke separuh akhir selain Belanda dan Sepanyol ke peringkat akhir walaupun tanpa publisiti meluas. Ironiknya mereka berempat masing-masing mengakhiri pertandingan dengan lima jaringan;
  10. Dalam WC2010, 12 pasukan telah menggunakan jersi jenama Adidas manakala 9 pasukan menggunakan jersi Nike. Jenama Puma juga semakin mendapat tempat di hati pasukan di mana 7 pasukan menggunakannya. Selebihnya ialah Umbro-England, Legea-Korea DPR, Joma-Honduras dan Brooks-Chile. Cerita mengenai but pula banyak tertumpa pada jenama Nike dan Adidas di mana rekaan Nike melalui Total 90, Mecurial Vapor dan CTR360 diwarnakan dengan oren dan perak disaingi hebat oleh Adidas F50 berwarna konvensional, hitam dan kuning. Akhirnya tiada pemenang di perlawanan akhir apabila Andres Iniesta dari Sepanyol memaki jersi Adidas dan merembat masuk gol kemenangan menggunakan but Nike.

Adios Afsel. Jumpa lagi di bumi Brazil 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s