Selangor Juara Liga Super Malaysia 2010

Posted: 08/08/2010 in Sukan

Selangor sekali lagi membuktikan kejaguhan mereka apabila merangkul Piala Liga Super Malaysia (MSL) tahun 2010. Kemenangan 2-0 ke atas Terengganu di Stadium Shah Alam pada 31 Julai 2010 adalah titik kemuncak dinobatkan sebagai juara meninggalkan pencabar terdekat Kelantan lima mata di belakang dengan berbaki satu perlawanan. Walaupun tewas dalam perlawanan terakhir liga di tangan Kedah di Stadium Darulaman, ia tidak membawa apa-apa makna bagi Selangor yang telah bermegah dengan Piala Liga buat musim kedua berturut turut. Ikuti corat coret sepanjang mengekalkan Piala Liga Super untuk tahun 2010:

  1. Selangor merupakan pasukan kedua menjuarai Liga Super buat kali kedua berturut-turut selepas Kedah melakukannya pada musim 2007 dan 2008. Walaubagaimanapun Selangor memenangi kedua-dua kejuaraan Liga Super pada 2009 dan 2010 tanpa menggunakan pemain import; 
  2. Secara kebetulan, Selangor menjuarai Liga Super 2010 dengan 20 kemenangan, tiga seri dan tiga kekalahan membawa kepada pengumpulan 63 mata sama seperti menjuarai Liga Super 2009 juga dengan 63 mata;
  3. Selangor berjaya menghapuskan badi pada tahun ini dengan memenangi perlawanan di Pasir Gudang menentang Johor FC. Ia berlaku setelah kali terakhir menang dengan Johor FC pada tahun 2002. Selangor juga berjaya menang di Kuala Terengganu menentang T-Team setelah hanya kali terakhir menang di sana menewaskan Terengganu pada tahun 2001;
  4. Selangor merupakan pasukan yang menduduki tangga pertama Liga Super sejak kemenangan 4-1 ke atas Kuala Lumpur pada 12 Januari 2010 dan kemenangan tersebut kerupakan kemenangan kedua setelah membenam Negeri Sembilan pada perlawanan Piala Sumbangsih di Paroi dengan 2-1. Sejak perlawanan kedua liga, Selangor tidak pernah melepaskan takhta liga sehingga perlawanan terakhir pada 3 Ogos 2010;
  5. Selangor ditimpa bencana pada pertengahan musim apabila jurulatih pasukan K.Devan, pemain Safee Sali, Hardi Jaafar dan Razman Roslan masing-masing digantung enam dan tiga perlawanan kerana bertindak mengasari pengadil sewaktu perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 10 April 2010. Kapten Amri Yahyah pula cedera di kaki apabila menyelamatkan anaknya yang bermain di rumah dan memecahkan pasu kristal milik isterinya. Walaubagaimanapun, barisan pemain simpanan terus konsisten mempertahankan takhta liga sehingga penghujungnya;
  6. Barisan serangan Selangor merupakan yang paling garang musim ini dengan cetakan keseluruhan sebanyak 62 gol sepanjang 26 perlawanan. Mereka telah menjaringkan 4 gol dalam sesuatu perlawanan sebanyak 6 kali ketika membenam Kuala Lumpur, Pahang, Kedah, Perak, Johor FC dan Negeri Sembilan. Barisan Selangor gagal menjaringkan gol pada empat perlawanan ketika kalah kepada Terengganu (23 Januari 2010), seri kepada Kelantan (13 Mac 2010), tewas kepada Perak (6 Julai 2010) dan tewas kepada Kedah (3 Ogos 2010);
  7. Walaupun mendahului liga dari awal musim, Stadium Shah Alam tidaklah segamat musim-musim dulu kerana anggaran penyokong yang membanjiri stadium sepanjang musim adalah kurang dari 10,000 penonton. Antara perlawanan tumpuan yang dibanjiri penonton adalah ketika menentang Kedah (6 Mac 2010), menentang Negeri Sembilan (15 Mei 2010), menentang Kelantan (10 Julai 2010) dan ketika penentuan juara (31 Julai 2010) menentang Terengganu;
  8. Selangor juga merupakan pasukan paling banyak mendapat perhatian dari segi penyiaran secara langsung perlawanan Liga Super apabila lebih 10 perlawanan ditayangkan secara langsung melalui saluran RTM dan juga Astro Arena;
  9. Pemain Selangor tidak pernah mendapat layangan kad merah secara terus kerana dari dua kad merah yang diperolehi sepanjang Liga Super adalah dari layangan kad kuning kedua dan kedua-dua layangan itu dikenakan kepada Mohd Nasriq Baharom;
  10. Walaupun muncul sebagai pasukan yang paling tajam menggegar jarring lawan, tiada seorang pun pemain Selangor yang berjaya mencipta jaringan hatrik sepanjang MSL 2010. Mohd Amirul Hadi Zainal paling hampir melakukannya apabila empat kali beliau menjaringkan dua gol dalam empat perlawanan berasingan manakala R.Surendren (3 kali), Mohd Amri Yahyah (2 kali), Rudie Ramli dan Safee Sali masing-masing sekali. Mereka yang disebutkan gagal mencari gol tambahan untuk mencipta hatrik bagi tahun 2010.

Sekilas Pandang : Juara MSL 2010

Pasukan

Kedudukan Terbaik Sepanjang MSL : Tempat pertama dari 12 Januari 2010 sehingga 3 Ogos 2010

Kedudukan Terendah Sepanjang MSL : Tempat keempat dari 9 Januari 2010 sehingga 11 Januari 2010

Kemenangan Paling Besar : 6-0 ketika menentang Johor di SSA pada 26 Januari 2010

Kekalahan Paling Besar : 0-4 kepada Terengganu di KT pada 23 Januari 2010

Kemenangan Berturut-Turut : 10 kemenangan dari 27 Februari 2010 sehingga 6 Julai 2010

Kekalahan Berturut-Turut : Tiada rentetan kekalahan berturut-turut

Perlawanan Tanpa Kekalahan : 10 perlawanan dari 27 Februari sehingga 6 Julai 2010

Perlawanan Tanpa Kemenangan : 2 perlawanan dari 6 Julai 2010 sehingga 10 Julai 2010

Perlawanan Tanpa Dibolosi : 10 perlawanan sepanjang MSL

Perlawanan Tanpa Menjaringkan Gol : 4 perlawanan sepanjang MSL

Pemain

Pemain Terbaik : Mohd Amirul Hadi Zainal

Pemain Muda Terbaik (Bawah 23 tahun) : Safiq Rahim

Penjaga Gol Terbaik : Mohd Hamsani Ahmad

Pemain Pertahanan Terbaik : Khairul Anuar Baharom

Pemain Tengah Terbaik : Mohd Amirul Hadi Zainal

Pemain Penyerang Terbaik : Mohd Safee Mohd Sali

Pemain Paling Senior : Khairul Anuar Baharom (35 tahun)

Pemain Paling Junior : Mohd Asraruddin Putra Omar (21 tahun)

Jaringan

Penjaring Terbanyak : Mohd Amirul Hadi Zainal dan Safee Sali (12 gol)

Pembantu Penjaring Terbanyak : Mohd Amirul Hadi Zainal (14 bantuan)

Jumlah Gol/Purata per Perlawanan : 62 / 2.38 per perlawanan

Jaringan oleh Pemain Penyerang/

Peratus/Purata per Perlawanan : 24 / 38.70% / 0.92 per perlawanan

Jaringan oleh Pemain Tengah/

Peratus/Purata per Perlawanan : 35 / 56.45% / 1.35 per perlawanan

Jaringan oleh Pemain Pertahanan/

Peratus/Purata per Perlawanan : 3 / 4.83% / 0.11 per perlawanan

Tiga Jaringan Tercantik   :

  1. Mohd Amirul Hadi Zainal (menentang Kelantan di SSA pada 10 Julai 2010)

  2. Mohd Amri Yahyah (menentang Pahang di SDM pada 25 Mei 2010)

  3. Mohd Amri Yahyah (menentang Kedah 6 Mac 2010)

Disiplin

Jumlah Kad : 37

Jumlah Kad Kuning/Pemain Paling Banyak Dilayangkan Kad : 37 / Mohd Bunyamin Omar (5)

Jumlah Kad Merah/Pemain Paling Banyak Dilayangkan Kad : 2 / Mohd Nasriq Baharom (kedua-  duanya selepas dua kad kuning)

Penggantungan Khas : Mohd Razman Roslan dan Safee Sali masing-masing digantung tiga perlawanan manakala jurulatih K.Devan dan Hardi Jaafar digantung enam perlawanan kerana mengasari pengadil pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Negeri Sembilan di STAR pada 10 April 2010.

Nota : Segala tulisan di atas adalah pendapat peribadi penulis dan semua maklumat yang ditulis adalah benar hasil statistik simpanan peribadi penulis. Sumber juga diperolehi dari www.selangorfc.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s