Transformasi FAM

Posted: 11/08/2010 in Sukan

Belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada barisan pucuk pimpinan FAM yang baru sahaja selesai proses pemilihan pada 31 Julai 2010 yang lalu. Biar sesiapapun yang memimpin FAM diharap dapat mengembalikan era kegemilangan dan melakukan transformasi bolasepak Malaysia supaya lebih gemilang di persada antarabangsa. Barisan pimpinan juga dituntut bekerja dengan adil tanpa mencampuradukkan kepentingan politik dalam sukan. Berikut adalah senarai exco pimpinan FAM bagi penggal 2010-2014:

PRESIDENT – KDYMM SULTAN AHMAD SHAH (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN
1) KDYTM TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH
2) YBHG TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ANNUAR MUSA

NAIB PRESIDEN
1) YH DATO’ AFFANDI HAMZAH
2) YH DATO’ HAMIDIN MOHD AMIN
3) YBHG DATO’ SERI ABDULLAH HISHAN MOHD HASHIM
4) YB DATUK SUBAHAN KAMAL.

EKSEKUTIF
1) YB DR HAMDAN MOHAMED KHALIB
2) YB DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
3) YBHG DATUK JEFFREY LOW
4) YBHG DATUK ASTAMAN ABDUL AZIZ
5) YDH DATUK OSMAN SALLEH
6) TUAN HAJI ROSMADI ISMAIL
7) MEJAR RANI ABDUL RAHIM
8) ENCIK S. SIVASUNDARAM.

Sebagai salah seorang peminat bolasepak Malaysia, saya ingin menggariskan lima perkara yang perlu ditransformasikan FAM supaya bolasepak Malaysia lebih maju pada masa akan datang:

  1. FAM perlu menghantar delegasi ke Korea Selatan atau Jepun selama enam bulan bagi mempelajari corak pembangunan bolasepak dari peringkat akar umbi lagi. Beberapa perkara boleh dilihat seperti pembangunan pemain muda bermula dari sekolah, penganjuran liga tempatan, latihan, pemakanan dan lain-lain lagi. Kita ambil sampel dari sana dan kemudian adunkan mengikut kesesuaian di Malaysia. Insya Allah dalam masa lima tahun pasti membuahkan hasil dari membazir duit menghantar pasukan kebangsaan berlatih di luar dan lebih melihat kepada result oriented sahaja. Kita perlukan performance based oriented supaya pemain mana pun yang diketengahkan mempunyai kualiti yang separa hasil projek pembangunan yang teratur;
  2. FAM perlu memastikan penganjuran liga tempatan mendapat sokongan dari peminat. Antara perkara penting ialah mengembalikan kebenaran pasukan untuk menggunakan pemain import. Kehadiran pemain import akan membantu menambah kantung persatuan melalui kehadiran peminat ke stadium dan sedikit sebanyak akan menyelesaikan masalah kewangan. Ternyata pengharama pemain import sejak dua musim lalu menyebabkan peminat bosan untuk ke stadium. Bagi pemain pula, adalah satu cabaran bagi mereka berdiri sama tinggi dengan pemain import dan ini akan dapat membantu skuda kebangsaan apabila beraksi di peringkat antarabangsa;
  3. Penganjuran liga tempatan juga perlu suntikan dana tajaan yang banyak. Oleh itu, FAM perlu meningkatkan pemasaran dan penjenamaan Liga Malaysia supaya penaja berminat. Tidak hanya tertumpu kepada liga utama, penajaan juga harus disalurkan kepada pembangunan akar umbi dan juga skuad remaja dan pelajar sekolah supaya pembangunan tidak terhenti di tengah jalan;
  4. Sudah tiba masanya FAM mengubah format pertandingan lapuk sepanjang penganjuran MSL. Penganjuran liga perlu transformasi kepada 20 pasukan bagi satu liga. Terpulang untuk menamakannya Liga Super atau tidak kerana kualiti yang lebih penting. 20 pasukan terdiri dari 14 pasukan MSL tahun 2010 dan enam pasukan MPL 2010 sudah boleh direalisasikan. Baki enam pasukan dari MPL dan empat pasukan dari Liga FAM boleh beraksi dalam MPL menjadikan MPL terhad kepada 10 pasukan. Piala FA boleh dikekalkan penganjurannya seperti sedia ada Cuma FAM boleh memendekkan tempoh pertandingan dengan memperkenalkan pertandingan kalah mati untuk satu pusingan sahaja kecuali jika seri perlawanan ulangan akan diadakan di venue pasukan yang menjadi pelawat pada perlawanan pertama. Separuh akhir juga boleh dijalankan satu pusingan sahaja tetapi diadakan di venue berkecuali dan perlawanan akhir diadakan di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam. Bagi Piala Malaysia pula, format 16 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan dengan dua teratas layak ke peringkat kalah mati harus diteruskan sampai bila-bila. Ini kerana format PM sebelum ini dilihat sering berubah dan tidak pernah dibuat di mana-mana negara. Sebagai contoh pada 2009, format lima kumpulan dan sekitar 2006 format tiga kumpulan dilihat tak ubah seperti liga kampung. Demi menjada kualiti bolasepak negara, penganjuran liga dan format pertandingan haruslah ditetapkan untuk 5-7 tahun sebelum sebarang perubahan dilakukan;
  5. FAM juga perlu bijak merancang jadual pertandingan. Isu seperti memberhentikan liga apabila liga baru masuk perlawanan ketiga dan menangguhkan pertandingan sempena Piala Dunia adalah langkah kurang bijak. FAM sepatutnya dari awal perlu merancang perjalanan liga selama lima tahun, dan bukan merancang dalam yearly basis. Mengikut logic, jika dikira dari Januari hingga Julai, kita mempunyai  31 kali hujung minggu dan andai kata kita ambil separuh dari 31 minggu tersebut untuk menjalankan perlawanan di pertengahan minggu, kita ada 15 perlawanan yang dapat dikendalikan. Ini bermakna jumlah keseluruhan FAM boleh mengendalikan 46 perlawanan dari Januari hingga Julai. 46 perlawanan tersebut boleh dibahagikan kepada 38 perlawanan liga (timbale balik bagi setiap pasukan) dan 8 perlawanan Piala FA (pusingan pertama, kedua, suku akhir dan separuh akhir secara timbal balik). Hanya satu perlawanan iaitu perlawanan akhir Piala FA yang perlu dijadualkan semula. Ini tidak termasuk cuti umum yang jatuh pada hari perlawanan yang mana FAM boleh merancang untuk mengubah jadual kerana kita boleh lihat cuti umum sepanjang tahun. Bagi Piala Malaysia pula, FAM boleh merancang untuk diadakan pada bulan Oktober dan November (tertakluk kepada bulan Ramadan dan Syawal) dan pada bulan Disember liga berehat untuk disambung semula pada Janurai tahun hadapan.

Apapun cadangan dan langkah positif yang diambil oleh barisan kepimpinan FAM, diharap FAM tidak menipu peminat dengan pelbagai janji palsu. Peminat mahu saksikan perubahan kerana peminat masih sayangkan bolasepak Malaysia. AYUH BANGKITLAH FAM!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s