Selamat Hari Malaysia

Posted: 16/09/2010 in Bacaan Ringan

16 September 1963 merupakan tarikh pembentukan Malaysia yang terdiri dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura. Dua tahun selepas ini iaitu pada 9 Ogos 1965, Singapura secara rasmi keluar dari Malaysia dan membentuk republik Singapura. Hari ini merupakan tahun pertama Malaysia menyambut ulangtahun pembentukan Malaysia dan hari ini juga merupakan tahun pertama 16 September diumumkan sebagai cuti umum pada setiap tahun.

Namun apalah erti 47 tahun terbentuknya Malaysia jika pemikiran kita tidak sematang tempoh tersebut. Jika dilihat Singapura hari ini lebih maju dari Malaysia hanya setelah 45 merdeka tetapi kita telah 53 tahun mengecapi kebebasan tersebut. Hari Malaysia mengajak kita terus menginsafi diri agar lebih maju ke depan bagi menyahut tema merdeka, 1Malaysia Menjana Transformasi. Kita hanya kurang 10 tahun lagi untuk menyahut Wawasan 2020 yang dicipta sekitar tahun 90an. Adakah kita cukup bersedia kearah itu? Sebelum kita melangkah lebih jauh kita harus perbaiki beberapa langkah di bawah agar harapan Malaysia menjadi negara maju terus menjadi kenyataan;

  1. Patuhi undang-undang jalanraya. Pakai topi keledar, jangan potong Q atau melanggar lampu merah. Etika pemanduan seperti ini adalah tidak bertamadun;
  2. Gunakan harta awam dengan bijaksana. Telefon, pengangkutan bas, LRT, hospital dan sebagainya adalah sumbangan Kerajaan kepada kita;
  3. Jangan buang sampah di merata tempat. Persekitaran yang bersih dapat menjamin kehidupan yang sempurna seterusnya mengurangkan risiko penyakit;
  4. Bersifat patriotik. Ada yang bersyukur menerima bonus tetapi sukar membelanjakannya bagi membeli sehelai bendera Malaysia untuk dikibarkan;
  5. Menuntut ilmu. Rakyat di negara maju adalah berdasarkan bilangan celik ilmu dan bukan bilangan penganggur, penagih dadah ataupun kadar jenayah. Jadi teruskan tuntutan mencari ilmu sebelum menutup mata.

Perkara di atas nampak mudah namun kita belum benar-benar mendalaminya. Banyak lagi perkara yang boleh dikupaskan untuk menjadi negara maju tetapi saya berpendapat kita harus fokus lima perkara di atas dan mengubah sikap segelintir rakyat agar dipandang tinggi.

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 47. Semoga Malaysia sentiasa aman dan makmur.

Comments
  1. dzulhelmi says:

    Sejarah Malaysia satu hal. Yang tak tahu boleh diajar tapi yang tahu tapi buat2 tak tahu lagi berat. Tapi kalau dapat ikut yang lima tu pun jadilah. Malaysia nak maju, attitude mesti maju. Baru kena!

    Like

  2. payaredan says:

    Selamat hari Malaysia…
    Kawan sebenarnya suka menyambut hari Malaysia ni, apa taknya, boleh sambung cuti raya, alhamdulillah. Yang sedihnya, semasa bercuti dikampung tempoh hari, sambutan ini tak dirasai oleh anak2 muda, malahan orang tua pun macam tak tau apa itu hari Malaysia. Tak sempat buat survey penuh cuma dalam satu kumpulan bersembang (itu hari), seorang sahaja yang tau apa itu hari Malaysia… kawanlah orangnya…

    Semoga allah peliharakan Malaysia

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s