AFF Suzuki Cup Final : Leg 2

Posted: 30/12/2010 in Sukan

Salam semua,

Entry kali ni masih lagi berlegar tentang bolasepak Malaysia dan tak lain tak bukan final pusingan kedua AFF Piala Suzuki di GBK, Jakarta, Indonesia. Banyak cerita yang diberitakan di Jakarta oleh koresponden SFC yang mana team Malaysia diberi kawalan ketat oleh polis akibat tindakan fanatik penyokong Indonesia yang tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka 0-3 kepada Malaysia pada 26 Disember yang lalu. Akibatnya pasukan negara terpaksa ke GBK dari hotel penginapan dengan kereta perisai polis. Tak percaya? Cuba tengok gambar ni…

Sudahlah mereka beli tiket pun sampai roboh stadium, player kita nak pergi stadium pun tak boleh naik bas. Dan diberitakan juga penyokong mereka masuk ke stadium seawal jam 2.00 petang sedangkan game bermula jam 7.00 mlm WIB, lebih kurang 5 jam sebelum game. Tak sangka rakyat Indon sanggup berbuat demikian semata-mata nak tengok Malaysia menjulang piala AFF.

Untuk aku yang tak sempat ke GBK, Restoren Singgah Selalu menjadi tempat berkumpul. Lebih kurang 300 orang berpusu-pusu menyaksikan skrin gergasi di sini. Seperti biasa, fenomena 1Malaysia dapat dilihat apabila semua lapisan masyarakat memakai jersi Malaysia.

Huhu nampak macam best je seating aku tu kan tapi sebenarnya ‘giant screen’ tu betul-betul depan aku. So terpaksa mendongak jelah sepanjang game. Perlawanan begitu genting terutama lepas Indonesia dapat penalti. Tetapi sebaik sahaja penalti tak dapat disempurnakan, bergegar restoren SS macam kat stadium. Betapa meriahnya suasana di sini.

Dan setelah menunggu inilah gol yang menggamatkan restoren SS dan seluruh Malaysia. Satu jaringan on the run yang cantik dan menjadikan kedudukan aggregat 4-0. Selepas itu, pasukan negara terus ditekan dan akhirnya timnas Indonesia berjaya menjaringkan dua gol. Keputusan muktamad Indonesia 2 Malaysia 1 namun Malaysia gah menjuarai piala AFF dengan aggregat 4-2.

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan semua yang hadir berpesta dengan percikan bunga api dan menjerit kegembiraan. Cuba lihat di sebelah atas gambar tu…

Huhu…sampai ada yang berdiri atas kerusi. Tokei kedai pun layan je. Apa ada hal…Malaysia dah menang, aku pun untung besar korang makan kat kedai aku…ternyata 14 tahun penantian kini terubat akhirnya. Dan ada yang tak sangka, air mata kegembiraan mula menitis.

Safee Sali, penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol yang nyata menjadi motibasi kepada anak-anak muda untuk mengikut jejak beliau sebagai pemain terhebat ASEAN 2010. Tahniah Safee. You really made my day.

Wajah sugul Christian Gonzales. Diberitakan team PERSIB dari Bandung cuba memancing Safee. Jika benar Safee akan partner dengan Gonzales atau diberi jolokan El Loco ini. Apapun El Loco telah sampai ke penghujung karier. Namapak Muslim dan Fadhli mudah mengawal pergerakan ‘awang import’ Indonesia yang telah dinaturalisasi ini.

Inilah wajah ceria Safiq Rahim menjulang Piala AFF. Kualiti gamabr kurang sharp kerana zoom pakai kamera handphone. Apapun we are the king of ASEAN.

Inilah dia geng aku tengok bola, Masyuk dan Yott. Memang steady siap bawak bendera walaupun tengok ‘giant screen’. Lepas ni tak tau lagi bila kemeriahan seperti ini akan dapat dinikmati. Kepada skuad negara, teruskan kecemerlangan pada masa akan datang. Semoga MSL tahun hadapan lebih meriah demi bolasepak negara.

Malam itu kami pulang gembira sambil membunyikan hon sepanjang jalan.

MALAYSIA JUARA PIALA AFF!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s