Archive for January, 2011

Pada hari Selasa (18/01/2011) yang lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Jersi Selangor dan pengumuman skuad Selangor bagi tahun 2011. Tahun ini Selangor akan memakai jersi baru tajaan Kappa setelah 5 tahun bersama Adidas. Brand Kappa ni satu masa dulu terkenal apabila pasukan kebangsaan Itali menggunakan jersi Kappa. Untuk liga tempatan, Negeri Sembilan telah menggunakannya beberapa tahun lalu. Walau apapun brand jersi tahun ni, pasukan Selangor telah bersedia untuk membaham satu persatu pasukan lawan bagi menakluk semua piala yang dipertandingkan tahun ini.

Inilah dia jersi baru Selangor dengan MBI (Menteri Besar Incorporated) sebagai penaja utama musim ini. Pujian juga harus diberikan kepada MBI kerana salah sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang sanggup bersama menaja pasukan bolasepak Selangor. Jersi ini akan digunakan ketika bermain di Stadium Shah Alam manakala di luar Shah Alam, Selangor akan menggunakan jersi warna kuning.

Inilah barisan pemain Selangor bagi tahun 2011. Hanya enam pemain baru diserapkan ke skuad Selangor musim 2011 ini iaitu Azidan Sharudin, Mohd Fadzli Shaari, Saiful Amar Sudar, K.Depan Sakwati, Yosri Derma Raju dan S. Sritharan. Dengan hanya 23 pemain, diharap skuad ini adalah yang terbaik untuk merangkul tiga piala musim ini.

Kalau dilihat mengikut posisi penjaga gol, musim ini Selangor mempertaruhkan penjaga gol muda bagi menggantikan Hamsani Ahamd. Hal ini mungkin menimbulkan sedikit kegusaran apabila Selangor beraksi di perlawanan genting dan mempunyai tekanan tinggi. Saiful Amar Sudar dan Iqbal Suhaimi jarang beraksi di perlawanan genting namun diharap mereka berjaya mempamerkan aksi cemerlang untuk membina keyakinan.

Pertahanan pimpinan Khairul Anuar Baharom @ Acong masih ditagih bagi menyusun pertahanan muda Selangor terdiri dari Nasriq Baharom dan Asrarudin di samping pengalaman yang dimiliki Razman Roslan, D.Surendren dan Yosri Derma Raju. Barisan pertahanan ini dianggap ‘kereta kebal’ kepada penjaga gol.

Di barisan tengah, kapten skuad Malaysia, Safiq Rahim dibantu kapten Selangor Amri Yahyah dilihat gandingan terbaik ditambah bantuan Hardi Jaafar dan Bunyamin Umar. Di sebelah sayap tidak dinafikan prestasi Amirul Hadi Zainal dan Fadzli Shaari memantapkan lagi pasukan pada musim ini.

Posisi serangan, department yang paling penting sekali. Untuk itu, penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali menjadi sandaran utama sambil dibantu Rudie Ramli dan K.Depan Sakwati. Posisi serangan ini juga boleh diisi oleh Amri dan Fadzli secara bergilir. Mungkin Devan mempunyai strategi ampuh untuk menyusun pemain dalam 26 perlawanan MSL yang akan diharungi.

Akhir kata, menjelang perlawanan Piala Sumbangsih pada 29/01/2011 menentang Kelantan, elok kita flashback kemenangan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih tahun lalu. Klik di sini untuk menonton sedutan perlawanan tersebut.

Jumpa lagi next entry.

Credit to Misai and Along SFC yang telah mengambil gambar di atas semasa majlis pelancaran.

Friendly Game BMMB FC

Posted: 20/01/2011 in Sukan

Pagi ini sempena cuti Hari Thaipusam, budak-budak arrange satu game dengan team Jurunilai Bersekutu FC di padang Kompleks Mutiara Johor Bahru. Ni first time BMMB FC main pagi. Sebelum tu, ni first entry pasal BMMB FC. BMMB FC ialah nama penuh Bank Mualamat Football Club, majikan lama aku. Dua tahun lebih aku kerja kat Bank Muamalat dan rata-rata budak-budak dalam team memang aku kenal. Bini aku pun kerja kat sini so diorang import aku main team ni.

Inilah dia barisan impian BMMB FC. Berdiri dari kiri : Ujang, Faiz, Shukor, Faizul, Cip, Lanman, Azrin. Duduk dari kiri : Roy, Aidil, Aku, Yott dan Azizul. Pemain simpanan yang lain tengah pakai kasut kat belakang nun.

Bersiap sedia memulakan perlawanan tepat jam 9.00 pagi. Time ni matahari baik punya mencanak mengeluarkan cahaya yang bisa mencairkan kepala hotak. Memang kalau main pagi memang muai. Tapi layankan jelah.

Antara aksi-aksi di tengah padang. Pagi ni dapat jersi nombor 10. Antara lagenda yang pernah pakai jersi nombor 10 yang aku minat ialah Allahyarham Mokhtar Dahari dan Lothar Mattahues dari Jerman. Kalau current player sudah tentu Safee Sali dan Wayne Rooney.

Huhu…kalau gambar ni boleh bercakap, dia akan cakap betapa cantiknya jaringan ni. Masa ni kedudukan 2-2 setelah BMMB FC selesa mendahului 2-0. Tapi kelalaian pertahanan melepaskan dua gol menyebabkan pemain BMMB FC kelam kabut mencari gol pendahuluan. Terpaksalah aku naik ke atas membantu serangan dan bila nak crossing toba-tiba bola tu terus melecong masuk. Tak sengaja da…Tapi kalau tengok replay memang macam Hardi Jaafar score masa lawan Singapore sekitar tahun 2007. Tak percaya cuba klik sini.

Fulltime score BMMB FC 3 team lawan 2. Jarang-jarang team aku menang, so bila menang ada sesi cooling down dan sedikit taklimat. Sebab main pagi so ada time la nak cooling down dengan taklimat semua. Kalau main petang jangan harap, siap siap terus balik.

Aha…satu lagi kalau game pagi adalah habuan sarapan. Mereka inilah yang telah menyiapkan potluck masing-masing untuk dibawa ke padang. Lepas main dah penat kita ngap. Banyak menu pagi ni, ada sandwich, meehoon, karipap dan teh o…agak-agak tak penat lagi boleh terjun kolam kat belakang nun…dah lapar naik balik.

Ok till then. Jumpa lagi next entry. Selamat bercuti.

Selamat Tahun Baru 2011

Posted: 01/01/2011 in Bacaan Ringan

Salam semua,

Selamat tahun baru 2011. Semoga semua resolusi dan azam yang kita tanam untuk tahun 2011 ini tercapai akhirnya. Walaupun tajuk entry kali ni bertajuk tahun baru tapi sebenarnya aku tak nak berbincang panjang tajuk tahun baru ni. Sebab dah semua blog dok cerita benda yang sama pasal azam, resolusi, target, KPI dan sebagainya.

Untuk entry kali ni aku nak cerita sikit tentang keunikan majlis perkahwinan di sekitar Johor. Kebetulan hari ini 1 Januari 2011 aku ada dua jemputan kenduri di sekitar Dewan Jaya dan Jalan Ledang (kedua-dua kawasan terletak berdekatan). Jadi aku sempat mengetik beberapa gambar dari kamera hp aku di majlis yang pertama, kawan kepada isteriku masa sekolah-sekolah dulu, Nazihah dan pasangannya.

Inilah dia pengantin lelaki, segak dan tampan menuju ke pelamin. Tapi sebelum tu, kalau keluarga pengantin adalah keturunan jawa, memang lagi meriah sebab tetamu yang datang takkan balik selagi jam 4.00 petang sebab mereka merasakan kenduri kahwin tu sesuatu yang mengakrabkan mereka. Sesuatu yang jarang dilihat di Kuala Lumpur. Dan mereka pastinya akan pulang dengan berkat sebab tuan rumah akan merasa kurang sesuatu jika tak bagi something pada tetamu. Ok berbalik kepada keunikan tadi, setelah kita tengok pengantin lelaki tu sampai kita tengok pulak apa cabaran seterusnya.

Nah ni apa pulak ni? Untuk pengetahuan semua, ni bukanlah ahli keluarga lelaki tapi ahli keluarga pengantin ataupun rakan-rakan mahupun geng penanggar yang berdiri untuk menghalang pengantin lelaki untuk terus mara ke pelamin. So, camaner nak lepas nih? Si ibu pengantin lelaki atau pengapit akan kata “tumpang lalu nak, makcik dari jauh” dan terus disapa oleh kumpulan tu “takkan kosong jer”…

Nah rupanya nak lepas kena hulur ‘duit tol’. Inilah keunikannya. Pengantin lelaki kenalah sediakan angpau duit. Kalau kat bandar sekitar JB biasanya pengantin akan bagi RM1.00 tapi kalau kat kampung-kampung bubuh duit syiling je RM0.50. Duti tol ni lebih kepada adat dulu-dulu dan pengantin boleh niat sedekah kepada mereka. Tapi dulu lagi teruk, siap kena pantun-pantun bagai…kena pulak yang panas baran siap ada yang ugut nak balik tak nak bersanding…

Dah, ni apa pulak? Oh rupanya tadi tu halangan pertama. Yang ni pulak tol yang kedua. Nasiblah kalau rumah kampung siap ada yang tunggu kat simpang, laman rumah, tangga rumah, beranda lagi. Nasib baik buat kat dewan je so ada dua jelah tolnya. Biasanya yang duduk kat pelamin ni antara kawan-kawan atau sepupu yang rapat dengan pengantin.

Nah adik, nah kakak…abang malas nak banyak cerita. Hari pun panas ni kang pengantin pun panas apa pun tak jadi. Gembira mereka dapat duit tol. Namun bukan nilai duit tu jadi ukuran tapi adat melayu dan keakraban serta semangat kekeluargaan yang disemai patut diteruskan. So dengan selamatnya pengantin boleh bersanding.

Eh ni duit apa pulak ni? Sebenarnya inilah halangan atau tol terakhir. Berdepan dengan mak andam. Duit tol ni pulak bukanlah derma atau sedekah sebenarnya simbolik penyerahan pengantin perempuan yang telah diandam atau disolek oleh mak andam kepada pengantin lelaki. Duit tu ialah duit bayaran penghabisan bayaran kepada mak andam atas perkhidmatannya. Bila dibayar, dengan rasminya mak andam menyerahkan pengantin perempuan dengan membuka kipas dan pengantin perempuan terus bersalam dengan pengantin lelaki.

Maka dengan ini, selamatlah mereka bersanding. Upacara menepung tawar berjalan seperti biasa seperti di negeri lain. So itu saja pada entry kali ni. Kepada Nazihah jika anda membaca posting ni sorry kerana menjadikan anda bahan artikel. Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia Selamanya.