Selamat Tahun Baru 2011

Posted: 01/01/2011 in Bacaan Ringan

Salam semua,

Selamat tahun baru 2011. Semoga semua resolusi dan azam yang kita tanam untuk tahun 2011 ini tercapai akhirnya. Walaupun tajuk entry kali ni bertajuk tahun baru tapi sebenarnya aku tak nak berbincang panjang tajuk tahun baru ni. Sebab dah semua blog dok cerita benda yang sama pasal azam, resolusi, target, KPI dan sebagainya.

Untuk entry kali ni aku nak cerita sikit tentang keunikan majlis perkahwinan di sekitar Johor. Kebetulan hari ini 1 Januari 2011 aku ada dua jemputan kenduri di sekitar Dewan Jaya dan Jalan Ledang (kedua-dua kawasan terletak berdekatan). Jadi aku sempat mengetik beberapa gambar dari kamera hp aku di majlis yang pertama, kawan kepada isteriku masa sekolah-sekolah dulu, Nazihah dan pasangannya.

Inilah dia pengantin lelaki, segak dan tampan menuju ke pelamin. Tapi sebelum tu, kalau keluarga pengantin adalah keturunan jawa, memang lagi meriah sebab tetamu yang datang takkan balik selagi jam 4.00 petang sebab mereka merasakan kenduri kahwin tu sesuatu yang mengakrabkan mereka. Sesuatu yang jarang dilihat di Kuala Lumpur. Dan mereka pastinya akan pulang dengan berkat sebab tuan rumah akan merasa kurang sesuatu jika tak bagi something pada tetamu. Ok berbalik kepada keunikan tadi, setelah kita tengok pengantin lelaki tu sampai kita tengok pulak apa cabaran seterusnya.

Nah ni apa pulak ni? Untuk pengetahuan semua, ni bukanlah ahli keluarga lelaki tapi ahli keluarga pengantin ataupun rakan-rakan mahupun geng penanggar yang berdiri untuk menghalang pengantin lelaki untuk terus mara ke pelamin. So, camaner nak lepas nih? Si ibu pengantin lelaki atau pengapit akan kata “tumpang lalu nak, makcik dari jauh” dan terus disapa oleh kumpulan tu “takkan kosong jer”…

Nah rupanya nak lepas kena hulur ‘duit tol’. Inilah keunikannya. Pengantin lelaki kenalah sediakan angpau duit. Kalau kat bandar sekitar JB biasanya pengantin akan bagi RM1.00 tapi kalau kat kampung-kampung bubuh duit syiling je RM0.50. Duti tol ni lebih kepada adat dulu-dulu dan pengantin boleh niat sedekah kepada mereka. Tapi dulu lagi teruk, siap kena pantun-pantun bagai…kena pulak yang panas baran siap ada yang ugut nak balik tak nak bersanding…

Dah, ni apa pulak? Oh rupanya tadi tu halangan pertama. Yang ni pulak tol yang kedua. Nasiblah kalau rumah kampung siap ada yang tunggu kat simpang, laman rumah, tangga rumah, beranda lagi. Nasib baik buat kat dewan je so ada dua jelah tolnya. Biasanya yang duduk kat pelamin ni antara kawan-kawan atau sepupu yang rapat dengan pengantin.

Nah adik, nah kakak…abang malas nak banyak cerita. Hari pun panas ni kang pengantin pun panas apa pun tak jadi. Gembira mereka dapat duit tol. Namun bukan nilai duit tu jadi ukuran tapi adat melayu dan keakraban serta semangat kekeluargaan yang disemai patut diteruskan. So dengan selamatnya pengantin boleh bersanding.

Eh ni duit apa pulak ni? Sebenarnya inilah halangan atau tol terakhir. Berdepan dengan mak andam. Duit tol ni pulak bukanlah derma atau sedekah sebenarnya simbolik penyerahan pengantin perempuan yang telah diandam atau disolek oleh mak andam kepada pengantin lelaki. Duit tu ialah duit bayaran penghabisan bayaran kepada mak andam atas perkhidmatannya. Bila dibayar, dengan rasminya mak andam menyerahkan pengantin perempuan dengan membuka kipas dan pengantin perempuan terus bersalam dengan pengantin lelaki.

Maka dengan ini, selamatlah mereka bersanding. Upacara menepung tawar berjalan seperti biasa seperti di negeri lain. So itu saja pada entry kali ni. Kepada Nazihah jika anda membaca posting ni sorry kerana menjadikan anda bahan artikel. Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia Selamanya.

Comments
  1. NAZIHAH laaaa...hehe... says:

    ade fb dia x?nak add la…hehehe…

    Like

  2. NAZIHAH laaaa...hehe... says:

    Ya Allah..terima kaseh la Dzul Helmi yg sudi menjadi kan sy bahan utk blog anda…SAYA SERONOK SANGAT MEMBACA NYEE….!!!!! hehee…terima kaseh pada yg memeriahkan majlis sy….sgt indah bila mengimbas kembali hari bahagia ini….. ^_^

    Like

    • TK Nazihah kerana sudi baca blog saya. Actually, saya datang wedding awak sebab wife saya Norhuda Hamid kawan awak. Lupe nak mintak izin postkan gambar2 ni. Haha..anyway kalau stil kenal Huda datanglah rumah raya🙂

      Like

      • NAZIHAH laaaa...hehe... says:

        ooo..ni suami huda rupanya…terima jgk sbb sudi dtg ye…hehee…smp kan slm kaseh dan syg sy pada huda ye…sy da menetap kat muar skrg..ikot suami..keje pn kat sni..insya Allah dtg raye nnt ye…
        ^_^

        Like

      • Haha…ok nanti sy pesan kat Huda. Ada no tepon dia tak? Mane tau singgah Muar nanti boleh singgah rumah🙂

        Like

  3. maebam says:

    tak sangka aku pong ade dalam gambar kat atas.. ahahahhaha..

    Like

  4. admin says:

    Yes… good article.. combination of great Pic & a simple words… lastly, promote.. promote.. promote… he..he

    Like

  5. alynn says:

    uhuhuhu.. dahsyatttttttt dah ader blog plak.. keep it up..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s