Safee Sali ke Pelita Jaya

Posted: 07/02/2011 in Sukan
Tags:

Petang tadi dalam sidang akhbar khas oleh Persatuan Bolasepak Selangor, penyerang bolasepak negara dan Selangor Safee Sali sah akan menyarung jersi kelab Indonesia, Pelita Jaya. Selepas lebih sebulan mendapat perhatian, penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki itu akhirnya membuat keputusan tepat bagi mengembangkan karier beliau. Safee Sali telah 5 tahun menyarung jersi nombor 10 Selangor telah membantu Selangor menjadi juara Piala FA (2009), Liga Super (2009, 2010). Beliau telah menjaringkan 35 gol untuk Selangor dan antara gol-gol menarik yang aku pernah saksikan sendiri (dan dalam tv) ialah:

-Gol kedua menentang Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2008;

-Gol keempat menentang Kedah pada perlawanan Sumbangsih 2009;

-Gol pertama Malaysia menentang Indonesia di Jakarta pada perlawana akhir Piala AFF Suzuki 2010.

Ikuti rangkuman gol-gol Safee di sini. Kredit to Nanana @ Imran atas video ini.

Ramai yang meragui keputusan Safee dan FAS kerana Liga Super Indonesia (ISL) dianggap sama taraf dengan Liga Super Malaysia (MSL). Cuma yang membezakan ISL dengan MSL ialah penggunaan pemain import seramai lima orang (dua orang mesti pemain ASEAN). Tambahan pula tekanan dari penyokong fanatik juga salah satu faktor pemain membina kekuatan mental di sana. Fandi Ahmad, Firman Utina, Mohamad Ridwan adalah antara pemain dan jurulatih yang pernah menyertai Pelita Jaya.

Secara peribadi, saya menyokong langkah Safee ke liga luar atas sebab-sebab berikut:

-Pemergian Safee akan membuka pasaran pemain Malaysia di liga luar negara. Dengan ini, lebih ramai pemain negara akan diintai pasukan luar;

-Juara ISL dapat kelayakan bermain di AFC Champions League yang mana dalam pertandingan ini disertai oleh kelab-kelab besar dari Jepun, Korea dan Australia. Dengan ini pasaran pemain akan lebih meluas;

-Meningkatkan skil dan corak permainan dan bersaing dengan pemain-pamain import dari seluruh benua;

Ok, kita cerita pula mengenai kelab Pelita Jaya atau gelarannya ‘The Young Guns’. Berpengkalan di Karawang, Jawa Barat ditubuhkan pada 1986, pernah menjadi juara ISL tiga kali. Ketika ini, Pelita Jaya menduduki kedudukan di dasar liga dari 15 pasukan. Kehadiran Safee di pusingan kedua diharap dapat mengeluarkan Pelita Jaya dari zon penyingkiran. Safee juga akan menyarung jersi nombor 10 Pelita jaya dan akan membuat penampilan sulung pada awal Mac ini.

Sebagai tribute kepada Safee aku uploadkan gambar ini yang diambil pada tahun 2009. Ketika ini, Safee sedang menjalani latihan terakhir sebelum perlawanan akhir Piala FA 2009 pada 25 April dan tarikh ini juga merupakan hari perkahwinan aku di Kuala Lumpur.

Kepada Safee Sali, selamat maju jaya. Kami di Selangor pasti merindui sentuhanmu. Ok jumpa lagi next entry.

Kredit to : Utusan Malaysia, Pelita Jaya FC dan SelangorFC.com

Comments
  1. fuad says:

    memang boleh main ke mamat ni?

    Like

  2. ctzaleha says:

    Pewitttttt…..encemlah blog dia…|:)

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s