We Are Blogger

Posted: 10/02/2011 in Bacaan Ringan

Selasa dan Rabu lepas (8 dan 9 Februari 2011) aku arrange satu kelas blog untuk staf PSZ. The needs of information technology and the power of networking is important nowadays, so aku pun ambil inisiatif supaya golongan ini tidak ketinggalan.Aku teringat lagi kali pertama aku belajar buat blog dari Abon. Ketika itu, aku nak balik JB dari Shah Alam. ajar aku buat blog kat bengkel tayar. Bayangkan tengah-tengah bengkel boleh bukak laptop dan belajar blog. Tapi lepas tu banyak features yang aku kena godak sendiri untuk mengetahuinya. Tak macam kumpulan ni, dapat attend kelas lagi untuk belajar. Thanks to Fuad (Blog Abah) as well for conducting this class for free.

Blog boleh menjadi medium kepada mereka untuk berlatih menulis dengan syarat mereka menulis dari hati. Dari riak muka, mereka cukup teruja dapat membuat blog sendiri kerana selama ini mereka hanya membaca blog orang lain sahaja. Tiga pesanan aku buat mereka:

1. Gunakan blog sebaik mungkin, untuk mencari idea baru, menambah ilmu dan berkongsi pengetahuan;

2. Jangan masuk mahkamah kerana blog DAN YANG PALING PENTING;

3. Jangan berbloging sehingga mengabaikan tugasan seharian.

Mereka di atas gembira kerana telah usai program dan dianugerahkan sijil setelah berjaya membuat blog masing-masing. Untuk KPI mereka mesti memastikan blog selalu dikemaskini. Bagi aku pulak, aku target 5,000 hits menjelang Disember 2011. Mampukah? Tunggu dan lihat selepas ini.

Untuk viewer semua, aku sharekan some notes untuk blogger semua. Kredit to Mr Fuad. Klik sini.

Sehingga entri seterusnya. Take care everybody…:)

Comments
  1. fadilah says:

    tahniah PSZ dpt buat bengkel mcm nih…rugi plak terlepas..sy berblog pon x de yg ajar..kena explore satu2…lama2 ok..jd minat wpon jrg update..

    Like

  2. admin says:

    Tahniah semua,

    Harap ilmu yang diberi dapat di manfaatkan dengan sebaiknya… Kepada yang lain, yang belum ada blog… kalau nak belajar blog jom datang ke PSZ , kami ada 19 orang Blogger yang boleh bagi training… he..he

    Like

Leave a comment