Muzium Negara Part 1

Posted: 27/02/2011 in Bacaan Ringan

Entry kali ni aku nak share visit to Muzium Negara. Korang ingat tak bila korang last pergi Muzium Negara? Kalau aku last sekali masa aku darjah 2 sekolah MBS dulu. Dapatlah bekal air kotak laici dengan kek 2 bungkus…hehe da lebih 20 tahun tu. Mesti korang tertanya-tanya apesal pulak tetiba aku dan wife sibuk nak ke Muzium Negara nih? Haha jawapannya, part 2 nanti korang tau…lagipun wife da tak larat nak jalan so bawak jelah pergi muzium ni. Jalan kat shopping complex pun nanti rambang mata pulak. So jom check it out apa yang ada kat Muzium Negara nih…

Muzium Negara ada dua level dan dua wing. Wing pertama banyak cerita pasal zaman batu sampai wujudnya Malaysia. Kira macam sejarah penubuhan. Gambar atas tu menunjukkan raja-raja dulu bersidang, matawang lama dalam bentuk syiling, ukiran hang tuah dan singgahsana Sultan Melaka.

Ni pulak koleksi duit-duit lama sebelum merdeka. Memang rare nih…setiap negeri ada matawang masing-masing. Bayangkan kalau diteruskan sampai sekarang. Pergi KL je da kena tukar matawang.

Ha ni pulak barang-banrang lama. Dari atas : buku harian tentera Jepun, telefon, typewriter, tengah-tengah tu pulak basikal tentera jepun dan Piala HMS Malaya (piala sebelum Piala Malaysia). Bawah pulak radio, buku kitab apa ntah dan pedang samurai untuk pancung kepala.

And last one aku capture gambar pejuang dan raja terdahulu; atas kiri Sultan Johor, then Dato Onn Jaafar, Sultan Johor (yang keberapa tak ingat) dan last sekali SPB DYMM YDP Agung yang pertama, muka dia ada kat duit kertas kita.

So boleh kata visit ke Muzium Negara ni walaupun singkat tapi bagi banyak manafaat. Untuk sambungan, tunggu part 2 nanti. See ya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s