Ahmad Dhani bin Dzulhelmi

Posted: 10/04/2011 in Bacaan Ringan

Alhamdulillah selepas dua tahun berkahwin, kini aku dan wifey selamat dikurniakan seorang baby lelaki seperti di atas. Baby ini ku beri nama Ahmad Dhani bin Dzulhelmi. Ahamd bermaksud ‘yang terpuji’ dan Dhani bermaskud ‘nisbah’. Pemilihan nama tiada kena mengena dengan vokalis kumpulan Dewa 19 walaupun aku memang minat band ni. Huh, sungguh sekejap masa berlalu. Dulu nama di depan sekarang sudah di belakang, dulu berdua sekarang bertiga. Apapun syukur atas kurniaan Allah dan diharap dengan kelahiran ini, akan lebih mengeratkan kasih sayang dan murahkan rezeki pada masa akan datang.

Hari ini genap 7 hari usia Dhani. Nak tau apa yang berlaku sebelum semasa dan selepas kelahiran? Ikuti kronologi di bawah…

02/04/11 : Sempat pergi kenduri kahwin Lynn dan jalan2 di Jusco dan Tesco. Balik rumah Mama mengadu sakit setiap 5 minit. Kusangka biasa je sebab EDD 22 April. Lepas tak senang duduk, aku pun decide pergi HSA malam jam 12.

03/04/11 : Masuk bilik saringan bersalin. Nurse kata dah bukak 4 cm. Anytime boleh bersalin. Tepat jam 2.45 pg Mama selamat lahirkan Dhani. Lepas lepak bilik lebih 18 jam, kami dibenarkan balik.

04/04/11 : Nurse datang rumah. Disyaki Dhani kena kuning. Dinasihatkan dibawa ke Klinik esok.

05/04/11 : Bawa Dhani ke Klinik. Ambil darah di tumit untuk diuji. Dhani nangis tapi steady. Bacaan 9.3.

06/04/11 : Hari kedua check up di Klinik. Dhani steady tak nangis lagi, baby lain semua melalak. Bacaan kali ini 9.9.

07/04/11 :Hari pertama Dhani jumpa Mak Bidan. Kena mandi minyak dan air beras. Memang terbaik Mak Bidan tu.

08/04/11 : Check lagi di Klinik. Kali ni Dhani da tau kena cucuk. Dia tido, kena cucuk uwek sikit pastu tido balik. Bacaan kali ini naik 10.2. Dr minta pegi HSA Ahad ni.

09/04/11 : Dhani dimandikan oleh Mak Bidan. Abis kena lipat, sangkut, kelepet sane sini tapi Dhani tetap steady. Lepas kena lipat terus tido tak hengat.

10/04/11 : Dhani ke HSA, tempat lahir dia. Tapi kali ni ke wad bayi. Ramai baby kena tahan sebab kuning. Tak sampai hati tengok semua baby nangis. Bacaan hari ini menurun kepada 8.2. Alhamdulillah tak kena tahan di wad.

Ok, till the next entry. Lama gak tak menulis nih, kekok rasanya :)…take care

Comments
  1. fadilah says:

    congrates mr dzul!!moga Ahmad Dhani jd anak yg soleh..AMIN..

    Like

  2. Mohd Fuad says:

    Tahniah bro… pasal kuning tu kalau kat kampung kawan dia beri mandi dengan air akar kayu beli kat sengseh cina. Alhamdulillah, turun…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s