SUKUM 2011 : UTM Kecewa Tersingkir

Posted: 13/07/2011 in Sukan

Barisan pemain UTM menentang UUM

Berdiri : Khairul, Wan Norzaidi, Kamaruzaman, Zaini, Fakhrul Radzi, Fauzee

Duduk : Nazwar, Nordin, Faezel, Megat, Wan Yusryzal

Sudah selangkah ke suku akhir tapi tersingkir!

Itulah kata-kata yang dapat digambarkan kepada UTM FC ketika seri akan menjamin UTM sebagai juara kumpulan namun begitu mereka tewas 1-2 di tangan UUM. Walaupun menunjukka permainan menarik dan mengutip mata maksimum dalam dua perlawanan awal, UTM tewas dengan UUM menerusi head to head apabila perbezaan gol, jaringan dan bolos sama bagi kedua-dua pasukan (jaringan 5 bolos 3). Perkara 6.1.3.2 dalam peraturan permainan bolasepak senior menyebut ” Jika masih seri, pertemuan antara pasukan berkenaan diambil kira, pasukan yang mengalahkan pasukan lawan akan dikira menang”.

Kapten UTM Zaini bersama kapten UUM

Jurulatih, Murhisham membuat beberapa pertukaran setelah beberapa pemain kepenatan apabila mengharungi jadual padat dan kebimbangan kad amaran beberapa orang pemain merehatkan, kapten Fitri Amir, Dzulhelmi dan Budiman sambil mencuba gandingan Kamaruzaman dan Fauzee di pertahanan dan Nordin di posisi serangan. UUM yang memerlukan kemenangan besar bagi memintas UTM mengasak bertali arus pada separuh masa pertama sehingga Kamaruzaman dan Fauzee ditimpa kecederaan. Kesempatan sewaktu Fauzee menerima rawatan digunakan UUM apabila lambungan dari luar dikuis masuk oleh kapten UUM pada minit ke 15. Lantas pertukaran pemain dilakukan dengan masukkan Budiman dan Dzulhelmi setelah KAmaruzaman juga turut mengalami kejang otot. Pada minit ke 35 UTM hampir menjaringkan gol penyamaan apabila sepakan sudut Nordin gagal dikuis masuk oleh Faezel walaupun hanya berdepan penjaga gol lawan. Separuh masa pertama tamat dengan UTM 0 UUM 1.

Bermula separuh masa kedua, Fitri Amir dimasukkan bagi menambah sengat di barisan serangan. Nyata kemasukan itu berbaloi apabila UTM kembali mengasak dan pada minit ke 66, Zaini menggelecek dua orang pemain pertahanan dan terus merembat kencang bagi gol penyamaan. Gol itu nyata tidak membunuh semangat juang lawan yang hanya memerlukan dua minit untuk kembali mendahului menerusi rembatan pemain sayap kiri dan gagal ditepis oleh Megat. Menyedari Unisza telah mencetak lima gol di padang sebelah, UTM tidak mahu ketinggalan dan menyerang lagi namun gol yang dicari tak kunjung tiba. Akhirnya selepas berkira-kira dan merujuk kepada peratura, nyata UTM tersingkir sekali lagi.

Jurulatih UTM, Murhisham berkata nasib nyata tidak menyebelahi pasukannya walaupun telah bermain baik. Rata-rata pemain beraksi bersungguh-sungguh. Pemain UTM juga nyata kecewa dengan keputusan ini da berharap akan mara ke peringkat lebih jauh lagi pada tahun hadapan.

Statistik Perlawanan dengan UUM:

Gol : Zaini 62′

Kad Kuning : Zaini 3′

Pertukaran : Kamaruzaman-Budiman 10′, Fauzee-Dzulhelmi 15′, Nordin-Fitri 40′, Nazwar-Erwan 79′

Statistik keseluruhan SUKUM 2011 :

Gol : Zaini (3), Fitri Amir (2)

Kad Kuning : Budiman, Shahrizan, Zaini

Jumpa lagi di SUKUM 2012 di UUM.

Comments
  1. apepon tahniah tuk UTM FC.. x de rezeki ini taon.. jumpe di Sintok plak.. (hurm… sambil pujik ati sendiri nih..)

    Like

  2. Nomi says:

    Nak cakap ape lagi kan.. haha.. cube lagi dengan tektik baru, semangat baru.. hee.. thank you..

    Like

  3. Nomi says:

    Cuba lagi taun depan..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s