Berakhirnya cabaran Malaysia di pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menyaksikan satu tamparan hebat kepada Datuk K. Rajagobal berikutan terlepasnya enam perlawanan antarabangsa bertaraf tinggi bagi menyiapkan pasukan untuk layak ke Piala Asia 2015. Ia juga akan mempengaruhi ranking FIFA kerana lawan dalam pusingan ketiga ini semuanya hebat-hebat belaka. Untuk layak ke Piala Dunia memang jauh panggang dari api tapi sekurang-kurangnya pasukan ini mampu menunjukkan peningkatan melalu perlawanan kelayakan ini. Sayangnya nasi telah menjadi bubur. Tewasnya kita kepada Singapura menyaksikan negara seberang tambak itu bersama Thailand dan Indonesia beraksi dalam pusingan ketiga dan lebih mencabar. Ini bermakna juara AFF akan rileks aje di rumah menonton tv sambil tiga negara ini akan memperbaiki ranking FIFA jika menang dan akan diberi kelebihan pada kejohonan akan datang.
Selepas usai pengundian kumpulan pusingan ketiga semalam, inilah hasilnya:
Kumpulan A : China, Jordan, Iraq, Singapore
Kumpulan B : Kores Selatan, Kuwait, UAE, Lubnan
Kumpulan C : Jepun, Uzbekistan, Syria, Korea Utara
Kumpulan D : Australia, Saudi Arabia, Oman, Thailand
Kumpulan E : Iran, Qatar, Bahrain, Indonesia
Kesemua pasukan akan bermain enam perlawanan (home/away) dan juara kumpulan akan layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil. SAtu dari lima pasukan ini yang mendapat mata terendah akan bermain dalam play off menentang pasukan yang akan ditentukan oleh FIFA nanti.
Kepada Singapura, Thailand dan Inodesia…selamat berjuang demi memartabat bolasepak rantau Asia Tenggara. Kepada pemain, jurulatih dan pengurus Harimau Malaya, buatlah intipan, rakaman video dan persediaan agar matlamat Piala Asia 2015 tidak hanya omongan kosong.