Rajagobal Tepis Kecaman

Posted: 07/08/2011 in Sukan

MAsih lagi dengan bolasepak kelayakan WC2014. Rasanya dah seminggu lebih tak habis2 lagi isu ni. Kecewa rakyat Malaysia berpanjangan. Ingatkan masuk Ramadhan dah reda, tapi mereka masih memperkatakannya. Kalau masuk takpe ni kalah. Baguslah camtu. Harap lepas ni ambik tahulah pasal bolasepak Malaysia semasa jatuh dan bangun.

Pagi tadi aku terbaca interview Rizal Hashim dengan coach Raja. Agak menarik kupasan Rizal Hashim yang minggu lepas mengecam tindakan taktikal Raja yang kurang berkesan. Beberapa intipati temubual dengan Raja menarik minat aku sebagai pemain dan peminat. Apapun statement Raja ada benarnya. Kalau sekadar minat pasti Raja akan dimaki, nasib baik aku dilahirkan sebagai pemain kemudian peminat, jadi serba sedikit perlu ada win-win situation antara pengkritik dengan pelaksana. Aku conclude apa yang Raja ulas:

1. Penjaga Gol – Sharbinee, Apek even Farizal dikatakan mempunyai standard yang sama sehingga Raja pening nak pilih sape untuk line up. Kesilapan meletakkan Sharbinee ketika pertemua pertama di JBS diakui. Kalau Apek pasti ada usah untuk menyelamatkan gawang dan bukan sekadar menuding jari kepada pertahanan. Tapi harus diingat Sharbinee juga bekerja keras menangkis asakan di JBS.

2. Pertahanan – Keempat-empat pemain pertahanan adalah sama ketika menjulang Piala AFF. Secara logiknya, tiada masalah untuk mereka bersama. Raja hilang Aidil, Sabre dan Nasriq dan takde pilihan lain. Tukar pemain bukan polisis Raja kerana Raja lebih bersikap fix the broke. Contohnya kalau mistake on man marking betulkan cara bukan tukar pemain. Kalau tak sampai bila2 pun mistake yang sama.

3. Ismail Faruqi – Kurang pengalaman tapi menunjukkan potensi ketika menentang Arsenal dan Liverpool. Layak main berdasarkan merit. Beliau tunjang Terengganu dan punyai teknik mantap melalui sepakan percuma dan corner. Rajin turun nai, sesuai dengan taktikal Raja, menyerang dan pantas bertahan.

4. Baddrol dan Ashaari – Ashaari berat menyerang. Lebih suka delay game dan kurang aggresif. Badd pula kalah dari segi merit dengan Ismail. So both of them jadi second option Raja depends on the game situation.

5. Amar dan Shakir – Amar lebih robust dengan tugas fetch and collect. Punyai tackletepat walaupun kurang skill. Bagus untuk tengah bertahan. Shakir lebih offensive ala Safiq, tackle keras dan selalu commit fouls. Raja, coach Tan dan Fauzi telah bincang habis pasal line up ni so diorg pilih based on merit.

6. Target Asia Cup 2015 – Merupakan target utama Raja. Akui Raja terkilan terlepas 6 game berkualiti jika layak pusingan ketiga namun perancangan harus diteruskan. Misi utama mengekalkan Piala AFF tahun depan dan mulai 2012 mula kempen kelayakan untuk Asia Cup 2015.

Cuma satu je yang Rizal tanya tapi Raja tak ulas pasal Fakri Sharaani. Mungkin Raja akui kesilapannya atau editor tak tulis atau Raja sendiri tak ulas. Hanya dia yang tau🙂

Pictures credit to : Osman Adnan, Support Malaysian League FB, FIFA.com.

p/s : Ketika post ini ditulis HM baru saja tewas dengan Selangor 0-1 di SSA hasil jaringan Rudie Ramli. To conclude, it is 6th defeat in a row…

Comments
  1. rizal hashim says:

    Assalamualaikum, salam ramadan saudara,

    Datuk Raja ada ulas mengenai Fakri. Dia kata dia membuat keputusan menggunakan Fakri walaupun ada pilihan Badd atau Saha…dia kata kadang-kadang dia ikut naluri…

    Like

    • Wsalam Rizal, terima kasih kerana komen di sini. Saya hanya ambil input dari apa yang Rizal tulis. Nak komen pun saya bukan penulis hebat seperti anda. Tapi tahniah kerana telah menjalankan tugas dengan sempurna termasuk tulisan terkini ‘Disekolahkan Raja’. Tapi mengikut tulisan Rizal pada Sabtu lepas seolah Raja mengalih tumpuan mengenai Fakri. …”Dalam sekelip mata juga saya memutuskan menggunakan Fakri, bukan Baddrol atau Ashaari. Itu keputusan yang saya buat. Ashaari adalah pemain yang berat menyerang, sebab itu saya guna S. Kunanlan yang laju dan rajin turun naik, sebagai pilihan pertama di kiri bagi membantu Asraruddin. Baddrol saya bagi peluang menentang Liverpool. Hanya sekali nama Fakri tertera. Kalau ikutkan Fakri kalah merit dengan Badd saya setuju tapi bukan dengan Saha kerana posisi mereka berbeza.

      Like

  2. faerrin says:

    Bro, selaku peminat bola sepak tempatan aku akui aku amat kecewa dengan 6 kali kekalahan berturut-turut oleh Malaysia. Walaubagaimanapun sokong tetap sokong kerana selepas ini aku yakin, Malaysia boleh bangkit dan lihatlah kejayaan skuad Olimpik Ong Kim Swee di Slovakia…

    Apa pun salam ramadhan….

    p/s – Go, go, go, Harimau Malaya!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s