Selamat Tinggal K. Devan

Posted: 22/09/2011 in Sukan

K.Devan (KD) bukan satu nama kecil dalam arena bolasepak Malaysia. Hampir membawa Negeri Sembilan menjuarai Piala Liga Perdana 2005 sebelum kebangkitan Selangor untuk menang 4-2 dan telah membawa KM Naza merasai nikmat kejayaan di Liga Perdana sekitar tahun 2006-08. Ironinya KD dipilih menjadi jurulatih Selangor pada musim 2009. Dan dua hari lalu (20/09/2011) KD secara rasmi meletak jawatan sebagai jurulatih Selangor.

KD mungkin rasa bertanggungjawab selepas persembahan buruk Selangor musim ini. Dimalukan Kelantan pada separuh akhir piala FA dengan kekalahan 1-5 di Shah Alam sambil gagal mempertahankan Piala Liga Super dan terbaru menduduki tangga ketiga dalam kumpulan D Piala Malaysia selepas tewas 1-2 kepada T-Team Sabtu lepas. Untuk rekod musim ini sahaja, Selangor tewas semua empat perlawanan dengan T-Team dalam Liga mahupun Piala Malaysia. Pada awal pertandingan Pialam Malaysia, KD menyatakan tidak akan meletak jawatan walaupun Selangor tidak mempamerkan persembahan cemerlang. KD ibaratkan beliau sebagai Arsen Wenger di Arsenal, biarpun diberi tekanan cuku hebat, KD tetap bertahan. Namun akhbar The Star, 21/09/2011 menulis, “I cannot do miracles. My decision to quit was based solely on the team’s poor performances but I was hurt with the banner demanding my resignation.” Memetik satu pepatah dalam Bahasa Inggeris : “There will be a special treatment for a special person”, itu adalah rangkap yang sesuai untuk seseorang yang bergelumang dalam bolasepak. Apabila kita mencipta kejayaan, peminat akan menjulang tinggi pencapaian tapi apabila kecundang, cai dan maki termasuk banner menyeru untuk letak jawatan akan digantung. Itulah bolasepak dan rasanya KD harus masak dengan situasi ini.

Sebenarnya kegagalan KD dan kehancuran Selangor bermula pada awal musim lagi apabila KD menetapkan sasaran untuk menjulang Piala Liga, FA dan Malaysia musim ini dan jika gagal, KD akan mempertaruhkan jawatannya. Setelah kehilangan Safee Sali, KD dilihat tidak mempunyai opsyen di bahagian serangan. Sudahlah polisi KD meminggirkan pemain muda, malah pemain yang dibawa masuk juga kurang bermutu. Lihat sahaja Fadzli Shaari yang sudah berat dan K.Depan yang diperam sekian lama. Benar KD mempercayai pemain berpengalaman akan tetapi ia tidak long lasting dan hasilnya, kejayaan KD hanya bersifat short term only. Antara kesilapan KD juga adalah dengan membiarkan Hamsani Ahmad berpindah dan tidak ditukar dengan penjaga gol yang lebih berpengalaman. Saiful Amar, Iqbal Suhaimi dilihat kurang competitive game dan kehadiran Jeevanathan juga sudah terlambat disamping long term injury yang dihadapai oleh Achong.

Menyingkap kejayaan KD bersama Selangor cukup banyak. Mulai 2009 menjuarai Liga Super kemudian Piala FA disusuli kejuaraan MSL pada 2010, sudah cukup membuktikan KD konsisten. Akan tetapi penyokong Selangor mahukan sesuatu yang mereka rindui, iaitu Piala Malaysia yang kali terakhir singgah di bumi Selangor pada 2005. 2009 KD dimalukan Terengganu sebelum tahun lepas ditunjukkan jalan keluar oleh Kelantan pada suku akhir. Tahun ini? Entah tinggal impian misi 33 yang dilancarkan.

Namun jauh di sudut hati tiada niat memperkecilkan KD serta usaha dan keringat yang dicurahkan kepada pasukan Selangor. Setiap jurulatih mempunyai acuan tersendiri. Dan setiap penyokong hanya mampu menilai di samping mengharapkan kejayaan. Pemain pula mempunyai 80% kuasa apabila beraksi dalam padang dan jurulatih hanya berkuasa semasa latihan. Jadi apakah yang mampu KD lakukan jika arahannya diingkari oleh pemain di atas padang. KD telah melakukan yang terbaik bahkan pernah satu ketika menjadi jurulatih dan pengurus Selangor ketika Zakaria Abd Rahim dipecat.

Ken Worden, Steve Wicks, Abdul Rahman Ibrahim, Bernard Schuum, Omar Ruben Larossa, Dollah Salleh dan kini KD telah merasai pahit manis bersama sang juara. Teruskanlah mencurah keringat kepada pemain-pemain dan majikan akan datang. Untukmu KD, kami ucapkan terima kasih dan selamat maju jaya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s