Raya Dulu, Kini dan 30 Tahun Lagi

Posted: 25/09/2011 in Bacaan Ringan

Assalamualaikum semua,

Pagi ini saya sibuk dengan tugas pada Majlis Konvokesyen ke 47 UTM. Sedang sibuk bertugas, saya ambil sedikit masa untuk menelaah akhbar KOSMO hari ini. Artikel pada mukasurat 10 dalam ruangan ‘Sesama Kita’ nukilan Lokman Othman telah menarik minat saya untuk membaca dengan lebih dalam. Tajuknya adalah seperti yang tertera di atas iaitu “Raya Dulu, Kini dan 30 Tahun Lagi”. Sekali baca nampak macam kelakar tapi bila didalami ada banyak perkara yang perlu kita risaukan menjelang 30 tahun lagi. Saya ingin mengulas sesikit sebanyak point2 dari tulisan saudara Lokman. Penulis menyatakan bahawa nilai-nilai yang memeriahkan hari raya telah semakin lama semakin pupus dek arus teknologi. Berikut saya buat sedikit ulasan.

1. Golongan sekarang tidak mendalamai salasilah keluarga.

Ini terjadi akibat anak-anak tidak mahu mengikut ibu bapa ketika pergi beraya. Jika tidak disemai budaya ini dari kecil tidak mustahil sehingga dewasa, anak-anak tidak mengenali sepupu, bapa dan ibu saudara di sebelah ibu dan bapa. Kalau nak lagi bagus, cuba kenali saudara di belah datuk dan nenek juga. Bagi saya, Alhamdulillah dari kecil telah diajar untuk berkunjung ke rumah saudara, mengenali satu sama lain dan sehingga sekarang kami masih rapat dan saya mampu bergerak sendirian ke rumah mereka tanpa lagi ditemani ibu dan bapa.

2. Konsep ziarah raya dan rumah terbuka.

Terdengar satu bualan antara seorang teman.

A : Selamat Hari Raya, jemputlah datang rumah

B : Ok, nantoi kau SMS bila open house rumah kau.

Seringkali kita dengar perbualan ini, ataupun kita hanya datang bila dijemput ke rumah terbuka sahaja. Sebenarnya konsep ini telah lari dari konsep ziarah raya yang sebenar. Kalau dulu, sesiapa sahaja boleh datang beraya di rumah dan tak mengharapkan hidangan mewah, cukup dengan kuih raya dan air kopi. Tapi kini, tuan rumah bersikap ambil mudah, masak sekaligus dan kita jemput sekaligus. Penat sekali, belanja pun sekali. Bagi tetamu pula, menunggu dijemput baru lah datang. Alhamdulillah juga, saya dan keluarga cuba untuk mengekalkan konsep ziarah di samping memenuhi jemputan rumah terbuka (tidak boleh tolak sebenarnya). Minggu pertama telah ditetapkan untuk mengunjungi rumah saudara mara yang paling hampir, kemudian jiran terdekat, sahabat terdekat serta rakan sepejabat. Saya begitu gembira kerana selama 3 tahun di sini, program ziarah raya di kalangan staf pejabat berjalan dengan lancar. Hampir semua rumah dapat diziarah tanpa mengira pangkat. Itu sebenarnya konsep ziarah dan moga dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Ada sesetengah orang pula malu untuk menjemput orang datang beraya dek kerana kekangan bajet dan tidak dapat menjamu tetamu yang hadir ke rumah. Sikap ini juga harus dikikis kerana jika dibiarkan, konsep rumah terbuka juga akan menjadi sasaran orang yang berkemampuan sahaja. Di rumah terbuka, adakah kita dapat melayan seorang demi seorang tetamu? Cukup hanya bersalaman ketika hadir dan pulang, hampir sama dengan majlis orang kahwin. Manakala konsep ziarah membuatkan tuan rumah dan tetamu berbual lebih lama dan mesra di samping lebih mengenali antara satu sama lain.

3. Utusan Kad Raya vs Teknologi IT

Sekali lagi arus permodenan menenggelamkan acara tradisi. Dahulu musim raya adalah paling meriah untuk mengutus kad kepada ibu bapa, kawan-kawan, cikgu malah untuk yang tersayang. Kad dibeli di shopping mall atau pasar juadah malah saya sendiri sempat menjual kad raya ketika mengaji dan sekolah rendah dulu. Rasa seronok mengirim kad dan jika nasib baik menerima balasan kad tersebut sama ada dengan tangan ataupun melalui pos. Tapi kini internet di hujung jari. Tiada internet SMS jadi pengganti. WAlaubagaimanapun, tiada human touch di situ. Kawan-Kawan saya masih mempertikaikan kenapa saya meminta alamat mereka dengan alasan untuk mengirim kad. Katanya, itu zaman lapuk. Tapi apabila menerima kad, langsung dia SMS dengena menyatakan “Kaulah orang pertama hantar kad kat aku. TQ friend :)”

4. Balik Kampung

Tradisi balik kampung telah ditukar kepada balik ke suatu tempat yang boleh menghimpunkan semua adik beradik dan ibu bapa. Tapi paling best jika di kampung. Tapi sekarang tak kisah. Di rumah flat boleh, rumah teres anak no 1 pun boleh janji semua berkumpul. Berkumpul itu sudah tepat tapi suasana kurang sesuai jika di bandar atau taman perumahan(melainkan memang dari dulu asal bandar). Ini kerana lama kelamaan anak-anak kita akan lupa malah tidak kenal langsung apa itu kampung, bagaimana nak rebus ketupat pakai kayu api ataupun menikmati indahnya pelita ketika malam tujuh likur. Sekarang pun api pelita dah boleh dibuat dari mentol. 30 tahun lagi?

Kesimpulannya, tidak dinafikan bahawa kita perlu perubahan dari segi pembangunan dan kemodenan. Akan tetapi budaya menyambut hari raya perlu diteliti agar 30 tahun lagi kita tidak ubah seperti beraya di London (sepertimana yang disambut oleh rakan-rakan kita yang belajar di sana).

Apapun, masih ada 2, 3 hari lagi untuk kita menziarah raya. Salam Aidilfiti Maaf Zahir Batin🙂

Comments
  1. CikNa says:

    setuju la beb apa yang ko utarakan kat sini.. klu dulu kad raya tu siap bertanding ag sapa dapat paling baanyak.. tapi sekarang terus hilang.. orang kerja pejabat pos relak jek time raya. klu tak dulu siap kena tambah pekerja sementara semata-mata utk sorting kad raya… itu la beza dulu dan sekarang kan

    Like

    • Dulu time nak raya je aku mesti mintak keje sorting kad raya kat PO besar KL. Masyuk beb, nak raya pulak tu. Last day keje dua @ tiga hari sebelum raya. Alhamdulillah sampai skrg aku masih lagi kirim kad kat org wpun diorg ckp kan ke mudah SMS. But for me the important thing is human touch🙂

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s