Universiti Di Tengah Kota London

Posted: 29/10/2011 in Bacaan Ringan

Hi all,

Masa aku tulis entry ni, aku terbangun lagi awal2 pagi. Dah dua hari tidur kat sini asik terjaga awal pagi. Ini semua sebab jetlag belum abis lagi. So disebabkan malam tadi kepenatan dan aku pulak terjaga pagi ni so aku tulis entry ni seawal jam 5.00 pagi untuk story apa yang berlaku semalam.

Bersedia menggegar London

Ok seawal jam 0800hrs kami da gerak keluar. Sarapan yang disediakan Wisma Indonesia (WI) sangat sempoi. Packed dalam bekas plastik je. By the way tempat menginap kitaorg bukanlah macam hotel tapi macam homestay, sebelah menyebelah semua org duduk. Tapi tempat ni memang sunyi. Jam 2000hrs je da senyap macam dah pukul 2.00 pagi. Takde pagar dan kereta mewah semua parking depan rumah je tanpa takut.

Ok program hari ni kita akan lawat dua uni yang tersohor di kota London iaitu Kings College London dan University College London. Kedua-duanya terletak di tengah2 bandar. Bayangkan di tgh kesesakan kota London yang padat ada uni terletak kat situ, bukan satu atau dua tapi banyak.

Kings College London Library punya tempat menerima pelawat. Takde presentation takde makan-makan

Ok sebelum tu nak kasi tau, lawatan ini bukan nak lawat satu uni tapi melawat library sahaja. Sebab pergi dengan geng2 library so kenalah follow diorng. Kings College London (KCL) wujud lebih 100 tahun dulu. Bangunan amat unik dengan keseniannya. Tak boleh renovate biarpun makin ramai student datang. Library staf ada kurang dari 50 orang sahaja untuk serve lebih 20,000 student. Sama macam PSZ tapi PSZ ada hampir 200 staf untuk serve population yang sama. Nampak tak perbezaan di situ? Mereka tak kisah pasal collection banyak tapi cukup untuk simpan rare collection dan buku yang digunakan oleh pelajar. Suasana dalam library sentiasa ramai tak macam di Malaysia, boleh bilang dengan jari. Kalau musim exam sampai ada yang duduk atas lantai. KCL library juga ada spot untuk tujuan perfileman. Stesen TV BBC kerap datang ke KCL untuk dapatkan shooting location dan KCL dibayar untuk itu.

KCL Assembly Point

Cover Album ‘The Beatles’ alaf baru🙂

Ok move on to Uni College of London (UCL) pun besar jugak dan dalam bandar. Bila masuk sini tgk ramainya student mudar mandir terasa ingin satu hari nanti menjadi salah seorang daripada mereka. Seperti biasa library sangat padat. Cuma bezanya di sini library fakulti social science senyap je tapi bila pergi library engineering dalam library macam leisure are. Banyak group discussion dan tempat lepak, lebih kurang PSZ tapi amat padat. Di UCL juga ada muzium batu2 artifak Mesir. Sangat banyak batu ala2 batu bersurat Terengganu berusia ratusan tahun. UCL juga mempunyai bangunan unik, lama dan terpelihara dengan kesenian walaupun menuju zaman moden. Dan dalam kedua2 lawatan ini, pihak penganjur tidak menyediakan air pun, berbeza dengan kita siap sediakan nasik bagai. Tapi layan dan hospitaliti amat baik sekali.

Masjid ni separuh masjid UTM

Selepas tamat sesi lawatan kami bergerak ke London Central Mosque untuk solat dan makan tengahari. Waktu tu dah pukul 1600hrs. Bawah masjid tu ada restoren Islam menyediakan nasi beriani dan makanan halal. Kitorg pun bedal makan kat situ sampai tak abis. Harga jangan tanya sebab kalau aku kasi tau korg convert duit RM makan tak makanla korang nanti🙂

London Sightseeing

Selesai makan dan solat kita berjalan kaki ke stesen tube untuk berjalan2 di sekitar London. Di London berjalan kaki dan berbasikal adalah sangat biasa. Dengan berjalan dan berbasikal orang2 London dilihat lebih sihat dan bertenaga tanpa penyakit walaupun mencecah usia 70 tahun. Bukan sahaja di taman2 malah tgh2 bandar pun ada orang joging dan cycling. Can we do that in Malaysia?

Sherlock Homes…sape dia ni?

Ok stesen Baker’s Street ini terletaknya patung Sherlock Homes. Kalau sampai sini dah dekat dekat Maderm Tusuadde (betul ke aku eja nih…malas nak bukak buku London) muzium lilin yang termasyur di dunia. Ada dua je satu kat London satu lagi kat Hong Kong. Tapi aku tak masuk sebab dah lewat, dan kalau teringin nanti aku pergi jugak. Dan di sini juga terdapat perkhidmatan bas untuk tour London, namanya London Sightseeing, pun tak naik, riki dulu.

Lebih kurang Bintang Walk, KL dan Orchard Road, Singapore

Disebabkan da nak petang so arini kita pusing2 je tgk bandar. Sempat jugak sambar beberapa sourvenir di sekitar London. Harga barang sourvenir boleh compare dalam internet dan lebih kurang sama. Tapi sebelum datang better browse dulu kat internet apa yang nak dibeli. One more thing about London dan bandarnya, sangat ramai orang. Walaupun time kerja, shopping mall penuh, kedai2 pun penuh. Orang London dan pelancong memang suka shopping, that’s why we call London ‘shopping heaven’.

Shopping sudey!

Aku pun tak ketinggalan nak rasa, so kitorng pun singgah di Primark. Store tepi Oxford St ada dua tingkat tapi ramainya manusia sampai nak pegi fitting room pun beratur dekat 300 meter. Barang memang murah (sebab kalau compare pun still murah) sekitar 10 pound ke bawah. Tu jela yang mampu beli pun. Tapi semata2 nak dapatkan paperbag Primark tu dan nak rasa shopping di London, aku pejam mata aje. Da sampai takkan nak berkira tak?

Tube sekitar jam 8.00 malam. Masih penuh orang!

Selesai Primark, masing2 dah kepenatan so kitorg decide nak balik dulu. Tapi ada jugak yg berkata nak repeat balik kat Primark🙂 xpe banyak masa lagi kawan2. So kita naik tube balik ke Colindale dalam pukul 2000hrs. Oh sebelum aku lupa, untuk transportation sepanjang 7 hari ni tak perlu risau sebab da beli osyter card untuk 7 days travelling for zone 1-4. Kalau sesiapa nak ke London beli osyter card ni memang berbaloi. Boleh guna tube dan bas seberapa banyak yang ko suka asalkan jangan lebih zon yg ditetapkan. So far zone 1-4 tu memang centre of London. Harga sekitar 40 pound. Ada osyter card dengan tube map korang akan survive kat London!

Ok, until the next entry. Take care🙂

Comments
  1. aman says:

    Dzul,jom pegi London lagi…seronok pulak baca story ko ni…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s