Stamford Bridge : Chelsea Matchday…My Experience

Posted: 30/10/2011 in Bacaan Ringan

Hi guys,

Hari ni masuk ketiga aku berada di London. So cepat sama-sama baca apa yang aku lalui semalam. Semalam merupakan hari free and easy, sebab weekend so takde office yang buka. Maka dengan rasminya kita diberi peluang untuk melawat bandar London dan tempat2 menarik di sekitarnya. Lesson learn today, Englishman work hard and play hard. Time kerja diorng kerja betul2 but time rehat pulun habis. Sebab tu tube clear time weekend kecuali time match day EPL. Itupun stesen yang berdekatan dengan stadium, yg lain tenang je.

Di depan St Pancras International Train Station

Ok lepas sarapan kitorng terus gegas keluar. Plan hari ni nak go seperately dgn diorng. Impian aku nak tengok match Chelsea vs Arsenal walaupun aku bukan penyokong kedua2 team tersebut, aku nak feel the atmosphere kat stadium. So aku, Bai, Iki, bos dengan Nasa berlima gamble pergi Stamford Bridge SD-home ground Chelsea) walaupun takde tiket. Sebelum tu kitorang kumpul dulu kat International Station St Pancras yang sebesar KL Sentral.

Ticket Machine Kiosk

Sebelum tu nak story sikit kat korang kalau kat London ni tube tu ala2 LRT @ MRT (tren bawah tanah/atas tanah) dan kalau train tu ialah keretapi macam KTM tu dan kalau tram tu tren yang jalan atas jalan raya. Dekat sini everything mudah sampaikan beli tiket keretapi pun pakai machine. Tengok gambar kat atas. Yang penting ada credit card atau cash untuk payment. Tak payah beratur dan cepat.

Bergambar dulu…

Untuk sampai ke SD ini, kita perlu naik tube line Picadilly dari stesen Kings Cross kemudian turun di Earl’s Court. Tukar tube naik line district pulak kemudian berhenti di Fulham Broadway. Stesen tube special akan dibuka time game. Untuk reference map tube boleh refer dalam entry aku sebelum ni.

Penyokong mula masuk stadium

Setibanya di SD, berpusu2 org menuju ke stadium berpakaian biru. Dan macam kat Malaysia jugak tiket pun ada ulat yang jual. Aku bajet paling mahal pun aku sanggup keluar area 50 pound tapi diorang jual paling murah pun 100 pound, x sanggup aku. Kalau MU yang main lainlah πŸ™‚

Di depan Megastore

So disebabkan tak sanggup beli dengan harga mahal kitorang pun pusing sayu stadium, amik gambar, shopping kat megastore dengan harapan ada lagi tiket2 untuk dijual. Tapi sayangnya semua da abis sebab nipun big match lawan Arsenal pulak tu London rival memang tipislah harapan. Tapi bagi aku dapat tengok stadium, pastu padang dengan tiang gol yang selama ni tgk dalam tv je da menjadi satu kebanggaan dan priceless memory. Dan penyokong sgt happening, sama macam kat Malaysia chanting sane sini dan pastinya away fans kena tahan caci maki.

John Terry huge poster berdekatan megastore

So lepas tak dpt tiket tu kitorang plan nak gerak pegi Emirates Stadium pulak. Bos dgn Nasa nak pergi regroup dengan Syuk and the first group for sightseeing tapi aku malas. Better fulfill my dream to see EPL clubs stadium πŸ™‚ So redah jelah pergi Emirates.

Di depan statue salah seorang pemain Chelsea

Tibanya di Emirate keadaan sunyi, tapi staff di megastore macam berhenti keje sebab nak tgk game (masa aku sampai tu game di SD da masuk minit ke 60). Emirate Stadium (ES) ni betul2 plan punya stadium, bukan di tgh dan celah bandar macam di SD. Besarnya ES macam Stadium Bukit Jalil. Capacity are 60,000 penonton. Mural player kat stadium pun memang gempak dengan gambar legend di sekeliling stadium. Try nak masuk tour tapi tiket habis, so aku plan nak repeat balik hari ni. (Sila refer entry seterusnya untuk Emirates Stadium Tour).

Di depan main entrance SD. Yang takde tiket sibuk negotiate tiket dengan ulat.

Lepas abis tour stadium aku gerak ke Queensway jumpa kawan Iki. Kita lepak kat area2 Queensway/Bayswater. Makan di sana kemudian jalan ke Malaysian Student Department (MSD) untuk solat kat situ. Selesai makan dan solat kita gerak pergi beli sourvenir di area situ. Memang murah dan sangat berbaloi. Untuk dapatkan sourvenir London memang advicesable beli kat sini compared to Oxford Street. Setakat firdge magnet dengan keychain tu dalam 10 pound boleh dapat 12 keping. Kena pandai tawar la πŸ™‚

Stamford Bridge old days

Ok satu lagi sempat singgah di satu shopping mall Whiteley kat sini ala2 City Square la kat JB dan singgah satu kedai ala2 Watson. Kat sini perfume memang heaven. Memang murah dari Malaysia. Kalau 20 pound tu boleh dapat EDT 100ml brand CK, Boss, 212 dan paling mahal pun 25 pound. 100ml beb kalau kat Malaysia dah RM180.

Lepas settle kitorang lepak jap minum kopi kat Starbucks. Orang London memang suka lepak coffe house (kalau kita lepak mapley) dan minum kopi without sugar. Pahit tu kopi tu but they used to it. Lepas lepak kitorang pun terus balik dalam kul 9.00 malam. Kepenatan mengangkut barang sampai rumah tengok highlights EPL pastu terus tido.

Esok banyak lagi program nak disusun. Till the next entry. Cheers πŸ™‚

P/S : Sorry takde gambar di Bayswater sebab bateri abis. Untuk lebih banyak gambar di Stamford Bridge, silalah ke FB saya.

Comments
  1. sudah taruk gambar…happy reading

    Like

  2. Haha…nanti bro, connection tak baper nak ok…tunggu balik Malaysia nanti…

    Like

  3. pyejal says:

    kasi gambar taruk beb. baru teruja sikit tengok..hehe

    Like

Leave a comment