Ibu Segala Emas

Posted: 22/11/2011 in Sukan

1989 kita berjaya melakukannya.

1991, diaibkan Filipina

1997, dimalukan Laos

1999, episod duka, tewas 0-6 kepada Indonesia

2001, kecewa depan penyokong sendiri di final kepada Thailand

2009, emas pertama setelah 20 tahun dan,

2011, emas sekali lagi di depan 100,000 dan berjuta rakyat tuan rumah Indonesia.

Benarlah kata pepatah, ibu segala emas ialah bolasepak. Biarpun menang 182 emas, ia tidak bermakna lagi kepada Indonesia kerana hanya satu emas yang mampu melengkapkan gemilang mereka di SEA Games 26 di Jakarta. Malangnya, nasib belum berpihak kepada Garuda. Sebaliknya, lebih 100,000 penonton di stadium dan di luar sanggup berasak-asak untuk menyaksikan pingat emas dikalungkan kepada pasukan Malaysia. Terima kasih atas ‘pengorbanan’ itu.Menewaskan Indonesia di depan penyokong tuan rumah kali kedua selepas Piala AFF tahun lalu bukanlah sesuatu yang mudah tapi bukan mustahil. Dan itu jugalah akibat jika tidak menghormati lagu Negaraku dan mencampur adukkan sukan dengan emosi dan suasana politik.

Bercakap mengenai skuad Ong Kim Swee, rata-rata pemain yang menunjukkan aksi sepanjang SEA Games ini menunjukkan kematangan setelah sebahagiannya beraksi di Slovakia. Kecuali ketika bertemu Singapura, kesemua perlawanan telah menemui piawaiannya. Ramai yang berkata game bertemu Myanmar kita bermain kurang baik. Tapi pendapat saya, OKS mempunyai strategi sendiri untuk menyekang kepantasan Myanmar. Game itu, Malaysia perlu menyerap asakan dan bermain counter attack dan menyerang melalui long pass. Itu sebabnya game menjadi bosan, tidak seperti game menentang Tahiland dan Indo di mana banyak short pass dan wall pass bagi memecahkan benteng.

Biasalah, apabila skuad negara di ambang kejayaan, ramai yang mengambil tahu dan berkongsi kemenangan. Nama pemain mula meniti di bibir dan jersi dipakai pagi dan petang. Namun, akan tiba detik suram satu hari nanti jangan pula dicaci dan dihina pasukan yang digilai. Bukan menidakkan semangat kesemua peminat tapi biarlah menyokong sepenuh hati, bukan bermusim. Dan berilah komen yang membina bukan menghentam bahkan elakkan komen bak jurulatih, kata player itu tak betul, tak sepatutnya dipilih dan sebagainya.

Ok, berikut antara pemain yang saya perlu berikan kredit sepanjang SEA Games ini:

1. Baddrol Bakhtiar – Tidak dinafikan, Badd kurang menyinar dalam MSL, tapi Badd membuktikan kualiti beliau di tahap tertinggi. Badd mempunyai kredibiliti sebagai kapten, cool dalam setiap tindakan dan mempunyai long range shot yang memukau.

2. Mahali Jasuli – Mr cool guy. Tenang menggelecek dan membuat overlapping tapi kadangkala terlupa nak turun. Mempunyai body posture yang mantap dan kebal bertahan. Ada satu lagi SEA Games untuk beliau.

3. Khairul Fahmi Che Mat – Mr Malaysia. Ramai peminat dan terlibat dengan sedikit kontroversi namun beliau bijak menangkis ancaman luar dan fokus dengan game. Berpengalaman dalam usia muda, berani mengancam bola 50-50 dan tangkas dalam bola tinggi. Kesilapan positioning ketika gol Gunawan dalam final merupakan satu fumble yang dapat dikesan. Yang lain ok.

4. Mohd Nazmi Faiz Mansor – Baru berusia 17 tahun tapi matang dalam membuat supply kepada penyerang. Tidak gopoh menyerang bijak memperlahankan game dan jarang menyimpan bola terlalu lama. Itulah gaya permainan modern football. Masa depan cerah dan ada peluang untuk tiga lagi SEA Games.

5.Muslim Ahmad dan Fadhli Saas – Hanya melepaskan tiga gol sepanjang enam game. Purata 0.5 gol setiap game, membuktikan duo ini ampuh bertahan. Sangat berdisiplin sejak dikecam ketika beraksi di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal. Positioning Muslim dan Fadhli sentiasa di area 10 meter membuatkan lawan gagal membuat lorongan di antara kedua pemain ini

Lain-lain pemain bermain dengan baik kerana no great player than a team. So let’s celebrate the win sebelum tumpukan pada fokus seterusnya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012 dan ia bermula pada Rabu ini menentang Syria di Stadium Bukit Jalil. Ayuh, buktikan sokongan tidak berbelah bahagi kerana kitalah Raja Bolasepak ASEAN😀

Comments
  1. […] ketika Malaysia menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan SEA tahun lalu di Stadium GBK? Rujuk Sini Atau kita selalu melihat Messi dan Ronaldo seakan mudah menewaskan penjaga gol lawan dalam penalti […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s