Dua post aku sebelum ni ada kena mengena dengan perkataan pertama iaitu malam pertama dan kemenangan pertama. Dan hari ini perkataan pertama itu nampak sinonim tapi dalam keadaan yang kurang menarik. Itulah yang mampu diungkapkan apabila Selangor ditewaskan buat kali pertama di tangan Felda United 0-1petang tadi di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Nak komen lebih pun tak boleh sebab tak pergi stadium mahupun tengok live sebab game petang. Jadi hanya menunggu laporan dari warga SFC yang sempat menjengah ke Paya Rumput. Tungu punya tunggu lambat sangat so aku copypaste jelah cerita dalam suratkhabar ni. Suka hati korangla nak baca ke tidak…
Selangor diaib FELDA United
Oleh Nazri Abu Bakar
2012/01/18
‘Anak peneroka’ jejas rentak kebangkitan semula Merah Kuning
REPUTASI besar Selangor – skuad pilihan dalam kancah Liga Super, musim ini – tercalar selepas kecundang 0-1 kepada FELDA United di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput Melaka, petang semalam.
Skuad Peneroka itu berterima kasih kepada penyerangnya, Azrul Ahmad yang bijak menolak masuk gol kemenangan pada minit ke-28 untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Pada babak kedua, Merah Kuning cuba membentuk permainan tersusun menerusi gerakan Safiq, Mohd Fitri Shazwan dan Amirulhadi tetapi penyudah tumpul menghampakan, termasuk peluang baik pada minit ke-56 tetapi gagal ditanduk tepat Asrarudin Putra Omar.
Ketika skuad Lembah Klang itu berusaha mencari gol penyamaan, Azrul berpeluang sekali lagi menghukum kepincangan benteng Selangor pada minit ke-59 tetapi tolakannya gagal menemui sasaran ketika hanya berdepan Norazlan.
Usaha Selangor cuba mengikat kedudukan terus dihampakan barisan skuad E Elavarasan termasuk tandukan Amri pada minit ke-63, rembatan Safiq (66) dan cubaan K Gurusamy dua minit selepas itu yang sekadar melepasi palang gawang FELDA United untuk Selangor berputih mata di bumi Hang Tuah.
Line up : Azlan, Razman, Ramez, Asrar, Gun, Guru, Chopot, Zidan, Solihin, Kanchung, Amri
No goals and no bookings