Bukan Mudah Mengambil Penalti

Posted: 25/01/2012 in Sukan

Masih ingat debaran penentuan penalti ketika Malaysia menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan SEA tahun lalu di Stadium GBK? Rujuk Sini Atau kita selalu melihat Messi dan Ronaldo seakan mudah menewaskan penjaga gol lawan dalam penalti ketika permainan? Atau hanya menekan butang petak pada contoller PS dan arrow kiri kanan ketika bermain Winning Eleven? Itulah sepakan penalti.

Bukan mudah menyepak penalti, baik di stadium yang kosong bahkan tidak terperi tekanannya ketika berhadapan dengan stadium yang penuh. Bayangkan ketika pasukan memerlukan jaringan penyamaan dalam perlawanan akhir yang berbaki seminit dan anda ditugaskan membuat sepakan penalti bukan sahaja berdepan dengan penjaga gol sejuah 12 kaki tetapi ribuan penyokong lawan yang mengharapkan sepakan itu tersasar atau berjaya diselamatkan.

Asamoah Gyan pernah gagal melakukannya dua kali dalam satu perlawanan. Satu ketika berada di ambang kejayaan jika dia berjaya melakukan jaringan itu di masa tambahan dan satu lagi ketika penentuan penalti. Kedua-duanya gagal dan Ghana tersingkir di pusingan kedua Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Ahmad Fakri juga pernah gagal di depan 100,000 penonton di GBK, nasib baik yang lainnya menjalankan tugas dengan cemerlang. Khyril Muhymeen juga gaga’ ketika Piala AFF 2007 di Singapura yang membawa kepada kekalahan Malaysia kepada Singapura. John Terry hanya perlu tenang menjaringkan penalti terakhir yang akan membawa kejuaraan Liga Champion ketika berdepan Edwin Van Der Sar, tapi dia memilih tiang lantas memberi kejuaraan kepada MU. Nyata tekanan yang dihadapi untuk membuat sepakan penalti sungguh tinggi, bahkan tekanan kepada diri sendiri juga dirasai andai tiada penonton di sekeliling. Aku sendiri pernah gagal tiga atau empat kali dari 15 sepakan penalti yang seingat aku pernah diambil.

Penalti diberikan jika pasukan lawan melakukan kesalahan dengan memegang bola atau tackling dalam kotak penalti. Jarak 12 kaki dari garisan gol merupakan peluang yang terbaik kerana hanya berdepan penjaga gol tanpa halangan. Pemain hanya perlu menyepak dan menewaskan penjaga gol. Secara teori, 80% analisis menyaksikan pemain berjaya melakukannya manakala 20% lagi berjaya diselamatkan atau tersasar. Malah Gianluigi Buffon dan Khairul Fahmi Che Mat yang mengakui menonton rakaman video sepakan penalti pemain, masih gagal menyelamatkannya dan hanya bergantung 10%-20% nasib untuk berjaya menangkisnya. Jadi, nyatala sepakan penalti yang dianugerahkan berpeluang besar danugerahkan jaringan.

Bagamana untuk melakukannya? Ikuti langkah ini:

1. Pilih Sasaran

Secara teori, sasaran yang paling sempurna dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol ialah top corner di sebelah kiri atau kanan. Walaubagaimanapun, sasaran ini sukar dan perlukan latih tubi yang kerap. Ini kerana, bola perlu disepak tinggi ke penjuru atas dan kemungkinan untuk bola melepasi palang adalah tinggi. Justeru, kebanyakan pemain memilih bottom corner di sebelah kiri atau kanan. Namun, pemain harus menendang bola dengan deras kerana penjaga gol akan mengagak sama ada kiri atau kanan. Untuk right footer, sasaran di sebelah kiri dilihat sesuai kerana mereka boleh merebat atau placing sementara sasaran di sebelah kanan, mereka hanya boleh placing sahaja. Placing dilihat paling selamat kerana sasaran selalunya mengena tetapi pace bola haruslah laju. Begitu juga sebaliknya untuk left footer.

Ada juga yang memilih untuk merembat di tengah dengan harapan penjaga gola akan dive ke kiri atau kanan. Namun, dalam situasi ini, pemain perlu bijak melihat tindakan penjaga gol terlebih dahulu. Ada juga yang berani dengan chicky penalti seperti yang dilakukan Zinedine Zidane dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2006 menewaskan Gigi Buffon namun tindakan in iperlu tahap keyakinan yang tinggi.

2. Sederas Mana

Penalti tidak perlukan rembatan sederas Roberto Carlos atau rembatan yang mampu mengoyakkan jaring. Cukup hanya menjangkaui penjaga gol dan tepat ke sasaran. Setelah menentukan sasaran yang ingin disepak, kita perlu fikir, sederas mana bola perlu disepak. Makin kuat maka makin sukar untuk digapai penjaga gol. Mahu rembat atau placing sahaja? Kalau placing mungkin tak cukup kuat sebab kita gunakan inner foot. Kalau rembat pula takut melambung tinggi sebab kita guna front foot atau lace. Jadi, ikut keselesaan dan latih tubi main peranan. Memang nampak mudah tapi tanpa latihan, pemain bakal kecewa.

3. Tenang

Tenangkan minda, tarik nafas sedalam mungkin dan fokus kepada sasaran dan level kederasan sepakan. Teori mengatakan, jika kita mengubah sasaran di saat akhir lebih 50% akan mengakibatkan kegagalan dalam sepakan. Walaupun latih tubi sering dijalankan, suasana perlawanan kadang kala mengubah perasaan dan menambah tekanan ketika mengambil sepakan. Fikirkan kejayaan dan ambil sepakan dengan penuh keyakinan.

Begitulah sedikit sebanyak tips hasil bacaan aku untuk dikongsi bersama. Semoga penalti kita selepas ini lebih berkesan. Aku sharekan video rangkuman jaringan penalti serta kegagalan Cristiano Ronaldo dalam mengambil penalti. Bagi aku, CR adalah antara pengambil penalti yang tenang dan yakin. Dua faktor yang membawa lebih 90% penalti disempurnakan. Aku terfikir, mana-mana penjaga gol yang menonton video in imasih gagal menyelamatkan penalti tersebut. Adakah sebab dia CR atau teori seperti yang aku tulis di atas memang betul? Kita cuba esok di lapangan.

Selain itu aku juga meminati sepakan penalti Ruud van Nistelrooy dan Denis IRwin. Dua ikon ini telah menyempurnakan lebih 98% penalti semasa di MU. Juga Mahali Jasuli seorang pertahanan yang tenang (jarang sekali pertahanan berani menyepak penalti) dan Shahurain Abu Samah ketika dua kali mengambil penalti (ketika yang pertamanya dibatalkan) sewaktu perlawanan akhir PM 2010 dan juga separuh akhir PM 2010 ketika berdepan Johor FC. Mahali dan Shahurain menyepak ke top corner di sebelah kanan, penalti yang memang sukar tapi sempurna.

Akhir sekali, jangan jadikan penalti satu bala buat anda dan pasukan. Cheers😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s