Selangor Hapus Badi T-Team

Posted: 07/02/2012 in Sukan

Alhamdulillah badi tewas empat kali di tangan T-Team tahun lalu berjaya ditamatkan di Stadium Sultan Ismail Nasirdussin Shah, Kuala Terengganu Sabtu lepas. Tambahan pulan SSINS merupakan gelanggang yang sukar bagi Selangor, baik bertemu T-Team mahupun Terengganu sendiri. Entah apa resipi yang digunakan IB untuk menjinakkan T-Team aku pun tak tahu. Tapi khabarnya IB telah merehatkan pemain bintang yang menyarung jersi negara iaitu Safiq Rahim dan Razman Roslan.

Perlawanan dicontrol sepenuhnya Selangor dalam separuh masa pertama menjadikan T-Team seakan hilang punca di laman sendiri. Selangor memperolehi gol pertama hasil penalti yang disempurnakan oleh Ramez selepas Amri dijatuhkan Rosdi Talib dalam kotak penalti. Ini merupakan gol pertama Ramez buat Selangor.

Usai babak pertama, T-Team melancarkan serangan menjelang separuh masa kedua dan hasilnya Ramez mengasari lawan untuk dihukum penalti. Zairo Anuar tenang menyempurnakannya. Tiba perlawanan ke hujung waktu, Azidan tampil wira apabila menanduk masuk gol kemenangan minit ke 78. Ia juga gol pertama Azidan musim ini.

Kemenangan ini nyata mengembalikan moral pemain dan semangat peminat yang rata-rata bimbang dengan ketiadaan pure striker. Tambahan pula aksi below par dari pemain bintang amat diragui. Mujur Copot yang dimasukkan pada babak kedua telah berubah dan beraksi baik. Harap coach IB hanya memilih pemain yang benar-benar perform dan bukan atas latar belakang pemain itu sendiri.

Ikuti rangkuman di bawah:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s