Bandung Trip : Transportation and Meals

Posted: 04/11/2012 in Jalan Jalan

Hi all,
Ok sambung part two ni aku nak cerita pasal transportation dengan makan di Bandung.

1. Transportation

Tak perlu risau sebab di Bandung ni walaupun takde MRT atau bas tambang ada beberapa option untuk berjalan ke sana ke mari seperti berikut:

a. Angkutan Kota (Angkut) – Angkut ni ala ala bas mini tapi ia sebuah mini van yang diubahsuai seat di belakang dan ada pintuk di tepi. Angkot beroperasi ikut laluan tapi boleh tanya pemandunya kemana nak pergi. Tambang sekitar IDR1,000-IDR5,000 ikut perjalanan. Agak brutal juga pemanduan angkut ni dan kalau nak berhenti ikut suka korang la asalkan menyebut ‘kiri’;

b. Taksi – Lebih selesa dan bayarannyalebih mahal sedikit antara IDR10,000-IDR50,000 ikut perjalanan. Ada juga yang ikut jam bila dia tau kita ni orang Malaysia. So gunakanlah taksi ini bila keadaan memerlukan sahaja. Namun ia lebih mudah untuk terus ke tempat dituju seperti airport atau tempat yang kurang dilalui oleh angkot;

c. Mobil Sewa – Sangat praktikal digunakan sama ada datang berdua atau berkumpulan. Disediakan pakej sekali dengan pemandu, petrol dan bayaran parkir, pemandu juga boleh turut serta ke FO atau tempat shopping tolong angkut barang kita ke kereta tanpa kita perlu bawak ke hulu ke hilir. Lebih mudah dan cepat tanpa tunggu banyak masa. Aku cadangkan kalau nak sewa boleh guna agensi kereta sewa ini; http://www.jacktour.com/ Pemandunya sangat berdedikasi dan jujur dan harga berpatutan. Aku pergi berlapan naik KIA Pregio selama empat hari hanya IDR3.7 juta (lebih kurang RM1,200 untuk 8 org – seorang RM150.00). Itu siap pergi Jakarta tau. Sangat berbaloi dan puas hati. Memang ada yang lagi murah kalau try bargain kat airport tu tapi untuk keselesaan dan taknak hanky panky aku pilih yang ni je. Plus, staff diorng siap telefon aku dari Indo masa nak booking tu and boleh communicate via email. Hassle free🙂

2. Makanan

Bab makan ni sensitif sikit. Elakkan makan di warung tegar (warteg) di tepi2 jalan walaupun anda mengidam bakso atau tahu semedang made in Bandung ni. Takut2 holiday korang end up dengan sakit perut nanti. Baiklah pergi restoren2 yang banyak di sekitar Bandung ni. Cakap je dengan pemandu tu nak pergi rumah makan mesti dia tau punya. Aku suggest Restoren Karamba dengan Restoren Belacan. Makanan dia biasa2 je tapi selesa dan bersih. Average sorang makan sepinggan nasi dengan air lebih kurang RM15.00 la.

One more thing, bila berjalan make sure ambik breakfast dulu kat hotel. Kalau takde breakfast pandai2 la carik makanan. Beli roti ke sebab kalau da berjalan kat FO tu memang tak ingat nak makan. Takut nanti masuk angin pulak perut tu atau keinginan korang nak mencuba bakso warteg terlalu tinggi sebab lapar. Food court diorang pun tak macam kita di Malaysia, kebersihan dari segi environment dan penyediaan makanan amatlah diragui, so better beware.

Ok, that’s all for transport dan makanan. Aku try selit gambar nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s