AES : Adakah Ia Satu Bebanan?

Posted: 07/11/2012 in Bacaan Ringan

 

Automated Enforcement System atau AES dilihat satu pendekatan baru oleh MIROS, PDRM dan JPJ bagi memantau kesalahan lalulintas oleh pengguna kenderaan. Fokus utama ialah salahlaku menlanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju. Dua kesalahan ini nampak boleh menyumbang kepada kemalangan jalanray dan seterusnya, kematian…sesuatu yang sangat-sangat kita tidak inginkan ia berlaku kepada ahli keluarga kita. Namun, AES dianggap negatif oleh sesetengah pihak. Ada yang menganggap ia agenda politik, ada juga menganggap ia sesuatu yang membebankan rakyat. Di sini saya utarakan pendapat saya mengenai AES;

1. AES mengajar pengguna jalanraya lebih berdisiplin. Mematuhi had laju yang ditetapkan dan jangan melanggar lampu merah. Dua kesalahan yang kerap ini jika dapat ditangani, boleh melahirkan pemandu yang berdisiplin. Bayangkan jika kita terserempak dengan sekatan lalulintas dan kita memang tidak memakai tali pinggang keselamatan, dengan kelam kabut menarik tali pinggang tersebut sebab takutkan polis dan saman. Jadi perkara yang sama cuba dipraktikkan melalui AES, dan kali ini lebih tegas dengan penggunaan kamera berkualiti tanpa boleh berlebih kurang lagi. Jadi, melahirkan pemandu berdisiplin lebih dilihat relevan sebelum kita melihat struktur jalanraya yang mungkin jadi penyebab kedua kes kemalangan;

2. Kenapa kita perlu pemandu berdisplin? Ini kerana kes kemalangan maut meningkat dari tahun ke tahun terutama di musim perayaan. Tidak dinafikan, kereta mudah dibeli hatta seorang yang berkelulusan diploma dengan hanya menjawat jawatan kerani sudah mampu memiliki sebuah kereta 1.0 cc dan telah menyumbang kepada kelimpahan kenderaan di lebuhraya dan jalan-jalan persekutuan. Ini juga menyumbang kepada peratus kemalangan tinggi dengan pemanduan kurang berhemah. Statistik kemalangan maut ini tidak boleh terus dibiar meningkat. Jadi, penggunaan AES dilihat satu medium untuk menyekat peningkatan tersebut;

3. Jika statistik ini dibiar meningkat, ia suatu yang merugikan negara. Bayangkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia sekarang sekitar RM28,000 setahun atau RM2,333 sebulan. Jika seorang demi seorang pergi dengan kemalangan, bukankah itu bakal menurunkan kadar pendapatan perkapita negara? Penurunan ini juga akan menyekat usaha Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Tambahan pula yang pergi itu seorang doktor pakar, jurutera atau akauntan yang akan meningkatkan produktiviti dan pendapatan negara. Memang ajal maut di tangan Allah tapi mampukah kita hanya berserah tanpa sebarang usaha penyekatan atau pencegahan?

4. Menyebut tentang negara maju, sekali lagi saya tekankan sikap rakyat itu sendiri mencerminkan budaya dan tahap pemikiran seseorang. Ia dapat diterjemahkan dengan sikap memandu di jalanraya. Bayangkan berapa kali kita berhenti di laluan zebra? Atau menghormati fungsi garisan kuning walaupun ketika kesesakan? Itu sesuatu yang mudah dan mencerminkan budaya. Bukan laluan zebra atau garisan kuning menjadi isu. Yang mudahnya ialah peraturan. Peraturan dicipta dan pengguna perlu patuh. Di United Kingdom misalnya, pejalan kaki dihormati dan pengguna member laluan kepada kenderaan yang mahu bertukar lorong dan tiada istilah tailgaiting ataupun ‘cucuk angin’. Itu cerminan budaya maju, ikut peraturan dan AES bakal ‘membantu’ untuk mengajar pengguna agar mematuhi peraturan supaya budaya kita ditransformasikan dan menjadi negara maju;

5. Akhir sekali, AES dipraktikkan bukan untuk memeras duit rakyat untuk mengumpul semula wang hasil BRIM atau subsidi lain yang diberi kerajaan. Tiada istilah kerajaan buat duit. Ia mudah, pengguna patuh tidak disaman, pengguna degil bayarlah saman. Isu menaikkan had laju juga dianggap gila. Ada suara sumbang mengatakan tak guna membeli kereta laju kalau hanya boleh memandu di bawah 110km/h. Isunya purata rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan 2.0cc tidak lebih 50%. Jadi perlulah menghormati pemilik kereta sederhana ini. Itupun, mereka mampu mencecah 160km/h. Bayangkan pemilik 2.0cc, berapa laju mereka akan menekan pedal minyak? Sebab itulah warga Singapura kerap kali memecut laju di lebuhraya kerana mereka takut melakukannya di Singapura. Tambahan pula, saman boleh dibayar dan sikap lebih kurang menjadi taruhan apabila berhubung dengan manusia. Jadi AES tidak boleh menipu had laju dan imej yang dirakam.

Memang setiap perubahan itu agak sukar untuk dilakukan. Kita perlu positif dengan perubahan. Ketepikan isu peribadi, politik dan kemegahan kereta mewah kerana nyawa orang lain yang juga pengguna jalanraya turut menjadi taruhan. Selamat memandu dengan berhemah J

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s