Bolasepak Kita, Wajah Kita

Posted: 15/01/2013 in Sukan

Sabtu lalu, 12 Januari 2013 aku sempat ke seberang tambak untuk menyaksikan pasukan Selangor berdepan Lions XII dalam aksi Liga Super 2013. Ini game pertama Selangor yang aku tengok untuk tahun ni dan berdasarkan satu kemenangan bertemu Negeri Sembilan, Selasa lalu, lebih kurang 300 orang peminat setia meredah Stadium Jalan Besar. Aku ditemani abang Lan, seorang forumers SelangorFC.com, perkara biasa yang dibuat sepanjang menyaksikan game Selangor, bersama rakan forum baik di game home atau away. Tapi aku lebih teruja bila pergi game away, termasuk kunjungan ke Temasik ini. Ragam manusia, kerenah sekuriti, dapat jalan pergi tempat orang nyata satu pengalaman manis, biarpun pasukan kesayangan tewas.

Tapi apa yang nak aku tuliskan hari ini ialah, ragam kita sebagai peminat. Tengok tajuk di atas je kita dah boleh baca. Ye, bolasepak kita, wajah kita. Ia mencerminkan budaya dan tahap pemikiran. Penyokong yang datang boleh dikategorikan sebagai peminat biasa, peminat tegar atau yang datang bersahaja kerana minat kepada bolasepak. Apa yang berlaku di Stadium Jalan Besar sama sekali menarik minat aku untuk menulis entry ini. Ikuti kisah selanjutnya:

Lions XII vs Selangor

Berteduh  sebaik sampai di JBS. Kawalan rapi tu🙂

1700 : Selamat tiba di JBS dengan hujan yang sangat lebat. Aku carik tempah berteduh sambil dikelilingi peminat Lions XII. Aku senyum, tanda persahabatan dan menghormati mereka sebagai tuan rumah. Jalan kaki mencari kaunter tiket sebelum terserempak dengan sekuriti officer yang memang ditugaskan menjaga keselamatan stadium bila time game. Dipendekkan cerita, SO itu kata tiket takde jual sebab arrangment dengan FA pasukan pelawat je. So aku pun hampa, takkan datang jauh2 takde tiket. Aku pun terus call Misai, wartawan BH yang kebetulan dah masuk stadium. Dibawaknya kawan Singaporean sekali tolong belikan tiket sebab kat sini hanya dijual untuk Singaporean sahaja. Beli tiket pun kena pakai IC. Seorang tak boleh beli lebih daripada 4 keping. Bayangkan kalau kita buat camtu kat stadium yang selalu full house. Contohnya Stadium Larkin, kalau nak beli mesti tunjuk IC 01 di tengah dan maksimum 4 keping, barulah tak wujud ulat tiket. Bolasepak Kita, Wajah Kita.

1900 : Selamat masuk ke dalam stadium. Abang Man otai SSFC menyapa dan bertanya khabar, begitu juga dengan fans2 lain. Itu meriahnya away game. Walaupun kita dibawah nama SelangorFC atau Selangor Soccer Fan Club, di mana-mana kita adalah satu. Tapi entah tidak semena-mena satu gerombolan kumpulan penyokong datang. Berbaju hitam dan berskaf. Di belakang bajunya tertulis U******L. Baguslah berkorban untuk Selangor. Semoga pengorbanan kita semua dibalas kejayaan pasukan. Tapi yang aku tak suka, tiba-tiba ada yang datang terus menunjukkan jari tengah kepada penyokong Lions. Lebih membanggakan mereka perbuatan itu berlaku di bumi Singapura. Pasti tiada gentar bagi mereka jika badan terlalu sasa dan kebal menangkis segala ancaman tapi bagi aku ia sesuatu yang memalukan. Ia hanyalah bolasepak. Di dalam lawan di luar kawan. Itu prinsip aku sebagai pemain dan penyokong. Bolasepak Kita, Wajah Kita.

2000 : Bermula separuh masa pertama. Barisan Selangor yang ditunjangi Azlan, Ramez, Asra, Mahalli, Remi, Bun, Shukor, Veenod, Amri, Kuna dan Forkey Doe melancarkan asakan bertali arus. Padang becak selepas hujan merencatkan permainan. Para penyokong pula terus dengan sorakan padu melalui nyanyian dari SSFC dan chanting-chanting dari US. Mereka tak putus bagi semangat, tambahan pula jarak penyokong dan pemain sangat dekat. Tidak kurang juga cacian dari penyokong lawan. Walaupun dipisahkan dengan dua blok kerusi tapi suara mereka tetap kedengaran. Biasalah rakyat marhain. Itupun masa team tengah naik. Masa terlongkop jalan pergi stadium pun kau lupa. Abang2 sekuriti warganegara Singapura tetap steady menjaga tingkahlaku kami. Tidak boleh merokok, berdiri di laluan keluar masuk dan juga di pagar adalah dilarang. Begitu juga ketikat kita cuba-cuba menunjukkan jari tengah atau mencarut kepada penyokng lawan, sekuriti ini akan datang menegah. Semua peraturan dituruti, nak main mercun jauh sekali. Indah sungguh jika ini dapat dirasai di stadium sendiri. Bolasepak Kita, Wajah Kita.

Lions XII vs Selangor

Dihujung sana Singa lapar, dihujung sini gergasi merah

2100 : Separuh masa kedua bermula. Selangor ketinggalan 0-1 hasil jaringan Fazrul Nawas lebih kurang minit ke 25 first half tadi. Masa haltime, ramai yang pergi bakar dada sambil hembus asap kat luar. Memang tak boleh langsung hisap rokok kat sini. Tempat sukan adalah sesuatu yang menyihatkan bukan menjahanamkan. So, ada disediakan ruang merokok di luar stadium. Pun kedengaran ada pertelingkahan kecil antara penyokong di luar sana. Biasalah ejek mengejek provok sana provok sini. Tapi sepanjang mana akal mereka sehingga berlakunya pertelingkahan. Aku bukan mendabik dada, tapi sejak 10 tahun lalu satu Malaysia aku jelajahi tengok away game ni bersama SFC mahupun SSFC tapi tak pernah sekalipun aku terjebak dalam menumbuk atau kena tumbuk ni. Provok tu biasalah buat pekak sudah. Ini baru JBS belum korang rasa penangan di Stadium Ipoh, Stadium Darulaman, SSMIV…itupun masa team diorang tengah naik la. Bernanah telinga beb. Ok masuk balik teres JBS nak sambung second half keadaan makin panas bila lagi 10 minit nak tamat. Selangor mula kelam kabut carik gol. Pelbagai sudut dicuba namaun tak dapat mengatasi keampuhan bentang Lions. Keputusan pengadil kadangkala menimbulkan hangin di kalangan penyokong. Akhirnya Selangor tumbang buat pertama kali di bumi Singapura. Lantas penyokong tuan rumah berpesta lagi. Di sebelah kiri menghalau balik, di seberang depan terus chanting manakala di hujung terus memalu gendang.

2200 : Tiba masanya keluar stadium. Ini part yang aku paling respect kepada management JBS. Mengetahui keadaan panas di luar sana, sekuriti mengarahkan bas beratur siap-siap di tepi pintu keluar stadium yang menempatkan penyokong Selangor. Lantas nombor pendaftaran bas dibaca dan siapa yang menaiki bas tersebut dipersilakan naik. Kemudian bas yang seterusnya hingga selesai. Tapi itu yang naik bas. Aku yang naik kereta ni macamana? Kebetulan kereta aku park 100 meter jauh dari tempat letak bas, so berjalan kakilah kami sambil diperhatikan sekuriti tadi. Bersiap sedia andainya kami diserang. Begitu prihatinnya mereka sebab tak nak gaduh. Mereka nakkan kedatangan ke JBS tidak dipalit memori pahit. Mereka mahu bolasepak sebagai satu medium menyatukan bangsa. Mereka mahu bolasepak jadi sesuatu yang sihat baik dalam dan luar padang dan mereka mahu bolasepak ditonton semua peringkat umur tanpa rasa curiga. Itulah tanggungjawab mereka melayan tetamu. Alangkah baiknya jika keadaan ini dirasai di Malaysia, terutama bagi kami yang sangat teruja dengan away game. Itulah yang mencerminkan Bolasepak Kita, Wajah Kita.

Walaupun kalah aku belanja video dari Lions TV. Till the next entry🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s