Kalaulah Aku Rajagobal

Posted: 20/01/2013 in Sukan

PicsArt_1358392069124Kali ni nak komen sikit pasal pemilihan player oleh DRG. Macam biasalah bila tiba je game Malaysia semua orang boleh jadi coach. Semua orang boleh tentukan Presiden FAM tu patut letak jawatan la ape lah itulah inilah. Senang cerita kalau tak suka boikot, ni tidak game friendly pun datang, tiket RM30 pun sanggup. Bila menang cup nanti semuanya sanjung tak pikir pun pasal letak jawatan bagai. Tapi aku tulis ni bukan sayang atau kutuk tapi for the beauty of the game. Sape yang setakat kutuk tapi tak mendalami silakan berhenti di sini.

Ok firstly kita cerita apa target kita. Ye melayakkan diri secara merit di Piala Asia. Sebagai permulaan game dengan Qatar, 6 Februari 2013 di tempat lawan dengan friendly bertemu Iraq sebagai pemanas badan. Kita perlukan fast pace attacking game, bukan lemah dan longlai kerana fizikal kita memang kalah berbanding pemain timur tengah. Lihat saja Ramez Dayoub, Mohamad Ghaddar yang jarang tumbang ketika dibody contact. Jadi, fast pace attacking game akan membuatkan lawan akan melakukan tackle2 keras dan hantaran bola bawah akan menjadikan attacking jadi lebih berkesan.

Yang aku bulatkan tidak patut berada dalam pasukan buat ketika ini. Amar Rohidan dikenali son of RG, selalu slowkan game dan tiada fizikal yang besar untuk job beliau sebagai ball winner di defensive mid. Hanya Gary mampu bertindak di situ dan Amar hanya mampu berlari anak mengukur jarak dan keluasan padang sambil mengutip kad dengan tackle2 yang tak sepatutnya. Bun juga boleh berada di situ, tetapi RG kerap meletakkan beliau di wing back buat game jadi slow sebab Bun bukan jenis overlapping. Ye memang dia tough tackling player tapi positioning beliau dalam skuad kebangsaan membuatkan aku tak berapa favour. Plus dia juga dalam listing injuries selepas game dengan Pahang malam tadi. Meen pulak, sama kes dengan Bun. RG kerap letak di bahagian flanker. Kadang2 lari tertinggal bola. Baiklah dia main striker. Tapi mudah dihenyak lawan dan injury prone yang ada pada beliau kerap merencatkan perancangan barisan depan.

Yang aku tick warna hijau pula, good choice by RG. Fauzi Roslan, 4 goals in 4 game membuktikan beliau striker sejati. Tak kira siapa lawan, tugas striker memang menjaringkan gol. Mengikut current performance, Fauzi wajar diberi peluang. Nik Shahrul, lihat bagaimana beliau beraksi mengawal Matyo dengan ketiadaan Subra, dan beliau merupakan bek kanan ketika adanya Subra dan menolak Daudsu bermain di sebelah kiri! Begitu cepat Nik Shahrul gel in dalam back 4. Bukan senang beb. Nor Farhan pula memang sesuai dengan fast pace attacking. Jauh beza dia dengan Safiq Rahim. Gemar attack pada space dan long range shot adalah senjata kalau bola tak sempat nak sampai ke strikerforce. Tak guna mempertikaikan pemilihan Saha kerana dia memang sebati dengan skuad RG. Lebih baik meletakkan beliau dari Meen ketika AFF lalu. Walaupun Terengganu masih tercari-cari kemenangan, Saha mahu berlari kencang dari sayap. K.Rueben boleh menjadi successor kepada Mahalli Jasuli. Keras walaupun agak rendah tapi dijangka mampu bersaing dengan sayap lawan. Gemar overlap dan membantu kepada fast pace attacking game.

Akhir sekali, tidak perlu kita bertahan kerana kita perlu fokus kepada kekuatan. Gunakan kekuatan mencari kemenangan sebelum berfikir untuk bertahan. Tapi berbalik kepada tajuk di atas, semua itu menjadi ‘Kalaulah Aku Rajagobal’

Good luck🙂

Comments
  1. John Ell says:

    Terang n jelas bg bukan kaki bola cam aku…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s