Pemain Cedera, Rajagobal Merana

Posted: 02/02/2013 in Sukan

Asia Cup 2015_Qualifying

Februari 2013 menjanjikan cabaran lebih getir buat skuad Harimau Malaya dan jurulatih tersohor negara, Datuk K.Rajagobal. Ini kerana bermula 6 Februari ini, misi sebenar HM dan DRG akan bermula iaitu misi melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2015 di Australia. Perlu diingat, ini misi utama DRG dan bukanlah Piala AFF. Awal-awal lagi DRG dah pening kepala sebab ramai tonggak cedera. Safee Sali, Matyo, Bun, Kuna, Wan Zack, Gary, Guru serta penggantungan kapten idaman HM Mr.Comot tampak meletakkan batu di atas kepala DRG. Lawan pertama bukan calang-calang…Qatar yang bakal layak ke Piala Dunia 2022. Jadi kali ni aku taknak komen pasal DRG tapi nak komen sikit pasal FAM. Ye FAM, apa tak boleh ke kasi pendapat sikit?

Apakah punca utama ramai pemain injured? Saingan Liga Malaysia yang kompetitif sehingga semua bermain bagai mahu menang piala? Taktikal bertahan yang mahukan semua pemain dihenyak cukup-cukup? Atau pemain tidak cukup fit? Kesemuanya mungkin logik tapi aku sebagai pemain sama sekali menyatakan jadual MSL yang padat menjadi punca pemain cedera. Kalau kita tengok pool pemain memang 90% dari MSL. Kita tahu bahawa MSL yang bermula pada 8 Januari berakhir pada 22 Januari sebelum diselitkan satu perlawanan Piala FA pada 25 dan 26 Januari. Bayangkan bermula 8 Januari hingga 26 Januari mereka telah bermain enam perlawanan kompetitif dalam masa 18 hari. Terus 27 Januari mereka dipanggil ke kem latihan pusat dan DRG terus tepuk dahi bila nama-nama pemain idamannya tidak muncul dek kecederaan. Bukan itu sahaja, player stand by pun injured dan terpaksalah DRG memanggil pemain-pemain lama seperti Amri Yahyah untuk persiapan bertemu Iraq sebelum menjadi tetamu kepada Qatar 6 Februari nanti.

Ye, tidak dinafikan FAM tidak punya pilihan. Dengan aksi kelayakan Piala Asia sepanjang 2013 dan 2014, FAM harus menyusun jadual supaya dapat meluangkan sedikit masa buat DRG melatih anak buahnya. Tapi inilah hasilnya bila jadual disusun padat. Pemain mula kelesuan, otot-otot tidak sempat rehat dan dipaksa kerja lagi, dengan pemakanan yang sambil lewa, ditambah kecederaan, memang sesuatu yang sukar. Tambahan pula jika jurulatih tidak mengamalkan squad rotation dan memerah keringat pemain yang sama dek gaji yang tinggi, memang akan membuatkan pemain mudah terjebak kecederaan. Kalau kita lihat kecederaan yang dialami kebenyakkan pemain yang tidak dapat bersama kali ini bukanlah kecederaan ACL, Miniskus, Archilles Tendon atau Broken Metertasal. Ia hanyalah groin, hamstring, pull muscle atau simple knock. Ia semua berkenaan dengan recovery period serta sedikit pemakanan seimbang. Tapi bagi aku, dalam tempoh itu memang muscle bekerja agak keras dan lama, tambah pula MSL 2013 semakin rancak.

FAM terikat dengan jadual MSL dimana setiap pasukan perlu beraksi 22 perlawanan. Ditambah pula dengan Piala FA, maksimum tujuh perlawanan sehingga ke peringkat akhir dan Piala Malaysia, 11 perlawanan sehingga ke peringkat akhir. Jadi pasukan yang bermain sehingga final Piala FA dan final Piala Malaysia akan bermain sebanyak 40 perlawanan, tidak termasuk Selangor dan Kelantan yang bermain extra enam game Piala AFC. Itupun kalau layak ke pusingan seterusnya, tambah lagi maksimum lapan game sehingga ke final. Semua pertandingan akan terhenti selama enam kali bagi memberi ruang kepada skuad HM untuk memenuhi enam game, lebih kurang 56 hari dengan mengambil kira hanya empat game sahaja pada 2013 dan cuti sempena Ramadan dan Syawal lebih kurang 40 hari. Jumlahnya ialah 96 hari atau pukul rata tiga bulan. Jadi FAM hanya punya sembilan bulan atau 270 hari untuk mengatur jadual maksimum 40 perlawanan tersebut (tidak mengambil kira MPL dan Piala FAM kerana pool pemain 90% dari MSL). Tiada World Cup atau EURO pada tahun ini, Sukan Olimpik, Komenwel, Asia pun lambat lagi. Cuma Sukan SEA hujung tahun jadi medan so kita tolak lagi 30 hari jadi 240 hari atau lapan bulan. Kalau dibahagi dengan 40 purata satu game akan berselang enam hari dan sebulan pasukan akan main lima dan paling busuk pun tujuh kali. Bukan bermain enam game dalam masa 18 hari!

Kalau kita tengok di EPL, mereka bermain 38 perlawanan, ditambah dengan Carling Cup maksimum enam game ke final, manakala FA Cup pula enam game menuju final membawa kepada 50 game semusim. Itu belum ditambah game UCL maksimum 13 game lagi sehingga ke final membawa kepada 63 game semusim. Kalau ada game World Club Cup lagi pengsan. Namun semua game itu dapat dilaksanakan sepanjang satu musim dari Ogos hingga Mei tahun berikutnya dengan hanya 10 bulan. Dan bukannya game midweek tu tiap-tiap minggu. Ye, mereka tiada rehat di bulan Ramadan dan Syawal tapi tetap ada pemain yang beragama Islam meneruskan kerja mereka. Tidak bolehkah jadual ML dan MPL benchmark dengan jadual liga seperti EPL atau liga-liga luar? Bukan Malaysia sahaja bahkan negara Asia Tenggara juga perlu duduk semeja bagi menyatukan jadual liga ini supaya mereka dapat membawa nama Asia Tenggara di peringkat AFC atau Asian Champions League dengan lebih matang dan jitu. Bukan setakat menganjur dan berbangga di kandang sendiri.

Yes, better said than done but anyway ini pendapat aku yang terlibat sebagai pemain, penyokong dan peminat. Kalau rasa tak relevan tak payah ambil kisah tapi jangan menyesal kalau nak tengok ranking kekal 150an hingga 10 tahun lagi.Semoga team HM mendapat pedoman setelah diajar Iraq 0-3 semalam dan mendapat hidayah ketika bertemu Qatar dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2015. Akhir kata, dulu RG kenal pemainnya, kini RG tahu apa alasannya🙂

Bolasepak Kita, Wajah Kita…

Comments
  1. 1st hamba tdk bersetuju kalau dikatakan FAM dan jadualnya punca pemain2 mudah cedera..walau hamba bkn pemain atau pernah bermain cuma seorang player who’d luv to game people, tp cer tgk list pemain2 utama yg injured tu? Wan Zack & Gary bkn dr mana2 team yg main msL sementara Bun & Guru bkn 1st 11 team masing2..dan Mat Yo dgn Safee lak mmg dr pre season dah carry on with their injuries..cuma Kuna yg jelas berpunca dr pemerasan dan pemerahan tenaga dlm msL..

    it is more to the mentioned players attitude in & out the pitch..disiplin diri, pemakanan, pembahagian masa ketika luar training yg seolah2 mereka ada “kehidupan” lain yg perlu dpt fokus yg sama besar cm fokus di atas pdg..

    bkn nk membeza2kan atau memperlekeh tp agak ketara penjagaan displin dlm team HM “A” dgn H.Malaya mcm langit dgn bumi..dan it so happen Wan Zack injured masa main utk H.Malaya..

    2nd hamba tknampak sgt apa kekurangan FAM yg jd punca team DRG ni nampak cm taraf2 liverpool i.e lemau atau mcm ayam kfc yg sedap dijilat pasukan2 lain..it is more to the player’s attitude..mereka dah berada dlm satu comfort zone yg tk risaukan apa jd kalau kalah atau kena ayam sbb income mereka dgn state team dah terjamin..xder isu caps yg leh tentukan value atau isu performance yg leh buat susut nilai..mereka dah ejaculate dah peak masa AFF 2010 yg terus buat “ranking” diaorg ngetop..tkde sape yg leh potong status derang..tk mcm bdk2 HM “A” yg akan all out sbb nk proof sumthing..tu sbb [with due respect] Wan Zack dan Mahali nampak much better in terms of determination masa main AFF 2012..[tp Mahali xder lak injured sedangkan dia mmg 1st 11 choice kt team state dia?]

    H.Malaya leh pergi jauh kalau players jujur dan bermain utk menang..tp be frank la, bape ramai player yg leh tahan bola dgn betul dan passing dgn accurate? mereka ego xnk ngaku yg derang ni basic pun fail..dlm training, akn ada suara2 sumbang yg berbunyi ala coach ni ni training bdk2 akademi jer, tahan bola, sepak bola, loncat sana lari sini..kita nk taktikal..sedangkan basic drills tu lah yg akan polish basic football derang..mmg la mana ada pemain nk main utk kalah [tktau la kot2 shukor hand of goat dgn acong terkecuali] tp derang [majoriti pemain H.Malaya] main dgn attitude yg tkde hal la kalah..sbb gaji kt state tetap ribu riba..girls [dan kdg2 artis] tetap kejar derang

    DGR mungkin betul bila tetap nk set of players yg sama main utk dia sbb dia beralasan masing2 dah kenal game masing2 cumanya DGR akan nampak silap sbb players ni bkn setakat main utk dia tp main2 kan dia

    nk ikutkan byk lg aku nk tulis dna taip tp sbb bdk2 undergroound es ef si ni sibuk kacau nk plan besday party utk choe so aku stop kt sini..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s