Adakah Berbaloi RM40.00?

Posted: 29/06/2013 in Sukan

Sehangat final Piala FA 2013 antara Kelantan dan JDT, isu harga tiket dan penjualan tiket menjadi persoalan. Adakah berbaloi RM40.00 untuk perlawanan akhir ini? Jom kita selami satu persatu;

Tiket Final Piala FA 2005Ini tiket final Piala FA 2005

Tiket Final Piala FA 2013Ini pula tiket final Piala FA 2013

Persoalan berbaloikah RM40.00 timbul apabila:

1. Isu penjualan tiket menjadi masalah kepada kedua-dua pasukan dengan tempahan secara pukal dan ulat menjadi punca utama kenapa penyokong mengamuk tak dapat tiket sedangkan pada 2005 tidak timbul isu tersebut ketika harga tiket tidaklah semahal sekarang. Bila harga tiket naik, FAM untung tapi ramai yangfikir nak buat lagi untung;

2. Apa yang FAM bayar dari RM40.00 tu? Kalau dikalikan dengan 80,000 keping yang dikeluarkan ia berjumlah RM3.2 juta. Kadar sewa stadium, upacara penyampaian hadiah, kos keselamatan, bunga api pun paling tidak kosnya tak sampai sejuta kot. Itupun dah tolak 7,000 tiket complimentary, FAM untung banyak tu. Tapi macamana dengan keselamatan penyokong yang membeli tiket? Masih tiada lorong penghadang. Penyokong beli tiket macam takde tamadun. Dah la tunggu dari pagi. Inisiatif nak buat tiket online langsung takde. Jadi berbaloikah dengan hanya menukar design dari horizontal kepada vertical dan besarkan sikit tiket tu compared to 2005? Baru 7 tahun bukan 70 tahun🙂

3. Takdepun artis yang datang menyanyi menghiburkan penonton kalau masuk seawal jam 5 petang. At least kalau panggil lima enam orang artis nyanyi 10 lagu ke berbaloi la jugak. Takdelah boring tunggu game berejam. Nak tunggu fans chanting bergaduh pun paling hangat start lepas mahgrib;

4. Kualiti permainan? Rasanya kalau naik pun 20% je. Dulu 2005 ada tiga player import, sekarang dua je. Nak kata dulu bayar RM20.00 bukan main 45 minit je. Main tetap 90 minit. Tapi bayangkan tiket sekarang tambah lagi RM20.00 dapat tengok Chelsea main kat Malaysia tau. Tapi FAM sudah kaut untung lebih pastu bilang RM30 juta tak cukup untuk manage MSL😛

5. Kalaulah boleh FAM allocate kan sikit duit tiket tu untuk keselamatan penyokong pun ok gak. Keselamatan bukan time beli tiket je, time berada di stadium. Setakat letak Polis beriban dalam stadium tangkap orang buat onar itu dikira rutin. Specific check up untuk penyokong masuk stadium. Tiada flare, mercun atau bahan terlarang. Kalau perlu guna alat canggih gunakanlah sebab penyokong dah invest duit tiket. Polis perlu pantau tempat-tempat panas, seperti sekitar LRT, tempat parking kereta dan bas dan kawasan radar sekilometer dari stadium untuk menjamin tiada pergaduhan. Kalau Polis mintak OT FAM bayarlah sikit. Ada sejuta lebih tu takkan luak🙂

Memang bagi peminat tegar apa kisah wang ringgit tapi FAM janganlah melampau sangat. Tu belum cerita kualiti padang, kemudahan dalam stadium, pembahagian kawasan penonton dan lain-lain. Kalau betul kos pengendalian perlawanan akhir mahal, please state out the expenses. Kesianlah kat mereka yang datang dari jauh sedangkan orang di sana hanya menanti mengaut keuntungan. Tu belum kira bookie lagi. May the best team win, enjoy the game🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s