Pasca Perlawanan JDT-Selangor 6 Julai 2013

Posted: 08/07/2013 in Sukan

1. Penyokong Selangor tidak diprovok malah sama2 berjalan ke Stadium. Dalam Stadium tu biasalah sama-sama berbalas sorakan. Cuma masa celebrate tu sesak nafas dengan asap flare. Tapi bagi penyokong JDT, sebab da 20 tahun menyepi kalah ke menang ke diorang tetap lama-lama dalam Stadium menyanyi lagu ke berapa dalam album diorang. Malah kami senang makan malam dikelilingi penyokong JDT, sesuatu yang jarang dapat dilakukan ketika di Kedah, Kelantan atau Perak (makan dengan pakai jersi Selangor);

2. Ketiadaan Veenod memang dirasakan. Takde kaki hambat. Midfield JDT main ikut arahan dan merencana serangan dari bawah, tengah dan terus ke penyerang. Kurang longball. Kalau ‘Safiq Rahim jangan balik Selangor’ main mungkin kurang sikit kerja. Guru dan Shukor terlalu fokus pasal attack. Mahali pun jarang overlap menyedari Awe dan Matyo akan menggunakan ruang tersebut;

3. Itulah akibat gol pertama dimana dari tengah tiada pressure sehingga larian Farid Ramli disambut dengan hantaran jauh kepada beliau di sudut kanan pintu gol Selangor. Adam hanya menutup ruang sedangkan beliau boleh mengasak untuk menghalang cross floating Farid Ramli. Eric, Adib dan Guru bertiga challenge bola crossing tu bersama Jaszarin dan Nunez datang dari blind spot di depan Remy yang hanya mampu melihat. Peter Schmeichel pun tak mampu save bola tersebut;

4. Selepas itu JDT mengasak lagi tapi hanya mati di back four Selangor. Beberapa layangan kad kuning akibat masuk abis ke atas Matyo dan Awe kepada Guru, Adib, Soley. Pokido dan Amri dirantai masa open play. Hanya satu dua open chance dari Amri first half dan Mahali second half. Yang lain Selangor berharap dapat set pieces sahaja. Apapun gol dari Pokido tells that practice made perfect. Dead ball situation can be crucial if we can’t score from open play. Bila dah gol, Selangor start main tiki taka, one touch football, short pass but it long last for 10-15 minit sahaja. Memang Selangor mula bernafsu menjelang 2nd half;

5. Apapun 10 minit terakhir memang menguji back 4 Selangor. Dengan sorakan ‘Ayo Johor Ayo Johor Luaskan Kuasamu Johor…Kami Ada Kami Ada Setia Bersamamu Johor…Ale Ale Ale’ tiba-tiba menggegar Larkin dan tidak berhenti sehingga game tamat. SSFC start pukul gendang bila dengar geng BOS pukul kompang walaupun akur dengan arahan Polis tak kasi main gendang pada awal permainan. Aksi bergaduh dengan Polis berterusan tapi SSFC terus jugak pukul dengan sokongan semua Merah Kuning bagi menyalakan sorakan untuk menyaingi 30 ribu lagi rakyat Johor. JDT mengasak bertubi kali tapi Eric dan Adam tabah bertahan sambil player lain clear bola ke mana sahaja. Ada satu try dari Awe ke Matyo yang ditanduk Eric hampir ke pintu gol tapi Sharbinee dengan refleksi ala sotong menangkis bola keluar. Walaupun ref kasi extra tambahan masa 6 minit instead of 4, JDT masih gagal menembusi kubu Sharbinee sambil Nunez berlari ke tepi memerlukan oksigen.

Kalau dikaji, Selangor draw 10 game daripada 22. Kalau 4 dari draw game tukar jadi menang dah tentu MSL tak lepas ke seberang tambak. Tapi tak nak cerita pasal kalau sebab game draw tu memang Selangor tak nak menang. Tempat kedua dalam genggaman dan tiket Piala AFC telah sah jadi milik Selangor. Piala Malaysia medan terbaik mengakhiri kemarau piala sejak 2009. Harap PM tahun ini ada sinar selepas kali terakhir menang PM pada 2005.

Video gol perlawanan tapi lagu Safiq Rahim Jangan Balik Selangor menghuni carta teratas🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s