Pasca Malaysian Super League 2013

Posted: 19/07/2013 in Sukan

Lions XII

1. Lions XII muncul juara setelah dua kali mencuba. Ramai yang mempertikaikan kemenangan Lions adalah berpunca dari padang sintetik di Stadium Jalan Besar di mana mereka langsung tidak tewas dan hanya seri sekali sepanjang 11 perlawanan di sana. Ramai juga yang ‘terluka’ kerana MSL terlepas kepada pasukan jemputan. Tapi saya sama sekali menyangkal kesemua dakwaan tersebut. Lions sebuah pasukan yang disiplin, mempunyai taktikal dan game plan yang sama setiap game iaitu kemahiran mereka menjaringkan gol melalui set piece. Yang kedua, bertahan dengan baik dan bukan dari dari tapi dari tengah. Meraka juga jarang menang lebih dari satu gol, apabila mendahului mereka akan cuba menyerap asakan dan bertahan. Itulah corak permainan yang diterapkan Sundramoorthy. Memnpunyai hanya lima pemain senior, watak junior dalam skuad lebih mudah mendengar dan mengimplemtasikan arahan jurulatih dalam padang. Disiplin permainan Lions sangat tinggi. Jangan cepat terkilan kerana Singapura sendiri pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak 23 kali dan kali terakhir sebelum keluar dari Liga Malaysia, mereka juga telah menjuarai Liga Perdana pada tahun 1994. Dengan kejuaraan ini Lions XII sebaris dengan Kelantan, Selangor, Kedah, Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan yang pernah menjuarai MSL;

2. Musim lalu Selangor menduduki tempat ketiga dan tahun ini menjadi naib juara dan mengesahkan tiket ke Piala AFC sekali lagi. Paling menarik, Selangor muncul satu-satunya pasukan yang mengalami ketewasan paling sedikit dalam MSL di mana Lions XII tewas sebanyak tiga kali. Namun 10 keputusan seri menyebabkan Selangor banyak keciciran mata dan terpaksa memberi laluan kepada Lions. Skandal rasuah Ramez Dyoub dan pertukaran beberapa pemain import membuatkan barisan Red Giants kurang konsisten ketika tidak mampun memungut mata penuh dengan pasukan bawahan seperti Felda United dan Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, dengan barisan sederhana, ia satu pencapaian yang membanggakan;

3. Safee Sali, Safiq Rahim, Kembar Aidil dan Zaquan, Matyo dan Awe serta barisan pemain import yang berstatus bintang masih belum dapat menjamin kejayaan buat kelab yang dijenamakan semula dari Johor FC iaitu Johor Darul Takzim (JDT). JDT menjadi pasukan yang ingin ditewaskan oleh semua pasukan dalam MSL dan Pahang telah memulakannya di Kuantan dengan kemenangan 3-2. Nyata meluaskan kuasa bukan hanya dengan wang ringgit tapi dengan persefahaman dan semangat satu pasukan yang jitu. Azmi Muslim mula membawa diri ke Felda pada pertengahan musim dan beberapa pemain Johor FA dinaiktaraf dan masih belum mampu menghadirkan sesuatu. Barisan pertahanan yang dilihat kerapkali ditukar menjadikan faktor JDT dibolosi 26 gol sepanjang 22 perlawanan dengan purata 1.18 gol dalam setiap perlawanan. Walaubagaimanapun JDT layak ke perlawanan akhir Piala FA 2013, sesuatu yang tidak pernah dilakukan Johor FC tetapi tunduk kepada Kelantan 0-1. Kekalahan tersebut dan kedudukan tempat ketiga juga menggagalkan JDT untuk beraksi dalam Piala AFC 2014. Namun usaha Tuanku Mahkota Johor yang mengembalikan pasukan Johor keluar dari zaman gelap setelah lebih 20 tahun memang harus dipuji. Stadium sentiasa penuh, anak muda tidak segan mengenakan seragam JDT dan sorakan yang tiba-tiba mengeggar. Tetapi JDT masih perlu sedikit masa untuk meraih kejayaan;

4. Juara Piala FA 2013 dan juara bertahan MSL 2012, Kelantan bermula agak rapuh pada separuh pertama liga. Mula bangkit pada separuh kedua untuk menduduki tempat keempat, sekurang-kurangnya berada pada balang pertama untuk undian Piala Malaysia nanti. Mana silapnya TRW tahun ini? Kehilangan Matyo dan Awe tampak sedikit memberi kesan pada jentera serangan. Bekas penyerang Perak, Keita Mandjou dilihat tumpul sambil aksi AFC, MSL dan Piala FA yang padat sehinggakan Bojan Hodjak menyifatkan Kelantan adalah pasukan paling banyak di dunia beraksi perlawanan kompetitif dalam tempoh sebulan. Nyata sebagus manapun pemain itu, kaedah sains sukan perlu dipraktikkan, jika diperah hingga lunyai pasti tiada lagi yang mampu diterjemahkan. Piya dan Shakir ternyata gandingan emas MSL 2013 apabila gandingan ini memukau pasukan lawan;

5. Pahang satu lagi pasukan yo-yo dalam MSL 2013. Bermula baik dengan membenam JDT, Pahang yang dinaikpangkat dari MPL menunjukkan kesungguhan. Namun selepas rekod tanpa kalah mereka dileburkan Selangor pada perlawanan keempat, konsistensi mula hilang. Fauzi Hussien yang pada mulanya tajam mula memanaskan bangku simpanan. Amirulhadi nampak serasi tapi hanya satu dua game sahaja all out. Sudahlah pemain import pun sekadar melengkapkan kuota, malahan beberapa keputusan kurang memberangsangkan dicipta ketika bertemu pasukan bawahan. Lantas Matias Conti dan  pemain import pertahanan dibawa masuk, barulah Pahang sedikit bernafas. Layak ke separuh akhir Piala FA satu bonus buat Pahang;

6. ATM boleh juga digelar ‘All Talented Man’. Dari Farizal Harun di gawang, Shukor Adan di pertahanan, Rezal Zambery di tengah dan gandingan Hai-O dan Marlon di atas, cukup menggerunkan. Tapi sayang cuma bertahan pada separuh pertama sahaja. Top 3 sepanjang 15 perlawanan, ATM dilihat membuang mata pada 7 perlawanan terakhir. Juga seperti Pahang, dinaiktaraf dari MPL namun kelibat ATM lebih diperhatikan. Tewas seawal pusingan pertama Piala FA kepada Selangor memberi ruang masa yang lebih namun ATM gagal menyerlah pada game-game penting. Saya menunggu bisa sebenar ATM dalam Piala Malaysia nanti;

7. Perak satu-satunya pasukan yang beraksi dalam semua kempen MSL dari ia mula diperkenalkan pada 2004. Namun belum sekalipun Pah Bedah ini mengecapi nikmat juara MSL. Tahun ini hanya berpuas hati di pertengahan liga. Beraksi di Lumut pada permulaan liga kemudian beralih pula ke stadium keramat mereka di Ipoh belum cukup menghadirkan gerun pihak lawan. Formula Azraai Khor masih memerlukan masa. Mujur ada Paolo Rangel pada pertengahan liga bagi menghidupkan sisa perjuangan Perak terutama ketika puas membenam JDT 3-0 di Lumut;

8. PKNS satu lagi pasukan underdog. Mereka bukan pasukan belasahan dan juga bukan pasukan digeruni. Namun mereka bertindak sebagai pengacau kepada top half teams yang mengejar cita-cita menjuarai liga. Kemasukan Nazmi Faiz Mansor pada bulan April sedikit sebanyak memberi impak namun belum mampu menghasilkan sesuatu magis. Tiada apa yang boleh diharapkan PKNS tetapi mungkin mampu pergi sejuah suku akhir di Piala Malaysia nanti;

9. Bekas juara Piala Malaysia 2001, Terengganu dilihat jauh tersasar dari yang selalu mereka lakukan. Kemasukan jurulatih E.Elavarasen dan pemain import digeruni Jean Manuel Effa Owwona dilihat gagal memberi impak terutama ketika Effa patahan tangan dan terpaksa berehat panjang. Mereka masih ada Manaf, Ashari dan Ismail Faruqi namun entah dimana silapnya tangga kesembilan menjadi tempat penyu bertelur. Saingan Piala FA juga hanya bertahan di separuh akhir dan saya mengimpikan suatu kebangkitan buat Terengganu di Piala Malaysia nanti;

10. T-Team juga seperti abangnya seakan hidup segan mati tak mahu di saingan MSL tahun ini. Dengan masalah jurulatih Peter Butler yang tak kunjung akhirnya, pertukaran jurulatih baru Mereilda juga tidak memberi kesan sehinggalah Che Ku Marzuki pula yang mengambilalih. Itu belum berakhir dengan pemain import Celab Forlan dan George Boateng yang mengakui bahawa kurang serasi beraksi di Malaysia. Apakah pengurusan ambil sikap acuh tak acuh ataupun pemain yang ada kurang berkualiti? Jawapannya ada pada MB Terengganu sama ada pasukan ini perlu bertanding atau tidak tahun hadapan;

11. Felda United bermula sederhana sebelum struggle di separuh kedua MSL. K.Devan digugurkan dan digantikan Azuan Zain pada penghujun musim. Azmi Muslim dipinjam dari JDT dan beberapa pemain Johor FC tahun lalu disambar Felda. Namun isrong sawit yang diharapkan tidak menjadi, hanya pelepah kelapa menjadi hampas buat Felda. Cuba menuai hasil tapi kini terjerumus ke lembah Liga Perdana 2014.;

12. Selamat datang ke Liga Perdana 2014 buat Negeri Sembilan. Bekas juara MSL 2006, juara Piala Malaysia 2009 dan 2011 ini hanya mencatatkan satu kemenangan dari 22 perlawanan. Satu kemenangan itupun secara matematiknya diperolehi di tempat lawan menentang ATM yang kebetulan menjadikan STAR, Paroi sebagai home venue mereka. Mungkin waghrih cakap duo satu kocik bonar, ompek satu senyum lebar tapi kini ko Liga Perdano ekau dihantar. Kejatuhan N9 berpunca dari tindakan lewat memecat jurulatih Divaldo Alves dan juga pemain import tumpor, De Porras. Mujur NAzrin Nawi mengubat sedikit duka apabila muncul MVP untuk N9 dan dipanggil ke skuad kebangsaan. Duduklah setahun dan ungguli MPL, saya berharap itu satu pengajaran terbaik buat N9 untuk kembali di MSL 2015.

Comments
  1. phat says:

    hobin jang hobin

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s