Hikmah Di Sebalik ‘Kehilangan’ MH370

Posted: 13/03/2014 in Bacaan Ringan

photoKredit : Zunar

Sedar tak sedar sudah enam hari operasi menyelamat pesawat MH370 namun kita masih ternanti-nanti apakah kesudahan pesawat ini. Namun saya kagum dengan usaha yang telah dilakukan baik yang masuk akal termasuk diluar dugaan. Secara positif dengan adanya usaha pasti ada jalannya. Beberapa hikmah kebaikan di sebalik ‘kehilangan’ MH370 sepanjang enam hari ini dapat saya rungkaikan seperti berikut:

1. Pengenalan kepada terma tertentu. Ramai umat manusia telah mengenali dan mengetahui operasi penerbangan secara lebih dekat. Terma ‘Search and Rescue’ (SAR) sudah mula bermain di bibir, altitud longtitud serta kotak hitam seakan mudah dipelajari cuma enam hari. Buktinya rakyat Malaysia bukan tak pandai malah ada yang tak pernah naik kapal terbang pun boleh tahu semua ini dalam masa enam hari. Bayangkan kalau matapelajaran Sejarah dipelajari dengan cara begini sudah tentu ramai yang score paper Sejarah;

2. Budaya Membaca. Tidak kurang dengan terma, majoriti rakyat ingin tahu masa kini tidak bergantung kepada berita televisyen semata-mata. Ia cuma bertahan satu atau dua hari dan apabila berita kerap mengeluarkan berita yang sama, kita bingkas mencari bahan bacaan lain. Ini seolah-olah melakukan Literature Review bagi mencari pandangan dalam menyokong hujah masing-masing. Satu pendekatan yang baik dan amalan membaca memang dituntut untuk kita menambah ilmu. Alangkah baiknya kalau kita dapat melihat amalan membaca ini diteruskan dalam LRT, bas dan tempat persinggahan lain pada masa akan datang;

3. Pembikinan Hipotesis. Kalau A begini maka terjadilah begitu dan sebaliknya. Ramai pemerhati selesa dengan hipotesis atau telahan masing-masing. Ia umpama persembahan kertas kerja dalam persidangan antarabangsa. Tidak ada betul atau salah kerana masing-masing dengan bacaan dan hipotesis masing-masing. Cuma yang membezakannya adalah tahap kepakaran seseorang. Walaubagaimanapun ia sesuatu yang baik. Dengan membaca ia membuka minda untuk membuat telahan dengan fakta bacaan. Ia meransang otak untuk berfikir dengan lebih kreatis dan kreatif;

4. Penyatuan. Rakyat Malaysia mula bersatu. Tidak kira bangsa dan agama malah yang tidak dikenali turut bersama berbincang mengenai pesawat. Bayangkan berapa banyak minda yang terkumpul menjalin idea bagi mencari satu kesimpulan. Alangkah indahnya jika penyatuan ini berterusan tanpa memikirkan kepentingan masing-masing. Masjid dan Surau penuh dek kerana solat hajat dan tidak kurang juga kiriman What’s App yang telah lama menyepi kini kerap berbunyi. Itu belum mengambil kira sesi bertafakur sebelum sepakmula perlawanan bolasepak Liga Super. Ia menunjukkan betapa bangsa kita boleh bersatu;

5. Kembali Kepada Penciptanya. Satu quote yang saya baca bahawa di tahap tertinggi dan tercanggih sains dan teknologi dicapai dan selepas itu tidak mampu lagi terfikir akal, maka di situlah kudrat Allah bermula. Nyata di sini dapat disimpulkan setinggi mana ilmu sebijak mana manusia, ia tetap terbatas dengan kuasa Allah Yang Maha Agung. Teruskan mencari ilmu namun kembalilah kepadaNya kerana Allah yang memulakan segalanya.

Just keep praying for MH370.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s