Merdekakah Kita?

Posted: 01/09/2014 in Bacaan Ringan

Malaysia…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Itulah tema Hari Kemerdekaan ke-57. Alhamdulillah tahun ini sempat bersama family untuk bersama-sama meraikan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kalau dulu abah bawa kami sekeluarga tengok perbarisan takpun tengok persembahan tatu untuk mengenang jasa perwira negara sambil melihat demonstrasi ketenteraan sebagai benteng negara. Kali ini, tugas aku pula untuk sematkan pada anak tentang kemerdekaan. Kalau dulu selalu keluar malam pada ambang merdeka, kini zaman itu telah berlalu. Bagi aku, dapat menghadiri perbarisan Hari Kemerdekaan adalah simbol cintakan negara. Itu sahaja yang dapat kita berikan. Nak berperang, zaman perang dah lepas. Nak jadi Safee Sali, Malaysia nak masuk Piala Dunia pun belum tentu bila. So dengan cara sebeginilah dapat kita tunjukkan solidariti kita sebagai rakyat Malaysia.

Ye dari Johor Bahru kami datang nak menyaksikan NDP (National Day Parade) ni. Kalau tengok bola boleh turun jauh-jauh takkanlah NDP ni tak boleh kan. Lagipun setahun sekali je. Jam 9.00 sepanjang Jalan Raja Laut dari Dataran Merdeka sampai SOGO dah penuh orang begitu juga di stesen LRT Bandaraya. Semuanya teruja menunggu perbarisan pancaragam dan kenderaan tentera berbaris. Memang itu tarikan NDP. Bangga melihat rakyat Malaysia dengan Jalur Gemilang walaupun ada yang menganggap pergi ke NDP menyusahkan, baik tengok TV je kat rumah. Dari warga tua hingga ke anak kecil berbilang kaum, kagun melihat perbarisan dan bangga dengan keamanan, kemakmuran serta kemajuan negara.

photo 5

Cuma sedikit terdetik bila berjalan pulang ke Johor Bahru. Tiga perkara yang sempat melayang di fikiran tatkala kita sudah 57 tahun merdeka. Antaranya :

1. Sampah bertaburan selepas NDP. Adakah tong sampah yang dibekalkan tidak mencukupi atau rakyat Malaysia memang nampak segan untuk membawa plastik sendiri dan memastikan sampah kalau tak dapat dibuang disimpan sehingga tiba di rumah. Apakah dengan membuang sampah merata-rata membuktikan kita telah matang selama 57 tahun?

2. Dalam perjalanan ke Johor Bahru, terdapat kesesakan di kawasan Yong Peng – Machap. Apalagi, laluan kecemasan menjadi mangsa. Yang peliknya, ramai yang menggunakan laluan kecemasan untuk ‘potong line’ ini adalah pemilik kereta besar. Tentunya mereka mempunyai tahap literasi yang tinggi yang patuh kepada peraturan. Apakah modul atau undang-undang lalulintas sepanjang 57 tahun ini dianggap culas ataupun pemandu sendiri kurang matang?

3. Setibanya di RNR Machap yang baru-baru ini diwartakan sebagai kawasan larangan merokok (dikuatkuasakan juga di semua RNR) ada juga yang dengan selamba merokok di tempat makan. Kalaupun sangap carilah tempat tersembunyi. Tapi apakah larangan itu sekadar menampal iklan semata kerana terfikir juga siapa yang akan melakukan pemantauan, tangkapan dan denda kepada pesalah yang merokok tersebut. Apakah 57 tahun tidak cukup untuk penguatkuasaan dan tindakan sebegitu atau 57 tahun diperlukan untuk memahami arahan tersebut?

Jawapan kepada ketiga-tiga perkara di atas mempunyai satu jawapan mudah. Sikap atau disebut attitude. Sikap jika dibentuk menjadi murni, mudah mengikut peraturan dan memerlukan sedikit pendidikan asas sudah tentunya ketiga-tiga perkara di atas mudah dituruti tanpa ada pengawasan. Ketinggian tahap sikap ini akan mencerminkan tahap kematangan rakyat sesebuah negara. Kalau kita boleh diam seminit sempena Hari Berkabung Negara apalah salahnya kita panjangkan kebersamaan tersebut untuk sama-sama tidak membuang sampah, tidak menggunakan laluan kecemasan dan tidak merokok di tempat awam. Jika perkara asas itu dapat berlaku, nescaya ada makna di sebalik 57 tahun kita merdeka dan tidak timbul persoalan ‘merdekakah kita?’ sambil melihat Jalan Raja Laut yang dilauti dengan sampah sarap.

Selamat Hari Merdeka!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s