Archive for August, 2012

Salam kemerdekaan ke 55. Hari ini aku nak share visit to Old Trafford yang telah dikecapi pada bulan Oktober 2011 yang lalu. Itupun sebab aku takde topik nak tulis setelah blog ni bersawang tanpa sebarang nukilan. Ok jom kita mulakan pengembaraan.

Aku berada di London selama 8 hari dan agak terkilan kalau tak memanjangkan langkah ke Manchester melawat Old Trafford, venue team kesayangan Manchester United FC. Itupun setelah dua stadium berjaya dilawati iaitu Stamford Bridge dan Emirates Stadium yang kebetulan kedua-duanya terletak di kota London.

Gambar di atas ialah stesen keretapi Euston yang merupakan stesen induk di kota London selain King’s Cross St Pancras. Di sini memang keratapi merupakan pengangkutan utama membawa rakyat London ke serata UK. Kalau nak pergi ke Manchester, perlu naik ke Manchester Picadilly mengambil masa lebih kurang dua jam. Tambang keretapi lebih murah jika dibeli online dan lebih awal. Jangan khuatir kerana pembelian secara online sangat mudah dan selamat cuma perlu redeem tiket di kaunter sebelum naik keretapi. Boleh check tambang di website ini : http://www.nationalrail.co.uk/

Nah..sudah sampai Manchester Picadilly. Memang digalakkan naik keretapi ni di samping laju, kita boleh tengok keindahan pemandangan sepanjang perjalanan. Begitu juga attitude org UK yang sgt peramah dan keadaan tren yang bersih. Ok sampai Manchester dinasihatkan beli juga one day pass for bus so that you all can hang out all over Manchester along with free ride on each buses here. One day pass ini boleh dibeli sekali dengan tiket keretapi tadi. Taktau nak naik bas mana? Tanya sudah…driver bas tu kalau boleh nak hantar sampai depan pintu stadium nanti.

Haha..da sampai stadium impian. Sebelum ni cuma tgk dalam tv je tapi hari ini aku dah sampai. Dari stesen keretapi tadi sampai OT hanya mengambil masa 15 minit sahaja. By the way bandar Manchester ini tidaklah terlalu pesat tapi taklah terlalu mundur. Oh lupa nak story, lawatan ke OT ini berharga 15 pound (RM75.00) termasuk lawatan ke lapangan dan muzium. Sekali lagi pembelian secara online adalah digalakkan. Boleh layari offical website ni : http://www.manutd.com/en/Visit-Old-Trafford.aspx

Ok first visit sebelum visit ke lapangan, kita masuk muzium dulu. Muzium MU ini terletak di dalam stadium OT. Memandangkan aku ada masa lagi setengah jam sebelum dipanggil sesi lawatan, so aku jengah dulu muzium ini. Dalam muzium ada koleksi piala, keratan akhbar, informasi lagenda dan pelbagai cenderahati. Nak tgk koleksi gambar boleh ke FB aku. Tak larat aku nak upload banyak2 gambar dalam ni. Nipun bukan instagram kan?

Ok da masuk dalam stadium. Ketika ini stadium sedang dipersiapkan menjelang perlawanan European Champions League Mu melawan Otelul Galatti. Sebab aku nak balik London petang ni juga so terlepas la nak menonton depan mata aksi bintang MU. Apapun sesi lawatan dengan lebih 30 orang ini diketuai oleh staf bertugas yang akan menerangkan selok belok stadium OT dan fungsinya. Yang pastinya kalau tgk dgn mata kepala sendiri stadium OT ni kecik je kalau dibansingkan kita tgk dalam tv. Tapi tahap kualiti padang dan stadium memang first class dia punya fasiliti. Jauh nak dibandingkan hatta dengan Stadium Bukit Jalil sekalipun.

Yeah inilah moment yang paling teruja, berada di dalam dressing room MU. Actually ini hanyalah mock dressing room kalau time game akan ada partition dan sedikit perubahan di ruang santai dressing room ini. Hopefully satu hari nanti ada jersi orang Malaysia tergantung di sini.

Nah ini lagi satu port wajib untuk bergambar iaitu di substitution bench. Di sinilah tempat pemain2 simpanan menunggu dipanggil oleh Sir Alex Ferguson untuk beraksi. Official seat Chevrolet (dulu Recaro) pun dia pasang yang buruk untuk visitor. Menjelang game baru pasang yang baru.

Ok selepas 20 minit stadium visit, tempat terakhir ialah di MU Megastore. Banyak cenderahati boleh dibeli di sini tetapi harga agak mahal jika dibandingkan di Sports Direct (retailer sukan terbesar di UK). Contohnya jersi MU di belakang ini berharga 45 pound (tanpa nama dan nombor) manakala di SD hanya 40 pound berserta patches BPL percuma. Kalau nak tambah nama tambah lagi 10 pound. Kadar pertukaran dgn RM kali sahaja dengan 5.

Tak lengkap rasanya kunjungan ke sini adalah mendapatkan sourvenir berupa shawl atau muffler untuk game yang akan berlangsung. Muffler menunjukkan pasukan yang ditentang dan tarikh. Walaupun tak kesampaian nak tengok game tapi dapat muffler pun jadilah. Berharga 15 pound untuk dua.

Terdapat juga mural player di sepanjang stadium OT dan boleh ambil gambar sebagai kenangan. Overall aku spent about 3 jam di sini. So let’s rush to the bus station untuk pulang semula ke London.

Ok time to go back. Inilah stesen bas Manchester. Balik kena naik bas sebab murah sikit dalam hanya 5 pound. Itupun sebab beli awal thru online. Lagipun aku nak tengok suasana malam dan pemandangan berbeza naik bas pulak. Tapi seriously agak penat naik bas sebab makan masa lebih kurang 5 jam dan aku pun naik boring sampai tertidur.

Apapun this visit was so memorable walaupun penat. Memang tak sempat nak jalan2 sekitar Manchester dek kerana nak mengejar bas balik. After all aku puas hati dan pasti satu hari nanti aku nak ke sini lagi nak tgk game live pulak depan mata. Ok aku concludekan kos perbelanjaan untuk reference ;

Train ticket from Euston to Manchester Picadilly : GBP18 (plus one day bus pass)

OT visit : GBP15

Lucnh/Dinner : GBP5

Sourvenir : GBP50

Kalau berminat nak tgk gambar boleh lawati FB aku atau nak tau lebih lanjut tentang visit ni, boleh terus hantar comment di sini.

Remember, money can’t buy memories. Till then 🙂