Archive for January, 2012

Bukan Mudah Mengambil Penalti

Posted: 25/01/2012 in Sukan

Masih ingat debaran penentuan penalti ketika Malaysia menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan SEA tahun lalu di Stadium GBK? Rujuk Sini Atau kita selalu melihat Messi dan Ronaldo seakan mudah menewaskan penjaga gol lawan dalam penalti ketika permainan? Atau hanya menekan butang petak pada contoller PS dan arrow kiri kanan ketika bermain Winning Eleven? Itulah sepakan penalti.

Bukan mudah menyepak penalti, baik di stadium yang kosong bahkan tidak terperi tekanannya ketika berhadapan dengan stadium yang penuh. Bayangkan ketika pasukan memerlukan jaringan penyamaan dalam perlawanan akhir yang berbaki seminit dan anda ditugaskan membuat sepakan penalti bukan sahaja berdepan dengan penjaga gol sejuah 12 kaki tetapi ribuan penyokong lawan yang mengharapkan sepakan itu tersasar atau berjaya diselamatkan.

Asamoah Gyan pernah gagal melakukannya dua kali dalam satu perlawanan. Satu ketika berada di ambang kejayaan jika dia berjaya melakukan jaringan itu di masa tambahan dan satu lagi ketika penentuan penalti. Kedua-duanya gagal dan Ghana tersingkir di pusingan kedua Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Ahmad Fakri juga pernah gagal di depan 100,000 penonton di GBK, nasib baik yang lainnya menjalankan tugas dengan cemerlang. Khyril Muhymeen juga gaga’ ketika Piala AFF 2007 di Singapura yang membawa kepada kekalahan Malaysia kepada Singapura. John Terry hanya perlu tenang menjaringkan penalti terakhir yang akan membawa kejuaraan Liga Champion ketika berdepan Edwin Van Der Sar, tapi dia memilih tiang lantas memberi kejuaraan kepada MU. Nyata tekanan yang dihadapi untuk membuat sepakan penalti sungguh tinggi, bahkan tekanan kepada diri sendiri juga dirasai andai tiada penonton di sekeliling. Aku sendiri pernah gagal tiga atau empat kali dari 15 sepakan penalti yang seingat aku pernah diambil.

Penalti diberikan jika pasukan lawan melakukan kesalahan dengan memegang bola atau tackling dalam kotak penalti. Jarak 12 kaki dari garisan gol merupakan peluang yang terbaik kerana hanya berdepan penjaga gol tanpa halangan. Pemain hanya perlu menyepak dan menewaskan penjaga gol. Secara teori, 80% analisis menyaksikan pemain berjaya melakukannya manakala 20% lagi berjaya diselamatkan atau tersasar. Malah Gianluigi Buffon dan Khairul Fahmi Che Mat yang mengakui menonton rakaman video sepakan penalti pemain, masih gagal menyelamatkannya dan hanya bergantung 10%-20% nasib untuk berjaya menangkisnya. Jadi, nyatala sepakan penalti yang dianugerahkan berpeluang besar danugerahkan jaringan.

Bagamana untuk melakukannya? Ikuti langkah ini:

1. Pilih Sasaran

Secara teori, sasaran yang paling sempurna dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol ialah top corner di sebelah kiri atau kanan. Walaubagaimanapun, sasaran ini sukar dan perlukan latih tubi yang kerap. Ini kerana, bola perlu disepak tinggi ke penjuru atas dan kemungkinan untuk bola melepasi palang adalah tinggi. Justeru, kebanyakan pemain memilih bottom corner di sebelah kiri atau kanan. Namun, pemain harus menendang bola dengan deras kerana penjaga gol akan mengagak sama ada kiri atau kanan. Untuk right footer, sasaran di sebelah kiri dilihat sesuai kerana mereka boleh merebat atau placing sementara sasaran di sebelah kanan, mereka hanya boleh placing sahaja. Placing dilihat paling selamat kerana sasaran selalunya mengena tetapi pace bola haruslah laju. Begitu juga sebaliknya untuk left footer.

Ada juga yang memilih untuk merembat di tengah dengan harapan penjaga gola akan dive ke kiri atau kanan. Namun, dalam situasi ini, pemain perlu bijak melihat tindakan penjaga gol terlebih dahulu. Ada juga yang berani dengan chicky penalti seperti yang dilakukan Zinedine Zidane dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2006 menewaskan Gigi Buffon namun tindakan in iperlu tahap keyakinan yang tinggi.

2. Sederas Mana

Penalti tidak perlukan rembatan sederas Roberto Carlos atau rembatan yang mampu mengoyakkan jaring. Cukup hanya menjangkaui penjaga gol dan tepat ke sasaran. Setelah menentukan sasaran yang ingin disepak, kita perlu fikir, sederas mana bola perlu disepak. Makin kuat maka makin sukar untuk digapai penjaga gol. Mahu rembat atau placing sahaja? Kalau placing mungkin tak cukup kuat sebab kita gunakan inner foot. Kalau rembat pula takut melambung tinggi sebab kita guna front foot atau lace. Jadi, ikut keselesaan dan latih tubi main peranan. Memang nampak mudah tapi tanpa latihan, pemain bakal kecewa.

3. Tenang

Tenangkan minda, tarik nafas sedalam mungkin dan fokus kepada sasaran dan level kederasan sepakan. Teori mengatakan, jika kita mengubah sasaran di saat akhir lebih 50% akan mengakibatkan kegagalan dalam sepakan. Walaupun latih tubi sering dijalankan, suasana perlawanan kadang kala mengubah perasaan dan menambah tekanan ketika mengambil sepakan. Fikirkan kejayaan dan ambil sepakan dengan penuh keyakinan.

Begitulah sedikit sebanyak tips hasil bacaan aku untuk dikongsi bersama. Semoga penalti kita selepas ini lebih berkesan. Aku sharekan video rangkuman jaringan penalti serta kegagalan Cristiano Ronaldo dalam mengambil penalti. Bagi aku, CR adalah antara pengambil penalti yang tenang dan yakin. Dua faktor yang membawa lebih 90% penalti disempurnakan. Aku terfikir, mana-mana penjaga gol yang menonton video in imasih gagal menyelamatkan penalti tersebut. Adakah sebab dia CR atau teori seperti yang aku tulis di atas memang betul? Kita cuba esok di lapangan.

Selain itu aku juga meminati sepakan penalti Ruud van Nistelrooy dan Denis IRwin. Dua ikon ini telah menyempurnakan lebih 98% penalti semasa di MU. Juga Mahali Jasuli seorang pertahanan yang tenang (jarang sekali pertahanan berani menyepak penalti) dan Shahurain Abu Samah ketika dua kali mengambil penalti (ketika yang pertamanya dibatalkan) sewaktu perlawanan akhir PM 2010 dan juga separuh akhir PM 2010 ketika berdepan Johor FC. Mahali dan Shahurain menyepak ke top corner di sebelah kanan, penalti yang memang sukar tapi sempurna.

Akhir sekali, jangan jadikan penalti satu bala buat anda dan pasukan. Cheers 😀

Selangor Hambar

Posted: 25/01/2012 in Sukan

Seri lagi pada matchday 4 MSL membawa Selangor hanya 5 mata dari empat perlawanan. Hanya menang sekali menentang Perak dan gagal bangkit selepas tewas 0-1 kepada Felda United. Hasrat IB melakar kemenangan musnah dek kerana ketumpulan barisan depan Selangor.

Perlawanan yang dipancarkan secara langsung melalui RTM 1 menentang Sarawak dilihat menonjolkan kepincangan barisan depan dan under par performance dari Kanchung, Chopot dan Amri sendiri sekali pemain yang pernah menyarung jersi negara. Amri ‘the birthday boy’ dan mencari gol ke 100 dalam kariernya bersama Merah Kuning gagal menjelmakan jaringan keramat itu di SNBJ.

Kesimpulan aku dari game ini seperti berikut:

1. Selangor bermain baik dengan build up game melalui short passes. Itulah taktik yg diterapkan IB sejak tiba di Selangor, berbeza dengan KD. Namun, shortage of killing instict di barisan depan nyata merencatkan prestasi Selangor. Amri bukan penyerang begitu juga Chopot dan Kanchung. Kesimpulannya mudah, Selangor tiada penyerang prolifik. Arsun pula hanya supersub dan tak mampu beraksi 90 minit. Dari defending marshalled by Ramez dan creating game in midfield master by Chopot, Selangor tiada masalah di dua bahagian ini. Mendominasi perlawanan tapi gagal menjaringkan adalah satu kegagalan dalam perlawanan.

2. Bermain di SNBJ, mungkin bukan homeground asal Merah Kuning membuatkan sedikit kaku untuk pemain beraksi seperti biasa. SNBJ lebih terkenal dengan game2 besar seperti pentas final atau ketika international game. Mungkin player lebih gemar beraksi di gelanggang keramat mereka di SSA. Namun pada aku itu alasan rapuh kerana di mana2 ground pun player harus adapt dengan keadaan sekeliling dan fokus pada game.

3. Satu lagi masalah yang timbul mungkin adaptasi player dengan taktikal coach yang belum dapat diterjemahkan 100% dalam game. Betul nampak sedikit berbeza corak permainan Selangor di bawah IB dengan KD, itupun mungkin kerana IB masih awal dan peminat teruja dengan perubahan. Tetapi pre season Selangor tidak ada satu pun friendly dengan team MSL, membuatkan flow of the game sedikit terencat bila berdepan dengan saingan sebenar. Rata-rata player Selangor ialah player lama dan sudah selalu bersama. Player baru cuma Ramez, Solihin, Azlan dan Arsun yang telah diturunkan dalam 4 game sebelum ini, mereka masih struggle kecuali Azlan. Ini bukan masa untuk mencari keserasian tapi aku masih setuju dengan IB bahawa team masih belum menjumpai sentuhan. Keserasian dan performance adalah sesuatu perkara berbeza dan aku menganggap dalam 4 game awal, sentuhan pemain masih belum jadi.

Ikuti sedutan game yang membosankan ini (bagi aku ‘membosankan’ apabila tiada jaringan)

Starting Line Up : Azlan, Razman, Ramez, Asrar, Gun, Guru, Bun, Kecik, Chopot, Kanchung, Amri

Booked : Gun, Bun, Asrar

Goal : No goal for 180 minutes (we need striker!)

Prihatinkah Kita?

Posted: 19/01/2012 in Bacaan Ringan

Salam semua,

Because kindness keeps the world afloat. Begitulah tajuk video yang dikirim oleh seorang teman melalui emel aku dan terpanggil untuk aku tulis entry berkaitan ‘kindness’ kita kepada dunia di sekeliling kita. Apapun layan dulu video ni.

Tanya pada diri kita sendiri apa kebaikan atau keprihatinan yang telah kita lakukan hari ini. Adakah itu sekadar menarik perhatian orang, atau situasi berlaku untuk mengambil hati bakal mertua ataupun bos atau ia memang benar ikhlas dari hati. Semua perlakuan pelakon video di atas memang direncana oleh pengarah iklan tersebut. Namun alangkah baiknya jika kita semua bersifat demikian, seiring dengan kemajuan negara yang melangkah sebagai dunia maju.Aku senaraikan beberapa perkara berikut yang mungkin dianggap remeh seperti yang telah diperlakonkan oleh pelakon video tadi;

1. Berapa kalikah kita memulangkan duit tokei kedai yang terlebih bayar? 2. Berapa kalikah kita memimpin orang buta melintas jalan? 3. Berapa minitkah kita culas untuk mengular minum teh tarik waktu kerja? 4. Berapa kali kita belanja kawan makan? 5. Berapa kali kita melenting bila ditegur jangan morokok di khalayak ramai? 6. Selalu ke kita senyum atau ucap salam kepada orang walaupun kita tak kenal? 7. Berapa kali kita tolong bukak pintu kedai di JPO untuk tolong mak budak yang tengah tolak stroller? 8. Pernah tak lambai tangan kepada pemandu yang memberi laluan? 9. Selalu tak ucap terima kasih atau selamat jalan? 10. Atau prihatinkah kita?

Betul kadang-kadang bila kita act lebih orang kata macam bagus, blood sucker macam-macam lagi. Bila kita slow pulak orang kata dia dengan dunia dia tak amik port langsung. Tapi percayalah, sifat-sifat positif sebegini yang mencerminkan budaya dan minda seseorang. Di Malaysia, tak semua yang sombong dan tak semua yang tak prihatin. Lebih prihatin pun kena kencing, kena ragut, kena tipu tapi bila kita kaji dari mana datangnya si penipu, si peragut dan tukang kencing tadi? Sebab mak bapak ke? Sekolah tak abis ke? Atau memang hobinya camtu?

Di negara maju kebanyakkannya kurang gejala sosial kerana mereka ada pekerjaan, makan cukup, sekolah abis dan paling penting minda kelas pertama walaupun tak pandai. Setakat beratur naik bas, tak merokok tempat awam itu perkara biasa. Attitude memang tiptop. Bila semua benda ni dipraktikkan dari kecik, prihatinlah dia bila besar. Bila semua prihatin satu sama lain, peragut pun berhenti jadi peragut, tukang kencing pun takde sape nak kencing. Tiba-tiba la diorang ni tukar jadi baik.

Persoalannya dimanakah kita? Prihatinkah kita kepada masyarakat setempat? Mampukah kita berubah demi mencapai status negara maju? Jawab dulu 10 soalan di atas baru tau di mana kita 🙂

Kekalahan Pertama

Posted: 18/01/2012 in Sukan

Dua post aku sebelum ni ada kena mengena dengan perkataan pertama iaitu malam pertama dan kemenangan pertama. Dan hari  ini perkataan pertama itu nampak sinonim tapi dalam keadaan yang kurang menarik. Itulah yang mampu diungkapkan apabila Selangor ditewaskan buat kali pertama di tangan Felda United 0-1petang tadi di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Nak komen lebih pun tak boleh sebab tak pergi stadium mahupun tengok live sebab game petang. Jadi hanya menunggu laporan dari warga SFC yang sempat menjengah ke Paya Rumput. Tungu punya tunggu lambat sangat so aku copypaste jelah cerita dalam suratkhabar ni. Suka hati korangla nak baca ke tidak…

Selangor diaib FELDA United
Oleh Nazri Abu Bakar

2012/01/18

‘Anak peneroka’ jejas rentak kebangkitan semula Merah Kuning

REPUTASI besar Selangor – skuad pilihan dalam kancah Liga Super, musim ini – tercalar selepas kecundang 0-1 kepada FELDA United di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput Melaka, petang semalam.

Skuad Peneroka itu berterima kasih kepada penyerangnya, Azrul Ahmad yang bijak menolak masuk gol kemenangan pada minit ke-28 untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Hanya tiga hari selepas menumbangkan Perak, anak didik Irfan Bakti gagal mengulangi rentak sama dan akur masih ada banyak perlu diperbaiki sebelum mendapat semula pengiktirafan, termasuk memperkasakan semula jentera serangan mereka.
Pada babak pertama tuan rumah nyata lebih agresif, sebaliknya gerakan yang cuba dicipta penyerang Selangor, Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim dan Amri Yahyah juga bijak ditutup Nizam Abu Bakar bersama rakan lain.

Pada babak kedua, Merah Kuning cuba membentuk permainan tersusun menerusi gerakan Safiq, Mohd Fitri Shazwan dan Amirulhadi tetapi penyudah tumpul menghampakan, termasuk peluang baik pada minit ke-56 tetapi gagal ditanduk tepat Asrarudin Putra Omar.

Ketika skuad Lembah Klang itu berusaha mencari gol penyamaan, Azrul berpeluang sekali lagi menghukum kepincangan benteng Selangor pada minit ke-59 tetapi tolakannya gagal menemui sasaran ketika hanya berdepan Norazlan.

Usaha Selangor cuba mengikat kedudukan terus dihampakan barisan skuad E Elavarasan termasuk tandukan Amri pada minit ke-63, rembatan Safiq (66) dan cubaan K Gurusamy dua minit selepas itu yang sekadar melepasi palang gawang FELDA United untuk Selangor berputih mata di bumi Hang Tuah.

Line up : Azlan, Razman, Ramez, Asrar, Gun, Guru, Chopot, Zidan, Solihin, Kanchung, Amri

No goals and no bookings

Tiga Mata Pertama

Posted: 15/01/2012 in Sukan

Malam tadi 14/01/2012, Perak menjadi mangsa pertama Selangor selepas menang 1-0 hasil jaringan Chopot. Sebab tak pergi stadium dan live pun takde jadi analisa game minggu ni hanya berdasarkan pemerhatian rakan-rakan SelangorFC yang sempat ke SNBJ mlm tadi.

Coach IB membuat pertukaran dengan menyenaraikan Solihin dalam kesebelasan utama setelah bekas pemain Kelantan dan Perlis ini menunjukkan prestasi cemerlang menentang Negeri Sembilan pada perlawanan pembukaan. Selangor nyata mengusai permainan dengan serangan dari pelbagai sudut namun jaringan Chopot pada minit ke 23 tidak dapat ditambah lagi dalam baki permainan. Walaubagaimanapun cukuplah satu jaringan itu bagi menghadiahkan tiga mata pertama bagi tahun 2012.

Banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk meneruskan perjuangan 2012. Selasa ini (17/01/12) Selangor akan bertemu Felda United di Stadium Hang Jebat jam 4.45 petang. Merah Kuning Itu Selangor!

Ikuti sorotan rangkuman perlawanan. Kredit to Astro Arena

Line up : Azlan, Razman, Ramez, Asrar, Gun, Zidan (Arsun), Kanchung, Guru, Solihin (Kecik), Chopot, Amri

Scorer : Chopot

Booked : Ramez, Zidan

Satu Mata di Malam Pertama

Posted: 10/01/2012 in Sukan

Hari ini bermulalah Liga Super musim baru 2012. Tahun ini Selangor tampil membuka tirai bertemu Juara Piala Sumbangsih 2012 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Dengan barisan pemain lama dan baru ditambah dengan kehadiran pemain import Ramez Dayoub dengan dibimbing oleh Irfan Bakti, Selangor mahu membuktikan musim 2012 sesuatu yang bermakna.

Separuh masa pertama Selangor bermula perlahan dengan ketinggalan 0-2 menerusi jaringan Effa Owona pada minit ke 4 dan penalti pada minit ke 38 tapi bangkit menyerang pada separuh masa kedua dengan jaringan Kanchung dan Chopot pada minit ke 68 dan 75.

Overall untuk first game ni, it’s a good start. Walaupun draw, players actually agak nervous di awal permainan. Insya Allah dua tiga game lepas ni akan nampak keserasian gameplay antara player. Perlawanan seterusnya menentang Perak di SNBJ, Sabtu ini 14 Jan 2012. Ikuti rangkuman perlawanan di bawah.

Barisan pemain : Azlan, Eric (Solihin), Ramez, Razman, Gun, Asrar, Zidan (Arsun), Guru, Chopot, Kanchung, Amri

Kad Kuning : Eric, Ramez,  Gun, Arsun

Gol : Kanchung, Chopot (Pen)

*Credit to Ayid for the photo and soccernet for the video

Hi all,

 

Happy New Year 2012. For the first post in 2012, I’ll present to you my blog report. Thanks to wordpress for providing this report. It is not a remarkable one but I really appreciate the stats. Happy reading guys and wait for some more post in 2012 🙂

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

A New York City subway train holds 1,200 people. This blog was viewed about 5,500 times in 2011. If it were a NYC subway train, it would take about 5 trips to carry that many people.

Click here to see the complete report.