Archive for May, 2011

Apabila digandingkan dalam sesi fotografi yang pertama di atas bantal yang sama, masing-masing tidak mahu mengalah. Alya tua tiga bulan daripada Dhani nyata mengungguli pentas namun Dhani sebagai lelaki juga tidak mahu mengalah. Ikuti percakaran bermula dari atas:

Gambar atas kiri : Alya menghenyak Dhani supaya keluar dari kawasannya. Dengan wajah ganas, Dhani seakan tewas.

Gambar atas kanan : “Lu apahal?” Dhani tak mahu mengalah sambil Alya kelihatan sedikit mengalah.

Gambar bawah kiri : “Nah amik ni sekali” Dhani menggunakan siku sambil Alya rasa terancam.

Gambar bawah kanan : “SUDAH!” Dua-dua mengalah setelah pengadil (Nenek) masuk campur.

🙂

Satay Wak Radol

Posted: 17/05/2011 in Jalan Jalan

Salam all,

Dah lama rasanya tak update blog ni sejak busy dengan si Ahmad Dhani. Dan sejak bini tengah dalam pantang ni aku pun tak dapat pergi makan kat tempat-tempat yang biasa kami jelajahi lepas balik kerja ataupun hujung minggu. Antara tempat yang selalu dikunjungi ialah Warung Satay Wak Radol. Warung ni terletak di Kawasan Kempas Denai lebih tepat lagi sebelah je highway Pasir Gudang berhadapan dengan DAmansara Aliff. Terkenal dengan satay ayam, daging dan babat yang mengancam, warung ni juga mempunyai cawangan di Taman Kemas.

Selain satay, kat sini pun ada buat Mee Bandung special dengan nasi goreng kampung menyengat. Harga pun boleh tahan tak mahal sangat. Masakan memang ala mak2 kita yang masak. Suasana warung pun tidaklah seselesa di hotel atau tepian pantai. Hanya deruan kereta dan lori kedengaran sebab warung betul2 di tepi highway. Nak tenang sikit boleh pergi ke cawangan di Taman Kemas.

Nah ini dia satay 10 cucuk (mintak 10 tapi dia bagi 12…cuba kira betul2). Dapat ni sebagai makan malam pun dah ok. Kenyang sampai pagi esok. Harga secucuk baru 50 sen, tambah RM1.00 untuk nasi impit.

Ok boleh check harga dan plan nak makan apa malam ni. Kalau duduk area Skudai, Perling dan Kempas memang Wak Radol boleh jadi pilihan utama.

Jumpa lagi 🙂