Archive for the ‘Jalan Jalan’ Category

Woi kegilaan apakah yang melanda bilamana setahun genap blog ini berhabuk dan mood penulisan pun kelaut. Padahal entry sebelum ini cerita pasal Jogja pun belum habis. Maaflah kepada viewers yang menanti-nanti entry yang seterusnya. New viewers pun masih boleh bergantung harap manalah tau entry ni dapat membantu pergerakan ke Jogja nanti. Ok jom abang sharekan tujuh tempat menarik yang boleh atau wajib dikunjungi dan berada dalam bucket list ketika berada di Jogja.

  1. Sunrise di Gunung Merapi dan Puntuk Setumbu

Meskipun dekat Malaysia korang tak pernah mengadap sunrise ni dari tingkap bilik rumah atau bangunan pencakar langit ke bukit bukau, pastinya korang akan menghargai sunrise ini pada masa2 akan datang. Orang kata sunrise lain tempat lain viewnya padahal matahari tu memang satu je kat mana-mana. Jadi dua tempat yang boleh dikunjungi untuk melihat sunrise adalah di Gunung Merapi dan Puntuk Setumbu. Untuk kedua-dua lokasi ini jarak dia tak berapa jauh dari pekan Malioboro cuma perlukan kekuatan untuk bangun seawal 4.00 pagi WIB dan bergerak ke lokasi. Untuk Puntuk Setumbu biasanya supir akan memandu terus ke lokasi dan hanya memerlukan sedikit pendakian dengan berjalan kaki sekitar 700 meter untuk sampai ke puncak. Manakala untuk Gunung Merapi pula supir akan memandu hingga ke base camp sebelum menaiki puncak gunung dengan menaiki jip yang disewa sekitar IDR350,000 boleh naik 4-6 orang. Supir akan memandu jip dan melawat kawasan sekitar mengambil masa tiga jam. Oh untuk Puntuk Setumbu terpulang nak spent berapa banyak masa di sana tapi average dalam 90 minit. Nikmatilah sunrise dan ambil selfie banyak2 kerana pemandangan sungguh cantik. Di sini juga terdapat gereja ayam tempat shooting filem Ada Apa Dengan Cinta 2. So kalau nak fefeeling Rangga dan Cinta boleh la singgah ke sini.

Kata orang tempatan, sukar nak dapatkan shot Gunung Merapi tersenyum. Inilah maksud tersenyum tu (takde kabus di puncak gunung)

Sunrise @ Merapi

Jip yang disewa sekali dengan driver. Kalau abang yang drive memang menjunam. Nasib abang duduk depan

Sebuah batu dengan rupa manusia yang bersedih akibat gempa di perkampungan Merapi yang dilanda gempa sekitar 2015.

Good morning @ Punthuk Setumbu

Punthuk Setumbu memang nampak macam shot dari atas awan


2. Pemandangan di Kalibiru

Kalibiru adalah tempat wisata yang seakan dengan Puntuk Setumbu. Di sini banyak photo spot yang telah disediakan khas untuk bergambar. Kayak berada di atas awangan gitu. Tapi setiap satu spot itu dikenakan bayaran sekitar IDR10,000-20,000 bergantung kepada tahap kecantikan spot2 tersebut. Ada juga spot yang percuma tapi kena bikin sendiri dan cari angle2 yang sesuai. Kalau malas beratur dan nak jimat duit boleh je pilih spot sendiri. Tapi rata2 pencinta alam hanya akan lepak, enjoy the view dan kadangkala terdiam seketika menikmati keindahan alam.

Platform telah tersedia untuk beraksi

 

3. Candi Borobudhur

Diklasifikasikan sebagai salah satu Warisan Dunia UNESCO, Candi Borobudhur adalah tapak atau tempat upacara keagamaan bagi agama Buddha satu ketika dulu. Jangan takut, belum jatuh murtad kalau lawat tempat keagamaan. Niat kita nak explore keindahan alam dan candi ini adalah salah satu kebanggaan masyarakat setempat. Banyak cerita mengenai candi ini abang tak perlu nak cerita sebab ini bukan kelas sejarah. Cuma nak share candi ini memang dibina melalui susunan batu dari bawah  hingga ke atas. Lokasi memang terletak di pinggir bandar dalam 30 minit dari Malioboro dan bayaran masuk sekitar IDR200,000. Spent masa dalam dua jam untuk menikmati keindahan dan bacalah momen2 sejarah yang ada di sini. Ye banyak pendakian melalui anak tangga akan berlaku dan dinasihatkan naik satu level dan kemudian pusing kiri atau kanan dan jalan dulu sebelum naik ke satu level lagi. Candi ini berbentuk petak so takkan sesat punya. Bila dah sampai atas, enjoy the moment dan di sini juga boleh menikmati sunrise dan sunset.

Entrance @ Borobudur

Lengit kau nak panjat tangga tu

Kat atas takde jual air so pandai2la kalau haus 🙂

 

4. Gondola di Pantai Timang

Pada abang ini paling rare dekat Jogja. Pernah tengok gondola manual meretasi lautan. Jap, lautan bukan sebarang lautan macam kat pantai PD bang tapi ni jenis bergelora dan berombak punya. Korang akan mengadap Lautan Hindi ok bukan Laut China Selatan ataupun Selat Melaka. Jenis perjalanan pun agak challenging sebab kena drive tiga jam dari Malioboro ke Timang. Then, kena sewa jip lagi sebab tiada jalan untuk ke pantai. Semuanya dipenuhi batu karang macam kat dalam laut tu. Punya tajam beb kalau cucuk kaki. So jip disediakan dengan biaya sekitar IDR300,000. Satu jip boleh sumbat sampai 4 orang so boleh kongsi2. Sampai je Pantai Timang (do not expect pantai macam kat Malaysia ok) kita disajikan pemandangan indah dari atas. Pantai tu kat bawah sebenarnya. Nak turun bawah memang tak lah. Dari jauh nampak satu gondola ala2 kereta kabel ditarik secara manual guna tali hiking tu (apa kenama tali abang tak tahu). Satu gondola boleh naik dua orang. Biaya IDR200,000 seorang. Maha memang mahal tapi experience dan momen untuk kau ke pulau batu di seberang nun lebih kurang 150 meter tak boleh beli dengan duit bang. Ditambah pulak dengan gelora ombak kat bawah sana dengan kau tak pakai apa2. Takut, gayat semua ada. Kalau nak ubah keputusan boleh je lalu jambatan gantung dengan biaya separuh daru gondola. Kau boleh lepak2 jalan benti jalan benti sambil selfie. Tapi, serius kagum dengan daya tenaga serta kepakaran masyarakat setempat dalam membuat kajian mekanikal mengenai gondola ini. Sampai ko punya tahap pemikiran mengenai keselamatan jatuh kepada 4% sahaja daripada 100. Cuma harapnya 4% tu tak kena pada kita la hehe.

Nampak macam seberang je kan? Kau tengok ombak kat bawah tu…berani?

Here we go

 

5. Shopping di Malioboro

Apa lagi nak buat kalau dah pergi tempat orang dan nak cari something untuk dibawa pulang. Malioboro lah tempatnya. Malamnya hidup umpama pasar malam gergasi. Walaupun tak segah Bukit Bintang tapi cukup buat abang enjoy night life kat Malioboro. Dereta gerai menjual cenderahati dengan harga mampu milik serta deretan gerai ‘warteg’ yang menjual makanan jogja buat malam makin panjang. Cuma kalau nak makan make sure tahap kebersihan itu dimonitor dulu. Ada je yg duduk bersila sambil menikmati ayam penyet. Tapi yang paling rare ialah ambil foto di signage Malioboro yang sempoi jek. Di Malioboro juga ada Pasar Beringharjo dan pasar ini pasar kering dan basah. Dia di dalam bangunan dan juga beberapa mall berdekatan kalau nak jalan dalam keadaan sedikit sejuk. Bagi yang malas jalan kaki boleh je naik beca yang disediakan. Mintalah supir bawak pusing2 tapi deal dulu harganya sebelum naik.

Roadsign macam kat Jalan Wong Ah Fook jek tapi ramai yang snapshop kat sini

Nightlife @Malioboro

 

6. Tempat Bakpia

Sejenis kuih yang intinya kacang hijau yang dikisar halus. Memang sedap kalau perisa asli dan beberapa perisa yang ditambah nilai pun boleh kena dengan selera. Harga pun tak mahal sekitar IDR10,000-20,000 bergantung perisa dan dijual di dalam kotak. Tapi yang paling best bila kau berkunjung ke tempat pembikinan kuih bakpia ni bila kau tengok mereka buat kuih macam kerja kilang. Ada tempat kisar, tempat uli tepung, tempat bakar dan semua dibuat macam ada standard masing2. Ok proses bakar pun guna kayu api dan arang ok bagi menjamin kesedapan kuih ini. Alang2 dah sampai, petugas akan beri sample untuk kau cuba panas2 sey. Kau ulang makan pun dia tak kisah tapi bila balik belilah sekotak dua buat makan kat hotel ataupun bawa balik.

Berjemaah buat Bakpia


Nah…baru keluar dari tempat pembakaran dan siap sedia untuk dirasa


Siap sedia untuk dibawa pulang ke Malaysia

 

7. Hutan Pinus

Antara tempat menarik untuk bergambar, Hutan Pinus adalah kawasan pokok pain yang begitu cantik dan terdapat rumah hobbit yang dibina untuk menambahkan lagi photo spot sedia ada. Memang terasa seperti berada di kawasan sejuk dan udaranya pun sangat dingin. Lokasi sealiran dengan Kalibiru jadi memang satu jalan. Suggest pergi pukul 3.00-6.00 petang.

Macam cover album kan?

Fuhhhh…penat

Memang dah disediakan port untuk snapshot

 

Memang sebenarnya banyak lagi interesting places di Jogja ni. Tapi ini jelah yang abang sempat terjah dalam 4 hari 3 malam di Jogja ni. Of course, different type of traveller will discover different places. Maybe 7 yang disenaraikan ni just 20% of Jogja. Mungkin abang akan datang lagi untuk discover the rest pulak. Yang penting, make your first step and you will discover the rest 🙂

Ok kali ni kita masuk part yang tidak kurang penting bila jalan2 iaitu bab makan. Salah satu sebab Indonesia menjadi destinasi kegemaran orang Malaysia ialah kuliner atau makanan yang sedap2. Memang selera tak jauh dengan kita di Malaysia tetapi makanan di Jogja tentunya unik dan semestinya apabila kita berada di sini pasti nak cuba local dish atau signature dish yang ada di Jogja ni. Abang dengan team underground takdelah buat research yang dalam terhadap makanan ni. Sebab abang taknak kecewa di kemudian hari takut tak kena selera tau tempat makan jauh dari lingkaran semasa. So, apa yang abang nak share ialah tanya supir korang mana tempat makan yang sedap2. Seperti yang abang sembang dalam entry Ada Apa Dengan Jogja? -Tentatif Program-, supir menang main banyak peranan dalam menjayakan liburan korang. Supir selalunya akan suggest tempat makan yang menarik sebab dia biasanya tau selera orang kita. abang advice korang ikut je suggestion supir kerana harga makanan tak banyak beza dengan kita di Malaysia. Jom abang share beberapa tempat makan yang win kat sekitar Jogja.

  1. Kedai Makan Handayani

Ok kedai makan pertama yang kami singgah ialah Kedai Makan Handayani. Sebuah kedai makan tahap restoren, tak ramai orang dan menyediakan makanan tempatan. Abang try la makan nasi handayani, paduan nasi putih dengan daging then ada ulaman sikit dengan terung bercili. Ok not bad sebab ada paduan kuah asam rebus yang memang win. Harga sekitar IDR35-40,000 siap air teh botol sosro untuk seorang makan.

Suasana di Handayani

Nasi Goreng Handayani

Nasi…(apa ntah tak ingat) tapi sedap

 

2. Steak Luar Biasa

Ok malam pulak setelah siangnya kita pekena Handayani, supir dengan selambanya bagi advice, “…kalau tadi siang2 udah meletup pedas, malam2 kita nyaman makan steak mau?”. Dalam hati supir ni nak potong leher ke makan steak. Tapi beberapa kali sudah abang nyatakan, percayalah supir. Dan kalau nak lagi confirm, pesan kat supir bawa tempat yang murah2. Jadi kami pekena steak yang memang murah malam tu di Steak Luar Biasa.

Tunjuk gambar ini udah tertera alamatnya jika kepingin ke sini

Kata supir : Kedainya kaki lima tapi makannya bintang lima…

Untuk semua ini sekitar IDR140,000. Korang bahagilah sendiri

 

3. Warung Makan Tepi Jalan Borubudur

Ok Warung Tepi Jalan ni supir bawa masa turun dari Punthuk Setumbu lepas tengok sunrise pada hari esoknya (selepas makan western malam tadi). Dekat dengan Candi Borobudur. Ni pun singgah makan sebelum pergi Borobudur. Warung makan ni tidak punya nama kerana dia betul gerai di tepi jalan ala-ala nasi lemak makcik kat tepi jalan. Tapi memang legend sebab ramai orang kampung datang beli sama ada makan situ atau tapau. Abang tak tau nak makan apa sebab banyak sangat lauk so abang sauk jela nasi makan dengan tempe dan sedikit kuah ayam. Ada ulam-ulaman untuk cicah dengan sambal (sebenarnya tiru supir tgk dia makan apa haha). Ok disebabkan ini ketagori gerai di kawasan kampung, jumlah yang dibelanjakan untuk pagi itu untuk empat orang hanyalah sekitar IDR80,000 sahaja (paling murah setakat ini).

Inilah rupanya gerai tepi jalan tu. Nama jalan pun tak ingat tapi dengat dengan Borobudur. Nama kampung pun tak ingat

Makcik yang jual ni steady melayan customer yang tak putus-putus.

Inilah ‘brunch’ abang. Ada la tempe ulam-ulaman dan sambal…yummmyyyyy

 

4. Ramusen Penyetan

Haha Ramusen Penyetan ni nama kedai ok. Sebutnya Pe-Nyett-Tan (bukan penyetan – syaitan ok). Supir bagitau Ramusen Penyetan ni famous dalam makanan ayam penyet. So abang pun terbayanglah ayam penyet Banaffe kat depan New York Hotel tu. Lebih kurang sama cuma ayamnya crispy ala2 KFC dan sambal dia paling legend. Boleh pilih tahap kepedasan nak sebiji, dua biji atau tiga biji. Jam-jam tu juga dia gelek cili tu dengan leusng dia sampai lumat then dia akan letak atas pinggan. Side order seperti biasa sup asam rebus dengan jagung dan air malam tu abang order green tea lepas asik minum teh sosro jek sepanjang kat sini. Harga lebih kurang IDR40,000 hingga IDR60,000 mengikut bahagian ayam yang diambil. Peha atas, peha bawah, dada dan sayap semua harga lain2 ok.

Suasana Tenang di Ramutens Penyetan

Inilah rupanya Ayam Penyet di Jogja. Asam rebus tu segar dan green tea tu paket complete lepas kepedasan

Semua berpuas hati kekeyangan selepas kepenatan berlibur

 

5. Soto Segeer

Keesokan harinya kami menyusur seawal pagi untuk sunrise di Gunung Merapi (nantikan entry akan datang) dan selepas itu kami singgah di Warung Soto Segeer Mbok Giyem di mana abang pun tak tau tapi sekitar bandar Jogja la. Memandangkan lepas ini, kita akan ke Pantai Timang jadi singgah jela makan dulu kan sebelum jalan jauh. So sebab nak merasa soto kat Jogja ni layankan jelah. Kat sini ada soto nasi dan soto mee (mihun). Ok jangan ingat soto macam kat Malaysia ok. Tiada nasi impit atau sambal kicap. Abang order soto nasi memang mandi nasi dia dalam soto tu. Penuh taugeh dan isi ayam tapi soto dia memang ummpphhh. Memang rasa macam makan bubur tapi kalau tak kenyang boleh order dua mangkuk. Satu mangkuk dalam IDR12,000. Komplitkan dengan air teh panas. Tapi side menu dia ialah bakwan. Bakwan ni macam jemput-jemput ikan bilis. Setiap warung memang akan serve dalam pinggan banyak-banyak dan ambil aja ikut nak makan. Ada bakwan, tempe, tauhu dan ada dua tiga lagi kuih. Tapi memang sedap dengan harga sekeping IDR1,000.

Warung Soto Segeer Mbok Giyem (Tepi Jalan)

 

Soto nasi berderai (bukan macam nasi inpit kat Malaysia)

 

Kongsi meja dengan masyarakat setempat. Bakwan, tempe dengan tauhu dalam pinggan hijau tu kejap je licin 🙂

 

6. Bale Bebakaran

Malam selepas balik dari Pantai Timang dengan penuh kelaparan (makan tempe jek dalam perjalanan) supir suggest pergi tempat paling best untuk makan besar di Bale Bebakaran. Paduan nasi dengan ayam bakar dan ikan bakar memang komplit selepas penat berjalan jauh. Bale Bebakaran ni memang tahap restoren dengan ramai sekali pengunjung sekitar jam 8.00-9.00 malam WIB. Kalau tengokkan memang restoren ni mampu singgah la sebab ada yang makan bersama family, ada yang celebrate birthday dan ada juga yang berdating. Dalam restoren ada beberapa seksyen mengikut bilangan pax dan suasana event. Ada juga kids area untuk budak-budak main-main kalau tak nak makan. Disebabkan menu dia banyak so kami memilih masa yang lama untuk memesan makanan, tu campur tanya waitress lagi ni apa tu apa ni masak camane tu masak camane. Last-last kita order berasingan daripada semua seperti ayam bakar, ikan bakar (paket dengan nasi) dan add on lagi side order macam sotong goreng, ayam blackpepper dan sup. Total harga makan di malam terakhir kami di Jogja dalam IDR160,000.

Kids area di Bale Bebakaran.

 

Air Soda Gembira. Sirap campur susu dengan air gas soda cap Fanta legend

 

Muka gembira makan besar di hari terakhir

 

7. Nasi Gudeg

Ok last sekali nak share kuliner nasi gudeg. Nasi gudeg ni memang akan kelihatan banyak sekali di sekitar Jogja. Bila abang tanya apa dia nasi gudeg ni supir pun bagitau sejenis nasi yang dipadukan dengan nangka yang telah direbus sekitar 4-6 jam. Abang dok fikir gulai lemak nangka jek sekali bila supir bawa ke warung nasi gudeg ni taktau nak kata apa bila tengok nangka tu. Dia macam basah-basah dan manis. Nasib baik supir ikut tekak Malaysia sebab dia bilang ni yang paling kurang manis nangka dia. Kalau pergi warung lain mungkin kena diabetis kot. Lepas tu, nasi gudeg ini dipadukan juga dengan kulit sapi yang digoreng. Rasanya kenyal-kenyal gitu dan tak lupa juga tempe. Abang tengok nasi dia abang cannot go lagipun sebentar lagi nak naik flight balik Malaysia so abang layan bubur jelah. Walaupun tak berapa menepati sangat tekak Malaysia tapi abang suggest kena try at least sekali baru tau rasa dia camane. Manalah tau tekak korang boleh menerima dengan jayanya kan. Harga sekitar IDR160,000 untuk empat orang berserta air minuman.

Nasi GudegGo katanya paling ok lah untuk tekak rakyat Malaysia.

 

Nasi Gudeg dengan paduan nangka dan kulit sapi

 

Abang tak lalu makan nasi so bubur jela senang masuk, tapi tetap dengan nangka (gudeg), tempe dan kulit sapi.

 

Ok, demikianlah perkongsian abang tentang kuliner di Jogja. Mungkin ada yang abang tak sempat singgah memandangkan tiga hari saja abang di sini. Semoga bermanfaat buat korang yang nak menjelajah Jogja nanti. Next entry nak share pasal wisata pulak.

Tunggu tau 🙂

Yeah ketemu lagi kita dong. Yelah masa tengah hangat-hangat ni kan baik abang curahkan semua apa yang ada kan? Ok tentatif dah view? Kalau belum meh view kat sini Ada Apa Dengan Jogja? -Tentatif Program-

Ok seringkali kalau kita berliburan, tempat penginapan mesti menjadi topik utama. Ada yang kata dapat buat lelap mata, tempat salin baju sudah lah. Ada pula yang sedang2 sahaja dan ada yang mementingkan kebersihan dan kelengkapan yang tiptop serba serbi. Ada juga yang mementingkan lokasi dan majoriti mementingkan harga yang akan menentukan arah tuju mereka sepanjang berada di luar Malaysia. Bagi abang dan group underground abang ni semua benda diambilkira. Sebagai muslim, kebersihan itu penting. Sebagai manusia yang hidup dalam arus kemodenan, kelengkapan serba serbi juga penting dan sebagai traveller yang ingin memaksimumkan keberadaan di Jogja dengan kos yang minimum, lokasi juga penting.

Ye, ramai yang memberi option untuk mencari penginapan ala hostel melalui AirBNB atau tergoda dengan lentikan rayuan Dahlia Shazwan dalam iklan trivago mahupun tetap setia dengan booking.com atau agoda. Bagi abang semuanya boleh cuma kau perlukan masa untuk google semuanya dan buat banyak research (bukan sedikit) mengenai penginapan. Simpan juga 10% rasa curiga agar kau tak tertipu dgn helah gambar yang terpapar di layar laptop atau ponsel sewaktu kau membuat tempahan hotel.

Ok nak share pengalaman abang sikit. Tempahan hotel ini dibuat melalui trivago so trivago suggest satu hotel bernama Red Doorz melalui booking.com. Harga dua bilik standard untuk tiga malam berjumlah IDR2,024,000 lebih kurang RM620.00. So bila dibahagi satu bilik untuk tiga malam jadi RM103.00 la semalam so bahagi lagi dua sebab satu bilik duduk dua orang jadilah RM52.00 semalam. So sorang akan bayar untuk penginapan hanya RM154.00  atau sekitar IDR500,000 untuk tiga malam. Mahal ke murah kau nilai sendiri sebab abang pun tak tau gaji kau sebulan berapa kan. Kemudahan dalam bilik setanding di JB atau KL. Air cond, tv dengan 20 channel termasuk Astro (kat sini bukanlah panggil Astro), katil yang gede (besar), air panas, complementary air mineral as usual. Tapi yang paling penting, hotel ni terletak di Jalan Malioboro, salah satu places of interest di Jogja. Dekat Malioboro ni memang banyak hotel, hostel dan rumah tumpangan. Ada yang mewah, sederhana dan horror tahap belakang mati pun ada. Jadi buatlah research untuk pilih hotel yang mana. But make sure kat Malioboro supaya senang kau berjalan kaki ke Jalan Malioboro, Mal Malioboro dan Pasar Beringharjo.

Nak dijadikan cerita hotel yang abang duduk ni rupanya JV dengan hotel sedia ada kat sini. Supir punyalah dua tiga kali berpusing cari hotel sampai dia yang legend kat Jogja pun tak percaya tak jumpa hotel tu. Bila tanya2 rupanya hotel tu buat partnership  dengan salah sebuah hotel kat Jogja ni dengan nama Grand Pasundan. Memanglah tak jumpa nokkkkkk. Tapi memang salute la supir abang ni sebab dia meredah hujan carik hotel tu. Oh ye, kalau book under booking bila check in baru bayar. So jangan lupa asingkan siap2 duit IDR untuk bayar hotel ok. Bukan dalam RM tau.

Di sekitar hotel juga terdapat sewaan motorsikal, kalau rasa2 nak berjalan sendiri naik moto. Beca atau dieja becak pun ada kalau sekadar nak kasi derma pada warga tempatan yang mencari rezeki. Tapi the most experienced thing is jalan kaki dan boleh enjoy sekitar Malioboro especially at night. Sepanjang abang tido di Red Doorz tu memang selesa la kan. Tapi sebab tiap2 pagi nak kena bangun awal seawal 4.00 pagi, jadi cukup sekadar tidur yang selesa selepas penant berjalan. Ingat kau perlu recharge untuk tenaga baru buat esok. Jadi, buatlah pilihan yang tepat untuk penginapan korang.

Dalam banyak2 gambar, gambar hotel yang abang tak amik sebab masa tu hujan.

 

 

Ok seperti yang dijanjikan dalam entry yang sebelumnya Ada Apa Dengan Jogja? abang akan sharekan tentatif program untuk panduan semua yang berminat. Tentatif ini tak 100% perlu diikui diulangi tak 100% diikuti ok. Jadikanlah panduan untuk berjalan di Jogja. Kalau ada tempat yang rasa abang pergi tapi kau tak nak pergi itu terpulang dan boleh gantikan dengan tempat yang lebih kau prefer. Tapi kalau suit dengan citarasa dan nak juga follow tentatif ni silakan abang tak paksa.

Ok nak ingatkan juga semasa planning untuk tentatif ni, silalah berkawan rapat dengan google maps (GM). GM ini akan membantu korang dari segi jarak perjalanan dari satu point ke satu point. Ia juga akan meningkatkan ilmu Geografi korang yang acah2 pandai masa zaman sekolah dulu. Tapi harus diingat dalam GM tu nampak je jalan macam lurus je tapi realitinya tidak. Plan setiap tempat wisata yang ingin dilawati satu jalan dengan yang lain. Sebagai contoh, hari pertama nak pergi arah barat, so plan semua tempat wisata yang arah barat sahaja. Jangan satu ke timur satu ke utara alamatnya kau tidur jela dalam kereta. Tips selanjutnya, pergi ke tempat paling jauh terlebih dahulu kemudian balik baru singgah di tempat selanjutnya semasa perjalanan pulang.

Tentatif program untuk tiga hari berserta sedikit info bayaran masuk dan pengangkutan khas wisata

So, gambar di atas ialah tentatif program abang. Disebabkan abang dari Johor Bahru so kenalah gerak malam untuk kejar flight pagi. Jadi sesuaikanlah dengan dari mana korang nak bertolak ye.

Satu lagi tips yang abang nak share ialah, make sure korang discuss tentatif ni dengan supir. Sebaik sahaja landed di Jogja dan dapatkan transport, masa first time makan tu borak2 lah dengan supir dan share tentatif ni dengan dia. Minta pandangan dia juga mengenai program ini supaya dia ada second thought dan boleh advice jika berlaku sebarang ketidakinginan contohnya cuaca buruk atau tempat yang ingin dilawati sedang dalam renovasi dan sebagainya. Ingat, supir tahu semua benda dan tentunya latest info jadi jangan memperlekehkan supir. Oh ya sebelum terlupa, selalunya kita akan tanya supir dari sini ke sana berapa lama kan? Supir pun akan steady menjawab, “…dalam 30 menit pak…kurang lebih lagi 15km”. Jangan terkejut sangat. Memang kalau style kita 15km tu dalam 15-20 minit boleh sampai tapi di Jogja jalannya kecil dan sempit dan tiada highway. Purata kelajuan pun sekitar 60-70km sahaja.

Seterusnya, belajarnya mematuhi masa dan stick to the early plan. Sebab itu abang sarankan trip tak melebihi enam orang. Empat tu sedang elok. Bukan apa, lagi ramai nanti lagi banyak kepala nak handle at last kita yang rugi sendiri nanti. Patuhi masa dan patuhi tentatif agar semua yang kita rancang dapat kita lewati dengan hati yang gembira. Semasa trip nanti belajarlah lihat sekeliling. Masa ni lah nak tengok budaya, suasana dan persekitaran yang lain dari tempat kita.

Ok, itu sahaja yang abang nak sharekan mengenai tentatif program. Sebagai penutup abang nak buat pengakuan bahawa ada tiga tempat yang abang dengan geng2 underground abang ni tak sempat pergi. So, itulah adat bertentatif ni. Kalau dapat fulfill 100% memang superb buat at least targetlah 80% untuk dipenuhi. Jangan tanya yang mana abang tak pergi ok. Yang abang takcerita tu maka understood lah tak pergi ok. Kalau ada apa2 nak tanya atau kurang jelas boleh terus direct message atau emel terus.

See u in the next entry 🙂

 

 

Ada Apa Dengan Jogja?

Posted: 26/11/2017 in Jalan Jalan

 

Jogja atau nama rasminya Yogyakarta ialah sebuah bandar di kawasan tengah Pulau Jawa. Dulu abang selalu kalau Pulau Jawa ni ada Jakarta, Bandung dengan Surabaya je tapi tak pernah pun tau pasal Jogja ni. Bila terbaca entry blog seorang teman rupanya Jogja ni merupakan tumpuan tourist untuk yang cintakan keindahan ciptaan Allah swt. Ok dipendekkan cerita abang dengan wife serta dua orang teman kantor plan untuk trip underground ke Jogja ni selepas event besar di kantor. Konsep trip adalah untuk release stress selepas penat bekerja dan taknak habis duit banyak dengan shopping. So Jogja pilihan kami yang menawarkan beberapa tempat wisata yang menarik.

Sunrise…salah satu momen paling pas di Jogja – Punthuk Setumbu

Tak susah sebenarnya nak tahu pasal Jogja ni. Boleh search sahaja entry2 di dalam blog ni mana tempat-tempat menarik dengan harga yang berpatutan. So abang akan cuba share trip abang dengan group underground ni untuk panduan pembaca blog abang semua. Untuk lebih memudahkan semua pembaca abang bahagikan penulisan artikel mengenai Jogja ini kepada beberapa skop seperti berikut :

  1. Tentatif Program
  2. Penginapan
  3. Makanan @ Kuliner
  4. Tempat Menarik @ Wisata
  5. Pengangkutan

Ok seharusnya abang tak mampu nak tulis semuanya dalam satu artikel so abang mulakan dengan topik pertama dulu mengenai tentatif program. Tentatif ini sangat2 penting untuk menentukan hala tuju trip sebelum, semasa dan selepas trip. Ia penting untuk bantu kita dalam pengurusan masa supaya kita dapat menjimatkan masa dan yang memaksimumkan keberadaan kita di Jogja. Tentatif juga perlu disediakan lebih awal berdasarkan research di blog2 dan juga google map bagi menentukan jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain mengikut satu aliran yang sama. Kalau berlainan aliran nanti kita akan habis masa banyak kat atas jalan. So do some research ikut keinginan tempat mana yang kita nak pergi.

Pergi berkumpulan lebih hemat – Underground Trip

Dinasihatkan juga trip Jogja ni pergi secara berkumpulan. Minimum 4 orang dan maksimum 6 orang. Sebabnya ialah banyak tempat2 yang memerlukan kita berjalan dengan kenderaan yang disewa bersama pemandu. Jalan2 di sekitar kota Jogja juga perlukan kereta sewa jadi kalau empat hingga enam orang share duit kereta sewa tu memang berbaloi. Kereta yang disediakan kebanyakkannya jenis Toyota Avanva so kalau enam orang memang seorang depan tiga di tengah dan dua di belakang memang memadai. Kalau pergi ke Pantai Timang dan Gunung Merapi juga perlu sewa jeep dan memang memadai kalau empat hingga enam orang untuk naik jeep tersebut. Nak honeymoon? Bukan tempatnya bang kecuali kalau kau sanggup keluar duit banyak untuk bayar kos pengangkutan atau panjat terus bukit tu.

Pemandu2 di Jogja ini selalunya ramah. Bukan setakat Pak Heriyanto (sebab nama dia ni famous di kalangan blogger yang menulis pasal Jogja) bahkan semua pemandu atau supir yang membawa pelancong Malaysia mereka akan layan dengan ramah. Baik kau pria mahupun cewek, bujangan atau janda, cantik atau jelek, miskin mahupun kaya, layanannya sama aja. Tapi untuk bab supir ni abang bagi tips sikit buat yang nak pre booking. Pertamanya, tanya betul2 kos pengangkutan itu seharian 24 jam (sampai kau capek) ataupun sekitar 12 jam sahaja. Keduanya, tanya betul2 kos pengangkutan tu meliputi semua kawasan Jogja termasuk Pantai Timang dan Pantai Parangritis (ni je paling jauh abg rasa). Ketiganya, tanya betul2 kos pengangkutan termasuk kos parkir dan lain2 atau tidak. Ini semua penting agar perjalanan liburan kalian tidak terganggu. Nanti abang akan ceritakan bab pengangkutan ni dalam topik berikutnya.

Ok cukup dulu setakat ini buat pendahuluan. Abang belanja dulu gambar2 menarik di Jogja untuk tatapan semua pembaca. Semoga bermanfaat untuk terus setia menunggu entry2 yang berikutnya mengenai Jogja ini.

Jeep yang digunakan untuk ke Gunung Merapi

PicsArt_1352559971456

Kalau dah ke Bandung rasanya tak complete kalau tak ‘singgah’ ke Jakarta. Perjalanan ke Jakarta dari Bandung mengambil masa 3 jam, itu pun kalau tak jam. Perjalanan menggunakan highway dari Gerabng Tol Pastuer. Highway pun lebih kurang macam PLUS namun apa yang mengkagumkan setiap RnR dia dua kali ganda besar dari RnR kita. Siap ada Masjid lagi.

Sampai saja di pinggir bandar Jakarta (lebih kurang dari Nilai nak ke KL) jalan mula macet (sesak). Kata pemandu kalau hari bekerja mau 3 jam lagi dari situ nak ke Jakarta. Mampos! Bayangkan dari Nilai ke KL amik masa 3 jam! Mau aku patah balik JB. Mujur aku pergi hari minggu so amik masa setengah jam aje dari situ.

Masuk bandar Jakarta memang sesak ya amat. Kiri kanan orang berniaga. Kebetulan nak raya haji, jual lembu, kambing tepi jalan je. Dan tak ketinggalan, gelandangan di tepi jalan walaupun Jakarta sebuah bandar. Penduduknya cecah 10 juta. Sangat sesak!

Tempat yang dituju hanya satu iaitu Tanah Abang (TA). TA ni ala2 Pekan Rabu atau Pasar Besar Siti Khadijah tapi lebih 10 kali ganda besar. Ada 7 tingkat dengan 4 wing. Bisa sesat kalau tak ingat pintu masuk. Macam2 barang ada jual dari busana muslim, kain pasang, telekung dan macam2 lagi. Sediakan duit aje.

Tak banyak masa aku buang kat sini lebih kurang 3 jam je. Sebelum gerak pekena teh sosro dengan nasi liwet berlaukkan gurame bakar. Memang mantap! Dah angkut apa yang berkenan, aku gerak pusing2 bandar Jakarta sebelum pulang ke Bandung. FO menanti tu..sempat lagi sampai sebelum tutup 🙂

Hi all,
Ok sambung part two ni aku nak cerita pasal transportation dengan makan di Bandung.

1. Transportation

Tak perlu risau sebab di Bandung ni walaupun takde MRT atau bas tambang ada beberapa option untuk berjalan ke sana ke mari seperti berikut:

a. Angkutan Kota (Angkut) – Angkut ni ala ala bas mini tapi ia sebuah mini van yang diubahsuai seat di belakang dan ada pintuk di tepi. Angkot beroperasi ikut laluan tapi boleh tanya pemandunya kemana nak pergi. Tambang sekitar IDR1,000-IDR5,000 ikut perjalanan. Agak brutal juga pemanduan angkut ni dan kalau nak berhenti ikut suka korang la asalkan menyebut ‘kiri’;

b. Taksi – Lebih selesa dan bayarannyalebih mahal sedikit antara IDR10,000-IDR50,000 ikut perjalanan. Ada juga yang ikut jam bila dia tau kita ni orang Malaysia. So gunakanlah taksi ini bila keadaan memerlukan sahaja. Namun ia lebih mudah untuk terus ke tempat dituju seperti airport atau tempat yang kurang dilalui oleh angkot;

c. Mobil Sewa – Sangat praktikal digunakan sama ada datang berdua atau berkumpulan. Disediakan pakej sekali dengan pemandu, petrol dan bayaran parkir, pemandu juga boleh turut serta ke FO atau tempat shopping tolong angkut barang kita ke kereta tanpa kita perlu bawak ke hulu ke hilir. Lebih mudah dan cepat tanpa tunggu banyak masa. Aku cadangkan kalau nak sewa boleh guna agensi kereta sewa ini; http://www.jacktour.com/ Pemandunya sangat berdedikasi dan jujur dan harga berpatutan. Aku pergi berlapan naik KIA Pregio selama empat hari hanya IDR3.7 juta (lebih kurang RM1,200 untuk 8 org – seorang RM150.00). Itu siap pergi Jakarta tau. Sangat berbaloi dan puas hati. Memang ada yang lagi murah kalau try bargain kat airport tu tapi untuk keselesaan dan taknak hanky panky aku pilih yang ni je. Plus, staff diorng siap telefon aku dari Indo masa nak booking tu and boleh communicate via email. Hassle free 🙂

2. Makanan

Bab makan ni sensitif sikit. Elakkan makan di warung tegar (warteg) di tepi2 jalan walaupun anda mengidam bakso atau tahu semedang made in Bandung ni. Takut2 holiday korang end up dengan sakit perut nanti. Baiklah pergi restoren2 yang banyak di sekitar Bandung ni. Cakap je dengan pemandu tu nak pergi rumah makan mesti dia tau punya. Aku suggest Restoren Karamba dengan Restoren Belacan. Makanan dia biasa2 je tapi selesa dan bersih. Average sorang makan sepinggan nasi dengan air lebih kurang RM15.00 la.

One more thing, bila berjalan make sure ambik breakfast dulu kat hotel. Kalau takde breakfast pandai2 la carik makanan. Beli roti ke sebab kalau da berjalan kat FO tu memang tak ingat nak makan. Takut nanti masuk angin pulak perut tu atau keinginan korang nak mencuba bakso warteg terlalu tinggi sebab lapar. Food court diorang pun tak macam kita di Malaysia, kebersihan dari segi environment dan penyediaan makanan amatlah diragui, so better beware.

Ok, that’s all for transport dan makanan. Aku try selit gambar nanti.

Hai all,

Entry kali ni aku nak cerita sikit pasal trip aku tahun ni. Tahun lepas dalam bulan yang sama sudah ke London (banyak duit abis) so tahun ni insaf kejap pergi yang dekat2 sudahla. Kali ni pun first time buat office trip dengan teman2 office. Kami berlapan semuanya termasuk pasangan masing2. Opps lupa nak cerita trip kali ni ke mana ye, kali ni kita ke Bandung je, kota menghabiskan duit. Ini kali kedua aku pergi Bandung so aku boleh lead trip kali ni plus teruja nak abiskan duit ni.

First part of the story ni aku mulakan dengan penerbangan dan hotel dulu. Flight dari KL (KUL) ke Bandung (BDO) memang banyak sekali. Boleh kata lebih dari 3 kali sehari menggunakan AirAsia. Aku sendiri naik AirAsia (AK) je sebab nak jimatkan duit buat berbelanja di BDO nanti. So beberapa tips aku nak share kat sini tentang pembelian tiket:

1. Beli tiket ketika ‘free seats’ ataupun masa promosi. Aku beli tiket bulan Disember 2011 untuk penerbangan bulan Oktober 2012 and manage to get tiket pergi balik serendah RM228-00. Itu tak termasuk cukai lapangan terbang dan baggage. Kalau campur lebih kurang RM350-00 la. Biasa la AK nampak je tambang murah tapi kalau plus minus itu ini nampak banyak jugak. Tapi still worth it;

2. Kalau naik AK pastikan beli baggage yang paling minimal masa pergi tapi masa balik lanyak cukup2 sampai maksimum. Takut terbeli banyak sangat barang sampai terlebih baggage. Dari kena bayar lebih baik prepare siap2. Aku pergi beli 15kg balik aku pukul sampai 30kg. Memang cukup kalau beg korang ala2 akademi fantasi tu. Kalau penuh betul boleh cecah 30kg;

3. Tak erlu beli seat, makanan atau apa2 extra on board. Membazir je. Nak makan, makan sebelum boarding. Baik gunakan duit tu untuk shopping 🙂 ;

4. Penerbangan dari KUL ke BDO ambik masa 2 jam sahaja, sempat la baca buku sikit ataupun khatamkan majalah AK dalam flight tu atau paling takpun bantai tido je;

5. Check in pakai web check in AK lebih mudah dan cepat. Tambahan pula lepas tu nak kena beratur lagi untuk check in bag. Tak nak kelam kabut? Check in la seawal sejam sebelum penerbangan. Nak review boleh klik sini : http://checkin.airasia.com/chkin/

Ok dipendekkan cerita flight aku berjadual 1825hrs telah terbang tepat pada waktunya dan tiba jam 1930hrs Waktu Indonesia Barat (WIB) lebih kurang 8.30 malam waktu Malaysia. Sampai je terus tukar jam tangan, lewatkan satu jam. Tiba saja di Lapangan terbang Hussein Sastranegara Bandung, jangan terkejut sebab airport diorang biasa2 aje. Airport kat Alor Star tu lagi gempak rasanya. Tapi kat imigresen siap ada kamera untuk mengesan ketulenan gambar. Troli bag pun takde yang berpusing2 macam kat LCCT. Kalau beg korang dah keluar, bapak2 petugas di situ akan tolong letakkan kat tepi, pandai2 la amik.

Beg bergelimpangan selepas keluar dari perut dok

Ok sambung cerita hotel pulak. Hotel kali ni aku pilih Hotel Aston Braga, atas persetujuan ramai. Itupun sebab murah. Hotel 4 bintang ini terletak dekat dengan Pasar Baru dan harga semalam pun lebih kurang RM160-00. Book dengan agoda di link ini lebih murah : http://www.agoda.com/

Pandangan dari bilik aku tingkat 17 Hotel Aston Braga

Memang puas hati dengan studio room hotel ni. Jom check review aku:

1. Location : Dekat dengan Pasar Baru dan airport;

2. Makanan : Superb dengan breakfast dia. Disebabkan nak jalan2 dan save duit, aku tak pernah miss breakfast dia. Makan sepuas-puasnya. Makanan pun tak jauh beza dengan masakan Malaysia;

3. Bilik : Tip top. Katil dengan 6 bijik bantal, dapur, mini bar, locker dengan safety box, room sandal, bilik mandi yang bersih, aircond yang sejuk tapi tv agak kecik (pakai tv besar tu). Tapi pada aku masih selesa;

4. Room service yang baik. Tolong angkat bag sampai atas. Kiriman barang pun dihantar sampai atas. Tak luak kalau bagi tips setakat IDR10,000 kat diorang ni (10 ribu baru RM3.00 beb);

5. Internet : Free wifi kat lobby siap ada dua PC untuk guna and free internet via fixed line kat dalam bilik. Boleh bawa laptop dan cucuk terus berinternetan kalau larat.


Pendek kata memang puas hati dengan hotel ni. Kalau nak review gambar hotel ni bolehla pergi ke website rasminya di sini : http://www.aston-international.com/

Ok till then, sorry tak banyak gambar tapi entry lepas ni lebih banyak gambar dan membuatkan korang teruja.

 

Satay Wak Radol

Posted: 17/05/2011 in Jalan Jalan

Salam all,

Dah lama rasanya tak update blog ni sejak busy dengan si Ahmad Dhani. Dan sejak bini tengah dalam pantang ni aku pun tak dapat pergi makan kat tempat-tempat yang biasa kami jelajahi lepas balik kerja ataupun hujung minggu. Antara tempat yang selalu dikunjungi ialah Warung Satay Wak Radol. Warung ni terletak di Kawasan Kempas Denai lebih tepat lagi sebelah je highway Pasir Gudang berhadapan dengan DAmansara Aliff. Terkenal dengan satay ayam, daging dan babat yang mengancam, warung ni juga mempunyai cawangan di Taman Kemas.

Selain satay, kat sini pun ada buat Mee Bandung special dengan nasi goreng kampung menyengat. Harga pun boleh tahan tak mahal sangat. Masakan memang ala mak2 kita yang masak. Suasana warung pun tidaklah seselesa di hotel atau tepian pantai. Hanya deruan kereta dan lori kedengaran sebab warung betul2 di tepi highway. Nak tenang sikit boleh pergi ke cawangan di Taman Kemas.

Nah ini dia satay 10 cucuk (mintak 10 tapi dia bagi 12…cuba kira betul2). Dapat ni sebagai makan malam pun dah ok. Kenyang sampai pagi esok. Harga secucuk baru 50 sen, tambah RM1.00 untuk nasi impit.

Ok boleh check harga dan plan nak makan apa malam ni. Kalau duduk area Skudai, Perling dan Kempas memang Wak Radol boleh jadi pilihan utama.

Jumpa lagi 🙂

Cendol Wahab

Posted: 13/03/2011 in Jalan Jalan

Salam semua,

Entry kali ni aku nak share tempat makan cendol yang boleh dikategorikan terbaik kat KL. Sorry kepada kawan sekitar JB sebab JJCM kali ni jauh sikit ke luar JB. Nipun sebab aku balik KL so sempat la singgah. Cendol Wahab terletak di Rampai Business Park, Wangsa Maju. Kalau masuk dari International School, bari last sekali. Cendol Wahab ni dulu meniaga kat pasar malam je sampai la perniagaan berkembang maju dapatlah sebuah geria siap dengan pekerja sekali.

Ini dia sebahagian sejarah cendol wahab ni. Masuk paper dah berapa kali masa bukak stall kat Setapak Jaya. Yang berkopiah tulah Wahabnya.

Nah pilih je apa yang nak. Tak cukup menu kat dinding, menu kat kertas pun ada. Kena tick sendiri mana nak order, so pelayan tak payah pening2 tunggu apa nak order. Gambar belah atas kana tu pulak semua pekerja cendol wahab yg tgh menunggu cendol siap untuk dihantar kepada pelanggan. Yang buat cendol la yang mandi, tak rehat langsung. Aku pulak tak tau nak order apa…macam2 cendol ada.

Ok ni yang berjaya aku order. Cendol jagung dgn cendol pulut dan diselangi dengan mee goreng mamak. Memang terbaik. Cendol cukup lemak manis dan santan, air batu pun tak terlalu hancur. Harga? semua sekali kurang RM10.00. Kalau singgah ke Wangsa Maju boleh try.

Ok till the next entry.