Archive for January, 2013

Kalaulah Aku Rajagobal

Posted: 20/01/2013 in Sukan

PicsArt_1358392069124Kali ni nak komen sikit pasal pemilihan player oleh DRG. Macam biasalah bila tiba je game Malaysia semua orang boleh jadi coach. Semua orang boleh tentukan Presiden FAM tu patut letak jawatan la ape lah itulah inilah. Senang cerita kalau tak suka boikot, ni tidak game friendly pun datang, tiket RM30 pun sanggup. Bila menang cup nanti semuanya sanjung tak pikir pun pasal letak jawatan bagai. Tapi aku tulis ni bukan sayang atau kutuk tapi for the beauty of the game. Sape yang setakat kutuk tapi tak mendalami silakan berhenti di sini.

Ok firstly kita cerita apa target kita. Ye melayakkan diri secara merit di Piala Asia. Sebagai permulaan game dengan Qatar, 6 Februari 2013 di tempat lawan dengan friendly bertemu Iraq sebagai pemanas badan. Kita perlukan fast pace attacking game, bukan lemah dan longlai kerana fizikal kita memang kalah berbanding pemain timur tengah. Lihat saja Ramez Dayoub, Mohamad Ghaddar yang jarang tumbang ketika dibody contact. Jadi, fast pace attacking game akan membuatkan lawan akan melakukan tackle2 keras dan hantaran bola bawah akan menjadikan attacking jadi lebih berkesan.

Yang aku bulatkan tidak patut berada dalam pasukan buat ketika ini. Amar Rohidan dikenali son of RG, selalu slowkan game dan tiada fizikal yang besar untuk job beliau sebagai ball winner di defensive mid. Hanya Gary mampu bertindak di situ dan Amar hanya mampu berlari anak mengukur jarak dan keluasan padang sambil mengutip kad dengan tackle2 yang tak sepatutnya. Bun juga boleh berada di situ, tetapi RG kerap meletakkan beliau di wing back buat game jadi slow sebab Bun bukan jenis overlapping. Ye memang dia tough tackling player tapi positioning beliau dalam skuad kebangsaan membuatkan aku tak berapa favour. Plus dia juga dalam listing injuries selepas game dengan Pahang malam tadi. Meen pulak, sama kes dengan Bun. RG kerap letak di bahagian flanker. Kadang2 lari tertinggal bola. Baiklah dia main striker. Tapi mudah dihenyak lawan dan injury prone yang ada pada beliau kerap merencatkan perancangan barisan depan.

Yang aku tick warna hijau pula, good choice by RG. Fauzi Roslan, 4 goals in 4 game membuktikan beliau striker sejati. Tak kira siapa lawan, tugas striker memang menjaringkan gol. Mengikut current performance, Fauzi wajar diberi peluang. Nik Shahrul, lihat bagaimana beliau beraksi mengawal Matyo dengan ketiadaan Subra, dan beliau merupakan bek kanan ketika adanya Subra dan menolak Daudsu bermain di sebelah kiri! Begitu cepat Nik Shahrul gel in dalam back 4. Bukan senang beb. Nor Farhan pula memang sesuai dengan fast pace attacking. Jauh beza dia dengan Safiq Rahim. Gemar attack pada space dan long range shot adalah senjata kalau bola tak sempat nak sampai ke strikerforce. Tak guna mempertikaikan pemilihan Saha kerana dia memang sebati dengan skuad RG. Lebih baik meletakkan beliau dari Meen ketika AFF lalu. Walaupun Terengganu masih tercari-cari kemenangan, Saha mahu berlari kencang dari sayap. K.Rueben boleh menjadi successor kepada Mahalli Jasuli. Keras walaupun agak rendah tapi dijangka mampu bersaing dengan sayap lawan. Gemar overlap dan membantu kepada fast pace attacking game.

Akhir sekali, tidak perlu kita bertahan kerana kita perlu fokus kepada kekuatan. Gunakan kekuatan mencari kemenangan sebelum berfikir untuk bertahan. Tapi berbalik kepada tajuk di atas, semua itu menjadi ‘Kalaulah Aku Rajagobal’

Good luck 🙂

CR to Messi

Surat ini aku alih bahasakan sebab bila terjumpa dalam Yahoo News selepas Messi sah memenangi Ballon D’ Or kali keempat berturut-turut. CR memang seorang yang takkan berputus asa, sesuatu yang disemai sejak beliau memulakan karier di Abeldinha melalui buku autobiografi beliau  ‘The Obsession for Perfection’ hasil tulisan Luca Caioli. Jadi aku menganggap ‘surat’ ini sesuatu yang akan memotivasikan beliau sendiri untuk merampas Ballon D’Or dari MEssi tahun hadapan.

Hai Lionel,
Saya menulis surat ini untuk mengucapkan tahniah kerana memengani Ballon D’Or sekali lagi. Melihat raut wajah saya, tentunya saya ‘gembira’ untuk awak. Maafkan saya kerana tidak mengucapkan tahniah dalam majlis tersebut kerana saya lebih tinggi dari awak dan tidak dapat mencari awak dalam keramaian majlis tersebut. Tambahan pula, orang ramai memerli awak dengan jaket dan tali leher yang agak jengkel, dan tidak mahu awak pulang menukar pakaian.
Ia merupakan tahun yang baik buat saya dan untuk awak juga. Awak telah memecahkan rekod dunia dengan menjaringkan gol lebih banyak dari saya. Sudah tentu, orang yang bijak tahu kejayaan pasukan lebih beerti dari kegemilangan peribadi dan saya telah membantu RM memenangani La Liga 2012 sementara awak hanya Copa del Rey. Semasa saya memenangi Copa Del Rey, saya tidak memenangi Ballon D’Or. Saya harap pengundi lebih memandang saya dalam hal ini.

AWak telah memenangi Ballon D’Or empat kali berturut-turut dan tentunya awak gembira. Tetapi, empat kali tersebut hanya untuk satu kelab, tetapi saya memenangi liga bersama RM di Sepanyol dan MU di England. Hanya beberapa pemain yang mempunyai mental dan ketahanan yang tinggi membuktikan mereka jaguh dengan bermain di liga yang berlainan dan kelab yang berlainan. Awak harus mencubanya!

Orang selalu membandingkan kita, tetapi tiada perbandingan. Ya, kita dinamakan sebagai ‘American’. Saya diberi nama sempena Ronald Reagen, pelakon terkenal dan Presiden dua penggal tapi awak dinamakan sempena Lionel Richie, lelaki yang menyanyi lagu menari di siling. Ternyata perbandingan yang jauh sekali. Saya telah mengandungkan wanita dan mendapat zuritat pada 2010 tetapi awak hanya tau selok belok tersebut pada 2012. Saya membesar tinggi dan kuat tapi awak mungkin kekurangan hormon untuk membesar. SAya juga memakai sut tuxedo yang lengkap untuk majlis formal sedangkan awak tidak tahu langsung bergaya. Sungguh tidak adil membezakan kita.
Akhir sekali, saya tetap mengucapkan tahniah, Loe. Tapi harus awak ingat, berapa banyak pun anugerah Ballon D’Or, saya telah memenanginya terlebih dahulu.
Yang benar,
Cristiano Ronaldo

p/s : Saya mohon maaf kerana menulis surat ini dalam Bahasa Inggeris, salah satu bahasa yang boleh saya gunakan, kerana saya tahu awak hanya fasih bertutur Bahasa Sepanyol. Minta Gerard Pique tolong alihbahasakan 🙂

Versi Bahasa Inggeris :
Dear Lionel,
I am writing you this note to offer my congratulations on winning the Ballon d’Or. Again. As you can see by the look on my face, I am very happy for you. Please forgive me for not congratulating you at the gala, but since I am so tall and statuesque and you are so tiny and maintain terrible posture, I couldn’t find you in the crowd. Also, since someone played a joke on you by telling you to wear that garish spotted jacket and tie, I didn’t want to keep you from getting home and changing your clothes as fast as you possibly could. That’s how thoughtful I am.
It was another tremendous year for me, and, supposedly, for you as well. You had to set a world record in order to score more goals than me. Of course, smart people know that team accomplishments are far more important than personal achievements and I helped my club to win La Liga in 2012 whereas you only helped your club win the Copa del Rey. The year my club only won the Copa del Rey, I did not win the Ballon d’Or. I suppose this just shows that voters hold me to a higher standard than you.
Anyway, you have now won the Ballon d’Or a record four times in row. I guess you’re happy about that. Yet, Andy Gray, England’s most respected sexist broadcaster, has questioned whether you could play well on a cold night in Stoke. After all, you have only won titles for one club, whereas I have won titles for clubs in La Liga and the Premier League. But very few players have the physical talent and mental strength to prove themselves on different teams and in different leagues, so you should only feel a little bit bad about that.
People are always trying to compare you and I, but there really is no comparison. Yes, we were both named after Americans — I was named after Ronald Reagan, a talented actor and two-term president, whereas you were named after Lionel Richie, a man who sang about dancing on the ceiling. Which is both impossible and patently ridiculous. I impregnated a woman and created a child in 2010, but it took you until 2012 to figure out how to do those things. I grew tall and strong naturally and you needed enough growth hormones to make even Lance Armstrong feel guilty in order to be neither of those things. Also, I wear proper tuxedos to formal events while you wear a suit made out of clown pants. So comparing us is both silly and unfair.
In conclusion, I congratulate you, Leo. But remember: No matter how many Ballon d’Or awards you win, I still won it first.
Confidently yours,
Cristiano Ronaldo
P.S. My apologies for writing this letter in English, one of several languages I am able to speak, when I know you only speak Spanish. Maybe Gerard Pique will translate it for you.

Bolasepak Kita, Wajah Kita

Posted: 15/01/2013 in Sukan

Sabtu lalu, 12 Januari 2013 aku sempat ke seberang tambak untuk menyaksikan pasukan Selangor berdepan Lions XII dalam aksi Liga Super 2013. Ini game pertama Selangor yang aku tengok untuk tahun ni dan berdasarkan satu kemenangan bertemu Negeri Sembilan, Selasa lalu, lebih kurang 300 orang peminat setia meredah Stadium Jalan Besar. Aku ditemani abang Lan, seorang forumers SelangorFC.com, perkara biasa yang dibuat sepanjang menyaksikan game Selangor, bersama rakan forum baik di game home atau away. Tapi aku lebih teruja bila pergi game away, termasuk kunjungan ke Temasik ini. Ragam manusia, kerenah sekuriti, dapat jalan pergi tempat orang nyata satu pengalaman manis, biarpun pasukan kesayangan tewas.

Tapi apa yang nak aku tuliskan hari ini ialah, ragam kita sebagai peminat. Tengok tajuk di atas je kita dah boleh baca. Ye, bolasepak kita, wajah kita. Ia mencerminkan budaya dan tahap pemikiran. Penyokong yang datang boleh dikategorikan sebagai peminat biasa, peminat tegar atau yang datang bersahaja kerana minat kepada bolasepak. Apa yang berlaku di Stadium Jalan Besar sama sekali menarik minat aku untuk menulis entry ini. Ikuti kisah selanjutnya:

Lions XII vs Selangor

Berteduh  sebaik sampai di JBS. Kawalan rapi tu 🙂

1700 : Selamat tiba di JBS dengan hujan yang sangat lebat. Aku carik tempah berteduh sambil dikelilingi peminat Lions XII. Aku senyum, tanda persahabatan dan menghormati mereka sebagai tuan rumah. Jalan kaki mencari kaunter tiket sebelum terserempak dengan sekuriti officer yang memang ditugaskan menjaga keselamatan stadium bila time game. Dipendekkan cerita, SO itu kata tiket takde jual sebab arrangment dengan FA pasukan pelawat je. So aku pun hampa, takkan datang jauh2 takde tiket. Aku pun terus call Misai, wartawan BH yang kebetulan dah masuk stadium. Dibawaknya kawan Singaporean sekali tolong belikan tiket sebab kat sini hanya dijual untuk Singaporean sahaja. Beli tiket pun kena pakai IC. Seorang tak boleh beli lebih daripada 4 keping. Bayangkan kalau kita buat camtu kat stadium yang selalu full house. Contohnya Stadium Larkin, kalau nak beli mesti tunjuk IC 01 di tengah dan maksimum 4 keping, barulah tak wujud ulat tiket. Bolasepak Kita, Wajah Kita.

1900 : Selamat masuk ke dalam stadium. Abang Man otai SSFC menyapa dan bertanya khabar, begitu juga dengan fans2 lain. Itu meriahnya away game. Walaupun kita dibawah nama SelangorFC atau Selangor Soccer Fan Club, di mana-mana kita adalah satu. Tapi entah tidak semena-mena satu gerombolan kumpulan penyokong datang. Berbaju hitam dan berskaf. Di belakang bajunya tertulis U******L. Baguslah berkorban untuk Selangor. Semoga pengorbanan kita semua dibalas kejayaan pasukan. Tapi yang aku tak suka, tiba-tiba ada yang datang terus menunjukkan jari tengah kepada penyokong Lions. Lebih membanggakan mereka perbuatan itu berlaku di bumi Singapura. Pasti tiada gentar bagi mereka jika badan terlalu sasa dan kebal menangkis segala ancaman tapi bagi aku ia sesuatu yang memalukan. Ia hanyalah bolasepak. Di dalam lawan di luar kawan. Itu prinsip aku sebagai pemain dan penyokong. Bolasepak Kita, Wajah Kita.

2000 : Bermula separuh masa pertama. Barisan Selangor yang ditunjangi Azlan, Ramez, Asra, Mahalli, Remi, Bun, Shukor, Veenod, Amri, Kuna dan Forkey Doe melancarkan asakan bertali arus. Padang becak selepas hujan merencatkan permainan. Para penyokong pula terus dengan sorakan padu melalui nyanyian dari SSFC dan chanting-chanting dari US. Mereka tak putus bagi semangat, tambahan pula jarak penyokong dan pemain sangat dekat. Tidak kurang juga cacian dari penyokong lawan. Walaupun dipisahkan dengan dua blok kerusi tapi suara mereka tetap kedengaran. Biasalah rakyat marhain. Itupun masa team tengah naik. Masa terlongkop jalan pergi stadium pun kau lupa. Abang2 sekuriti warganegara Singapura tetap steady menjaga tingkahlaku kami. Tidak boleh merokok, berdiri di laluan keluar masuk dan juga di pagar adalah dilarang. Begitu juga ketikat kita cuba-cuba menunjukkan jari tengah atau mencarut kepada penyokng lawan, sekuriti ini akan datang menegah. Semua peraturan dituruti, nak main mercun jauh sekali. Indah sungguh jika ini dapat dirasai di stadium sendiri. Bolasepak Kita, Wajah Kita.

Lions XII vs Selangor

Dihujung sana Singa lapar, dihujung sini gergasi merah

2100 : Separuh masa kedua bermula. Selangor ketinggalan 0-1 hasil jaringan Fazrul Nawas lebih kurang minit ke 25 first half tadi. Masa haltime, ramai yang pergi bakar dada sambil hembus asap kat luar. Memang tak boleh langsung hisap rokok kat sini. Tempat sukan adalah sesuatu yang menyihatkan bukan menjahanamkan. So, ada disediakan ruang merokok di luar stadium. Pun kedengaran ada pertelingkahan kecil antara penyokong di luar sana. Biasalah ejek mengejek provok sana provok sini. Tapi sepanjang mana akal mereka sehingga berlakunya pertelingkahan. Aku bukan mendabik dada, tapi sejak 10 tahun lalu satu Malaysia aku jelajahi tengok away game ni bersama SFC mahupun SSFC tapi tak pernah sekalipun aku terjebak dalam menumbuk atau kena tumbuk ni. Provok tu biasalah buat pekak sudah. Ini baru JBS belum korang rasa penangan di Stadium Ipoh, Stadium Darulaman, SSMIV…itupun masa team diorang tengah naik la. Bernanah telinga beb. Ok masuk balik teres JBS nak sambung second half keadaan makin panas bila lagi 10 minit nak tamat. Selangor mula kelam kabut carik gol. Pelbagai sudut dicuba namaun tak dapat mengatasi keampuhan bentang Lions. Keputusan pengadil kadangkala menimbulkan hangin di kalangan penyokong. Akhirnya Selangor tumbang buat pertama kali di bumi Singapura. Lantas penyokong tuan rumah berpesta lagi. Di sebelah kiri menghalau balik, di seberang depan terus chanting manakala di hujung terus memalu gendang.

2200 : Tiba masanya keluar stadium. Ini part yang aku paling respect kepada management JBS. Mengetahui keadaan panas di luar sana, sekuriti mengarahkan bas beratur siap-siap di tepi pintu keluar stadium yang menempatkan penyokong Selangor. Lantas nombor pendaftaran bas dibaca dan siapa yang menaiki bas tersebut dipersilakan naik. Kemudian bas yang seterusnya hingga selesai. Tapi itu yang naik bas. Aku yang naik kereta ni macamana? Kebetulan kereta aku park 100 meter jauh dari tempat letak bas, so berjalan kakilah kami sambil diperhatikan sekuriti tadi. Bersiap sedia andainya kami diserang. Begitu prihatinnya mereka sebab tak nak gaduh. Mereka nakkan kedatangan ke JBS tidak dipalit memori pahit. Mereka mahu bolasepak sebagai satu medium menyatukan bangsa. Mereka mahu bolasepak jadi sesuatu yang sihat baik dalam dan luar padang dan mereka mahu bolasepak ditonton semua peringkat umur tanpa rasa curiga. Itulah tanggungjawab mereka melayan tetamu. Alangkah baiknya jika keadaan ini dirasai di Malaysia, terutama bagi kami yang sangat teruja dengan away game. Itulah yang mencerminkan Bolasepak Kita, Wajah Kita.

Walaupun kalah aku belanja video dari Lions TV. Till the next entry 🙂