Archive for the ‘Hiburan’ Category

Sebagai peminat muzik, tidak dapat dinafikan karya dari Indonesia memang menusuk kalbu. Setiap bait lirik yang dicipta mampu mendatangkan kesan cukup mendalam kepada individu, masyarakat mahupun bangsa itu sendiri. Melihat kepada populasi Indonesia yang mencecah billion orang tidak hairanlah pelbagai karya menusuk kalbu mampu dihasilkan. Lihat sahaja kepada pengamen jalanan yang sering mengangkut gitar ke sana ke mari mendendangkan lagu tatkala angkotan kota berhenti di persimpangan sementara menanti lampu hijau. Hanya ketandusan hidup menhalang mereka dari masuk ke studo rakaman. Itu pun yang bernasib baik telah ramai membanjiri kota-kota besar seperti Jakarta dan Bandung. Sebut sahaja Dewa 19, Peterpan (kini NOAH), Padi, Ari Lasso, Cakra Khan, Judika tidak ketinggalan Rossa, Nicky Astria dan ramai lagi bintang-bintang Indonesia yang lunak suaranya dan puitis liriknya.

CQIUljNVAAAr5Up.jpg-large

Poster konsert NOAH di Los Angeles

Keterlibatan artis-artis Indonesia membuat persembahan di luar Indonesia sama ada dijemput atau membuat persembahan secara konsert juga tidak dinafikan. Kebanyakan mereka telah mengadakan konsert secara besar-besaran di seluruh Indonesia, Malaysia dan Singapura tidak ketinggalan juga di negara Asia dan Eropah. Ketika artikel ini ditulis juga band NOAH sedang berada di Theatre Fox Los Angeles bagi mengadakan konsert di sana. Bayangkan NOAH mampu menjejak USA!!! Jom kita rungkai apakah kehantuan yang melanda lagu-lagu Indonesia ini;

Bersifat Ketuhanan

Antara band yang selalu mengalunkan lagu-lagu ketuhanan ini ialah Wali Band, Ungu dan terbaru mungkin Radja. Wali Band memang memulakan karya mereka dengan lagu-lagu ketuhanan dan bersifat ukhwah namun bukan bergenre nasyid seperti dipopularkan Raihan atau Rabbani di Malaysia. Lagu-lagu mereka lebih mengajak kepada kebaikan dalam bentuk informal dan secara santai. Ungu pula selain lagu-lagu cinta berhantu mereka mengeluarkan album religi setiap kali bulan Ramadan bertamu. Lagu ‘Dengan Nafasmu’ sehingga kini menjadi lagu kegemaran aku sehingga kini. Album religi seperti Surgamu (2006), Para Pencarimu (2007), Aku dan Tuhanku (2008), Maha Besar (2009) dan yang terkini Ruang Hati (2013) memang mendatangkan kesyahduan. Ungu turut menyanyikan sebuah lagu ‘Bila Tiba’ sebagai soundtrack filem ‘Sang Kiai’ yang turut mendatangkan keinsafan yang mendalam.

Bersifat Kemanusiaan

Ebiet G Ade antara pemuzik, pengkarya dan penyanyi yang cukup aku senaraikan antara yang paling diingati. Lagu ‘Berita Kepada Kawan’ dan ‘Titip Rindu Buat Ayah’ sudah cukup untuk melarikan sedikit genre percintaan yang selalu dimainkan oleh pemuzik Indonesia. Tiap bibit lirik memberi makna tersendiri dan enak dialun kalau terus dinyanyikan bersama-sama. Dua lagi lagu yang tidak boleh tidak ialah dari ‘Laskar Pelangi’ dari Nidji dan ‘Sahabat’ dari Padi yang pada aku penuh sempoi namun perlu disulami dengan menonton kedua-dua buah filem iaitu ‘Laskar Pelangi’ dan ‘Upin dan Ipin’ versi Indonesia. Tapi tak cukup rasanya kalau tak include sekali band legend Indo, Sheila on 7 dengan lagu ‘Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan’. Lagu ni memang berhantu zaman pre graduation night dulu. Sampai siap carik kod gitar nak perform untuk pre graduation night. Nah kalau nak tahu tentang hidup teruskan menonton video klip yang aku usulkan ini.

Bersifat Kenegaraan

Ini pun satu hal jugak. Aku dapat retrieve bende ni pun masa game Piala AFF Malaysia lawan Indonesia beberapa tahun lepas. Curi-curi dengar radio Jakarta kat online terdengar Jak FM mainkan lagu ‘Garuda di Dadaku’ dendangan kumpulan Netral. Dengar awal-awal macam biasa je tapi bila dengar balik dan bayangkan kalau main dalam stadium memang meremang bulu roma beb. Memang bangsa Indonesia ni jenis rebel kaw2 punya kalau bab negara ni. Kotak Band juga ada mengeluarkan lagu semangat ini melalui track ‘Beraksi’ dalam album Kotak Kedua dan tidak ketinggalan Ungu dengan tajuk ‘Indonesiaku’ dalam album Penguasa Hati dan tidak ketinggalan NOAH dengan lagu ‘Raja Negeriku’ track pertama dalam album Seperti Seharusnya yang dirilis sebaik sahaja Ariel keluar dari sel.

Bersifat Percintaan

Kalau genre ini kita tak payah bincang panjang. Memang semua lagu baik lelaki, wanita, band, duet memang berhantu. Aku bermula dengan Sheila on 7 dengan ‘Bila Kau Tak Disampingku’ yang boleh membuatkan segala jenis bateri dalam dunia ni akan kering kalau masuk kaset dalam radio atau walkman. Nyanyian sempoi Duta sambil alunan muzik yang bersahaja membuatkan penuntut Universiti ketika itu membesar dengan lagu ini. UP sikit level lagu bila dengar ‘Mengenangmu’ dari Keris Patih cukup meruntun jiwa. Walaupun kurang popular jika dibanding Dewa 19, SO7 dan Peterpan, Keris Patih sekali sekala memberi karya yang meletop. Pilihan seterusnya haruslah Dewa 19 dengan ‘Pupus’ antara lagu Dewa pertama yang menangkap di telinga sehingga ke hari ini. Dewa juga banyak menghasilkan lagu-lagu berhantu yang memang tak cukup satu persatu untuk aku listkan di sini. Setelah Dewa kian mendiamkan diri, muncul pula Peterpan menghantui dengan lagu ‘Mungkin Nanti’ yang mendapat hits paling tinggi di Malaysia dan Indonesia sekitar 2005 namun aku lebih tertarik kepada ‘Kukatakan Dengan Indah’ yang lebih layan. Sampai Ariel masuk jel dan keluar jel Peterpan ditukar nama kepada NOAH dan karya mereka diperluaskan lagi dengan album Seperti Seharusnya yang dikeluarkan pada 2012 dan lagu Tak Lagi Sama menjadi pilihan hingga ke hari ini. Melihat kepada kebanjiran artis-artis dan band ini, agak keterlaluan jika tidak bersama mendiang Broery Marantika. Lagu ‘Widuri’ dan ‘Biar Bulan Bicara’ antara nyawa muzik Indonesia satu ketika dulu dan masih diminati sehingga kini.

Teruskan berkarya sahabatku dan jom aku belanja satu video klip sebelum tido. Enjoy it 🙂

 

Hujan lebat tidak menghalang para rockers untuk berhimpun di Stadium Larkin malam Sabtu, 3 Disember 2011 yang lalu. Aku pulak kebetulan balik dari tugas rasmi di Kota Tinggi, bergegas memecut dalam hujan, tiba tepat jam 8.00 malam. Masih ramai yang berpusu-pusu masuk. Dari luar kedengaran Jehan Miskin dengan Burn melalak melayan peminat. Bagi aku, takde orang lain ke nak letak. Mamat dua orang ni bukan rockers dan bebelan diorang buat aku sakit hati.

Sampai je aku terus lepak dengan Masyuk (memang kaki layan dgn aku untuk konsert2 nih) duduk bawah khemah. Malas nak ke depan memandangkan padang digenangi air. Lepak dulu belek goodies yang aku dapat tadi. Ada t-shirt sempena Fenomena 30 Tahun Search, kacang, air dan yang penting sekali poncho (baju hujan plastik), boleh la buat layan gerimis. Padang memang macam sawah bro tapi salute untuk peminat Search sebab dengar yang kat depan tu memang tak berganjak walaupun hujan lebat!

Jam pukul 8.45 malam, si mamat dua ekor tu tak abis membebel. Lepas selesai makan kacang, minum air, dan pastikan takde barang untuk dipegang, aku terus mara ke depan. Ngam-ngam aku mara, dua ekor tupun blah. Bagus…aman sikit telinga aku. Kamera pun aku tak bawak, malas nak pegang. Wallet pun tak bawak, cuma ic dengan lesen je, nak head banging punya pasal.

Tepat jam 9.15 Yazid start pukul dram walaupun nampak uzur, Kid, Nasir dengan skirt scottishnya dengan Din (ada org jerit Din Mayat) start menggoreng lepas tu Amy pun keluar dengan lagu pertama Panggung Khayalan. Memang aku jarang ‘training’ lagu ni so layan jelah. Jarang jugak tengok Search bawak lagu ni masa konsert. Lagu kedua, Gothik Malam Edan, ketiga, keempat dan seterusnya pun aku kurang hafal antaranya Metropolitan, Musnah, Serigalanya Segalanya dan Melayar Bahtera (terima kasih kawan-kawan yang membantu mengingatkan tajuk lagu nih). Sampai la lagu Balada Pemuzik Jalanan, Fenomena, Bisa, Cakap Memang Murah dan Negaraku Rock n Roll (ada ke lagu nih?) bila Amy announce JB is the city of rock n roll, peminat mula kena rasuk. Ada pulak ayat pujukan Amy bila gerimis mula turun dengan acapella Setelah Hujan. Tambah pulak Amy layan Isabella dengan montaj filem Isabella tertayang dekat skrin. Lebih kurang 10 ke 12 lagu, segmen pertama berakhir. Search berehat sebentar.

Masa rehat, skrin pancar interview dengan peminat. Tapi bukan peminat sejati, ntah mana dia jumpa depan Sogo punya pak guard pun dia sebat. Tapi Search bagaikan satu ikon. Siapa tak tau lagu Isabella memang bukan orang Malaysia. Melayu, Cina dan India yang ditemuduga semua tau lagu berhantu tu. Kelakar bila ada yang cerita ye ye kelapa tapi bila suruh nyanyi tunggang langgang lirik. Apapun Search memang dikenali dan berhantu. Aku pun sempat la teguk air sambil kunyah kacang. Brader sebelah dah tak sabar tapi paling tak tahan ada makcik layan SMS. Makcik oiii, ni konsert rock tau bukan konsert AF nak undi2. Agak2 bosan duk kat rumah jelah!

Segmen kedua makin teruja dan terus layan dengan lagu Balada Pemuzik Jalanan, Meniti Titian Usang, Kejora, Gadisku, Pelesit Kota, Mentari Merah di Ufuk Timur, Isi dan Kulit, Langit dan Bumi, Rozana, Melastik ke Bintang dan Pawana. Aku dengan brader sebelah terus layan satu demi satu tanpa menghiraukan gerimis yang dari tadi halus menjadi tebal. Engery Amy yang berusia 53 tahun tu memang terbaik. Suara memang tak lari dari dalam album. DAri album Cinta Buatan Malaysia sampai ke album ke 25 sama je, termasuk live performance. Tu tambah dengan menari, melompat sana sini pastu nak tarik dalam-dalam lagi, memang superb la lu bro! Aku memang menantikan rakaman DVD/CD untuk konsert ni. Amy melabuhkan tirai konsert dengan lagu Fantasia Bulan Madu yang dinyanyikan bersama-sama 10,000 peminat di dalam kesejukan. Sedikit kecewa lagu kegemaran aku seperti Seroja, Gadis Misteri, Hilang Dalam Terang dan Bersalah atau Tidak tidak dinyanyikan malam tu. Tapi aku tetap puas.

Momen menarik malam tadi ialah acara baling bola kepada peminat, kalau balik pick gitar dengan drum stick tu tahan lagi tapi kalau baling bola macam game kat stadium pulak. Pastu momen amoi kena dera bagi air free lepas abis perform. dah la cawan kecik bagi air cinonit je terus kena sorak dgn brader2 tu…ni konsert rock la amoi bukan u nak bagi sample air kat Jusco! Another great moment bila Amy kenang kembali jadi kutu kat KOMTAR (dia panggil Kompleks Tun Razak) yang sekarang dah roboh dan Sekolah Dato’ Jaafarnya serta momen orang panggil Din sebagai Din Mayat. Nyaris tak kena hentak dengan Yazid!

Apapun aku memang puas tengok Search perform malam tadi. Selepas Double Trouble 2010 dari segi performance kali ni lebih mantap tapi dari segi crowd DT lebih happening. Sampai rumah baru aku tengok kasut aku penuh lumpur dan kaki aku terus kecut kena rendam stokin basah.

Ok untuk ada sourvenir untuk korang, live dari depan pentas, enjoy!!!

 

SEARCH rock!

*Credit for Datuk Supandi (Media) for the pictures (sebab takleh bawak masuk kamera) dan juga bloggers di Page Fenomena Search 30 Tahun yang berkongsi info mengenai tajuk lagu yang dinyanyikan malam tu 🙂

Konsert Double Trouble

Posted: 11/06/2010 in Hiburan

 

 

HEBAT. Begitulah yang dapat diungkap kepada kumpulan Wings dan Search dalam persembahan Konsert Double Trouble (DT) kali kedua di Stadium Larkin, malam Sabtu, 5 Jun 2010. Setelah berjaya menghiburkan lebih 20,000 penonton setia rockers Malaya ini pada 1 Mei lalu di Bukit Kiara Equestrian Resort, peminat rock kapak tidak melepaskan peluang untuk bersama sekali lagi di Johor Bahru. Tidak hairanlah kenapa mereka sanggup datang dari Lembah Klang, seluruh negeri Johor dan Singapura untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada 20,000 (malah rasanya lebih daripada itu kerana seluruh pelusuk padang Stadium Larkin padat dengan peminat), angka yang sekali lagi mengulangi rekod yang sama seperti di Kuala Lumpur.

Ditemani Isma Halil Hamzah dan dijanjikan 30 buah lagu, DT bermula tepat jam 9.30 malam dengan lagu berhantu DT, Gemuruh, penantian sejak jam 6.00 petang berakhir. Selepas itu lagu-lagu dari album DT dialunkan berselang seli oleh Awie dan Amy. Antaranya Gema Di Inderaloka, Mabuk Tujuh Lautan dan Cakap Memang Murah. Selepas itu Awie nampak sedikit ‘pancit’ selepas menyanyikan lagu Lipas Kudung dan Amy dan Search menguasai gelanggang sehingga lagu ke 15. Meniti Titian Usang, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Isabella, Pawana, Pelesit Kota menjadi habuan penonton yang turut menyanyi bersama-sama. Kemudian Awie kembali dengan Sejati, Opera Hidup, Awang Trasher dan beberapa lagu lagi sebelum Yazid (Search) dan Kid (Wings) ‘berperang’ sesame sendiri dengan set dram masing-masing.

10 lagu yang terakhir menampilkan enam lagu yang dimedleykan iaitu Rozana, Semalam Yang Hangat, Gadisku, Taman Rashidah Utama, (lagu ni lupa) dan Misteri Mimpi Syakila. Selepas itu disambung dengan lagu tribute Holy Diver dan selepas itu DT digamatkan lagi dengan gorengan gitar Joe Wings dan Kid Search dengan begitu mengasyikkan sekali. Akhir sekali, DT ditutup dengan lagu RNR Lu Punya Suka yang dinyanyikan bersama Awie dan Amy tepat jam 12.30 malam.

Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan DT selepas 17 tahun tidak mendengar Wings dan Search secara live. Saya juga amat kagum dengan tenaga luar biasa Amy dan tarikan vokal Awie (walaupun kadangkala tak sampai) yang mengubat rindu rockers semua. Bagi yang membesar dengan lagu-lagu Wings dan Search, DT memang mengasyikkan dan tidak rugi melabur RM70.00 kerana kita tidak tahu bila lagi dapat menyaksikan DT ketika Amy ketika ini sudah menginjak usia 50an dan vokal Awie tidak sehebat dulu. Namun DT tetap HEBAT!