Archive for November, 2012

 

Senarai stadium terbesar ini tidak memasukkan stadium pelbagai guna seperti yang dimiliki Korea Utara. Ini kerana walaupun berkapasiti 150 ribu penonton, Stadium Rungrado May Day itu digunakan untuk pelbagai acara.

Seperti Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam, Stadium Rungrado menjadi medan berlangsungnya pelbagai acara, daripada perlawanan bola sepak sehinggalah kepada kempen parti politik.  Justeru, ia tidak termasuk dalam senarai 10 stadium khusus untuk bola sepak yang terbesar di dunia.


1.  Estadio Azteca di Mexico City, Mexico
Kapasiti: 105,000 penonton
Mula dibuka: 1966
Stadium ini sudah dua kali menjadi medan kejohanan Piala Dunia.  Kini, stadium ini menjadi markas rasmi pasukan kebangsaan Mexico dan Kelab Amerika.


2. Azadi Stadium di Tehran, Iran
Kapasiti: 100,000 penonton
Mula dibuka: 1971
Stadium ini ialah gelanggang pertandingan bola sepak yang terbesar di Asia Barat. Dua kelab tempatan iaitu Esteghlal FC dan Persepolis, serta pasukan kebangsaan berpangkalan di sini.


3. Camp Nou di Barcelona, Sepanyol
Kapasiti: 99,000 penonton
Mula dibuka: 1957
Wajarlah sekiranya kelab yang bertandang ke Camp Nou berasa gerun apabila melihat betapa besarnya kapasiti penyokong Barcelona yang bakal hadir. Apatah lagi, ini adalah stadium milik kelab yang terbesar di dunia.

4. Maracana, Rio de Janeiro, Brazil
Kapasiti: 95,000 penonton
Mula dibuka: 1950
Nama rasmi stadium ini ialah Estádio Jornalista Mário Filho. Ia pernah menampung penonton yang melebihi kapasiti iaitu seramai 210,000 orang yang hadir menyaksikan Brazil menentang Uruguay pada Piala Dunia 1950. Stadium ini milik Pemda Rio de Janeiro.

5. Wembley di London, England
Kapasiti: 90,000 penonton
Mula dibuka: 2007
Stadium milik Persekutuan Bola Sepak Inggeris ini didirikan di atas tapak Stadium Empire yang dibina pada 1923.  Setelah dirobohkan pada 2003, stadium yang terkenal dengan menara kembarnya itu, digantikan dengan Wembley.


6. Westfalenstadion di Dortmund, Jerman
Kapasiti: 80,500 penonton
Mula dibuka: 1974
Stadium milik kelab tempatan Borussia Dortmund ini adalah yang berbesar di Jerman. Stadium yang sering digelar sebagai “Kuil Dinding Kuning” ini pernah digunakan sebagai gelanggang Piala Dunia dan Piala Eropah.


7. Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol
Kapasiti: 80,400 penonton
Mula dibuka: 1947
Stadium ini dimiliki oleh Real Madrid iaitu musuh sejati Barcelona. Semua tempat duduk di stadium ini bertutup.  Pengurusan Madrid merancang untuk membina bumbung yang boleh dibuka dan ditutup di seluruh stadium.


8. Estadio Monumental di Lima, Peru
Kapasiti: 80,000 penonton
Mula dibuka: 2000
Stadium milik kelab tempatan Universitario de Deportes ini menggantikan stadium lama, Teodoro Lolo Fernandez.  Ceritanya sama seperti mana Wembley menggantikan Empire di Britain. Stadium ini menjadi medan di mana berlangsungnya perlawanan melibatkan pasukan tempatan termasuk Universitario de Deportes.

9.  Giuseppe Meazza / San Siro di Milan, Itali
Kapasiti: 80,000 penonton
Mula dibuka: 1926
Stadium milik Kerajaan Milan ini adalah markas dua kelab terunggul Itali iaitu Inter Milan dan AC Milan. Bahagian timur stadium ini akan ditambah setingkat lagi bagi meningkatkan kapasitinya untuk menampung 125,000 penonton.


10. The Borg El Arab di Kaherah, Mesir
Kapasiti: 80,000 penonton
Mula dibuka: 2007
Ini adalah stadium terbesar di Afrika, khusus untuk acara bola sepak.  Ia ibu pejabat pasukan kebangsaan Mesir dan digunakan untuk final liga tempatan.  Stadium ini dibina berikutan tawaran Mesir untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2010.

Kredit : Yahoo dan google

 

Automated Enforcement System atau AES dilihat satu pendekatan baru oleh MIROS, PDRM dan JPJ bagi memantau kesalahan lalulintas oleh pengguna kenderaan. Fokus utama ialah salahlaku menlanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju. Dua kesalahan ini nampak boleh menyumbang kepada kemalangan jalanray dan seterusnya, kematian…sesuatu yang sangat-sangat kita tidak inginkan ia berlaku kepada ahli keluarga kita. Namun, AES dianggap negatif oleh sesetengah pihak. Ada yang menganggap ia agenda politik, ada juga menganggap ia sesuatu yang membebankan rakyat. Di sini saya utarakan pendapat saya mengenai AES;

1. AES mengajar pengguna jalanraya lebih berdisiplin. Mematuhi had laju yang ditetapkan dan jangan melanggar lampu merah. Dua kesalahan yang kerap ini jika dapat ditangani, boleh melahirkan pemandu yang berdisiplin. Bayangkan jika kita terserempak dengan sekatan lalulintas dan kita memang tidak memakai tali pinggang keselamatan, dengan kelam kabut menarik tali pinggang tersebut sebab takutkan polis dan saman. Jadi perkara yang sama cuba dipraktikkan melalui AES, dan kali ini lebih tegas dengan penggunaan kamera berkualiti tanpa boleh berlebih kurang lagi. Jadi, melahirkan pemandu berdisiplin lebih dilihat relevan sebelum kita melihat struktur jalanraya yang mungkin jadi penyebab kedua kes kemalangan;

2. Kenapa kita perlu pemandu berdisplin? Ini kerana kes kemalangan maut meningkat dari tahun ke tahun terutama di musim perayaan. Tidak dinafikan, kereta mudah dibeli hatta seorang yang berkelulusan diploma dengan hanya menjawat jawatan kerani sudah mampu memiliki sebuah kereta 1.0 cc dan telah menyumbang kepada kelimpahan kenderaan di lebuhraya dan jalan-jalan persekutuan. Ini juga menyumbang kepada peratus kemalangan tinggi dengan pemanduan kurang berhemah. Statistik kemalangan maut ini tidak boleh terus dibiar meningkat. Jadi, penggunaan AES dilihat satu medium untuk menyekat peningkatan tersebut;

3. Jika statistik ini dibiar meningkat, ia suatu yang merugikan negara. Bayangkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia sekarang sekitar RM28,000 setahun atau RM2,333 sebulan. Jika seorang demi seorang pergi dengan kemalangan, bukankah itu bakal menurunkan kadar pendapatan perkapita negara? Penurunan ini juga akan menyekat usaha Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Tambahan pula yang pergi itu seorang doktor pakar, jurutera atau akauntan yang akan meningkatkan produktiviti dan pendapatan negara. Memang ajal maut di tangan Allah tapi mampukah kita hanya berserah tanpa sebarang usaha penyekatan atau pencegahan?

4. Menyebut tentang negara maju, sekali lagi saya tekankan sikap rakyat itu sendiri mencerminkan budaya dan tahap pemikiran seseorang. Ia dapat diterjemahkan dengan sikap memandu di jalanraya. Bayangkan berapa kali kita berhenti di laluan zebra? Atau menghormati fungsi garisan kuning walaupun ketika kesesakan? Itu sesuatu yang mudah dan mencerminkan budaya. Bukan laluan zebra atau garisan kuning menjadi isu. Yang mudahnya ialah peraturan. Peraturan dicipta dan pengguna perlu patuh. Di United Kingdom misalnya, pejalan kaki dihormati dan pengguna member laluan kepada kenderaan yang mahu bertukar lorong dan tiada istilah tailgaiting ataupun ‘cucuk angin’. Itu cerminan budaya maju, ikut peraturan dan AES bakal ‘membantu’ untuk mengajar pengguna agar mematuhi peraturan supaya budaya kita ditransformasikan dan menjadi negara maju;

5. Akhir sekali, AES dipraktikkan bukan untuk memeras duit rakyat untuk mengumpul semula wang hasil BRIM atau subsidi lain yang diberi kerajaan. Tiada istilah kerajaan buat duit. Ia mudah, pengguna patuh tidak disaman, pengguna degil bayarlah saman. Isu menaikkan had laju juga dianggap gila. Ada suara sumbang mengatakan tak guna membeli kereta laju kalau hanya boleh memandu di bawah 110km/h. Isunya purata rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan 2.0cc tidak lebih 50%. Jadi perlulah menghormati pemilik kereta sederhana ini. Itupun, mereka mampu mencecah 160km/h. Bayangkan pemilik 2.0cc, berapa laju mereka akan menekan pedal minyak? Sebab itulah warga Singapura kerap kali memecut laju di lebuhraya kerana mereka takut melakukannya di Singapura. Tambahan pula, saman boleh dibayar dan sikap lebih kurang menjadi taruhan apabila berhubung dengan manusia. Jadi AES tidak boleh menipu had laju dan imej yang dirakam.

Memang setiap perubahan itu agak sukar untuk dilakukan. Kita perlu positif dengan perubahan. Ketepikan isu peribadi, politik dan kemegahan kereta mewah kerana nyawa orang lain yang juga pengguna jalanraya turut menjadi taruhan. Selamat memandu dengan berhemah J

Hi all,
Ok sambung part two ni aku nak cerita pasal transportation dengan makan di Bandung.

1. Transportation

Tak perlu risau sebab di Bandung ni walaupun takde MRT atau bas tambang ada beberapa option untuk berjalan ke sana ke mari seperti berikut:

a. Angkutan Kota (Angkut) – Angkut ni ala ala bas mini tapi ia sebuah mini van yang diubahsuai seat di belakang dan ada pintuk di tepi. Angkot beroperasi ikut laluan tapi boleh tanya pemandunya kemana nak pergi. Tambang sekitar IDR1,000-IDR5,000 ikut perjalanan. Agak brutal juga pemanduan angkut ni dan kalau nak berhenti ikut suka korang la asalkan menyebut ‘kiri’;

b. Taksi – Lebih selesa dan bayarannyalebih mahal sedikit antara IDR10,000-IDR50,000 ikut perjalanan. Ada juga yang ikut jam bila dia tau kita ni orang Malaysia. So gunakanlah taksi ini bila keadaan memerlukan sahaja. Namun ia lebih mudah untuk terus ke tempat dituju seperti airport atau tempat yang kurang dilalui oleh angkot;

c. Mobil Sewa – Sangat praktikal digunakan sama ada datang berdua atau berkumpulan. Disediakan pakej sekali dengan pemandu, petrol dan bayaran parkir, pemandu juga boleh turut serta ke FO atau tempat shopping tolong angkut barang kita ke kereta tanpa kita perlu bawak ke hulu ke hilir. Lebih mudah dan cepat tanpa tunggu banyak masa. Aku cadangkan kalau nak sewa boleh guna agensi kereta sewa ini; http://www.jacktour.com/ Pemandunya sangat berdedikasi dan jujur dan harga berpatutan. Aku pergi berlapan naik KIA Pregio selama empat hari hanya IDR3.7 juta (lebih kurang RM1,200 untuk 8 org – seorang RM150.00). Itu siap pergi Jakarta tau. Sangat berbaloi dan puas hati. Memang ada yang lagi murah kalau try bargain kat airport tu tapi untuk keselesaan dan taknak hanky panky aku pilih yang ni je. Plus, staff diorng siap telefon aku dari Indo masa nak booking tu and boleh communicate via email. Hassle free 🙂

2. Makanan

Bab makan ni sensitif sikit. Elakkan makan di warung tegar (warteg) di tepi2 jalan walaupun anda mengidam bakso atau tahu semedang made in Bandung ni. Takut2 holiday korang end up dengan sakit perut nanti. Baiklah pergi restoren2 yang banyak di sekitar Bandung ni. Cakap je dengan pemandu tu nak pergi rumah makan mesti dia tau punya. Aku suggest Restoren Karamba dengan Restoren Belacan. Makanan dia biasa2 je tapi selesa dan bersih. Average sorang makan sepinggan nasi dengan air lebih kurang RM15.00 la.

One more thing, bila berjalan make sure ambik breakfast dulu kat hotel. Kalau takde breakfast pandai2 la carik makanan. Beli roti ke sebab kalau da berjalan kat FO tu memang tak ingat nak makan. Takut nanti masuk angin pulak perut tu atau keinginan korang nak mencuba bakso warteg terlalu tinggi sebab lapar. Food court diorang pun tak macam kita di Malaysia, kebersihan dari segi environment dan penyediaan makanan amatlah diragui, so better beware.

Ok, that’s all for transport dan makanan. Aku try selit gambar nanti.