Archive for June, 2013

Adakah Berbaloi RM40.00?

Posted: 29/06/2013 in Sukan

Sehangat final Piala FA 2013 antara Kelantan dan JDT, isu harga tiket dan penjualan tiket menjadi persoalan. Adakah berbaloi RM40.00 untuk perlawanan akhir ini? Jom kita selami satu persatu;

Tiket Final Piala FA 2005Ini tiket final Piala FA 2005

Tiket Final Piala FA 2013Ini pula tiket final Piala FA 2013

Persoalan berbaloikah RM40.00 timbul apabila:

1. Isu penjualan tiket menjadi masalah kepada kedua-dua pasukan dengan tempahan secara pukal dan ulat menjadi punca utama kenapa penyokong mengamuk tak dapat tiket sedangkan pada 2005 tidak timbul isu tersebut ketika harga tiket tidaklah semahal sekarang. Bila harga tiket naik, FAM untung tapi ramai yangfikir nak buat lagi untung;

2. Apa yang FAM bayar dari RM40.00 tu? Kalau dikalikan dengan 80,000 keping yang dikeluarkan ia berjumlah RM3.2 juta. Kadar sewa stadium, upacara penyampaian hadiah, kos keselamatan, bunga api pun paling tidak kosnya tak sampai sejuta kot. Itupun dah tolak 7,000 tiket complimentary, FAM untung banyak tu. Tapi macamana dengan keselamatan penyokong yang membeli tiket? Masih tiada lorong penghadang. Penyokong beli tiket macam takde tamadun. Dah la tunggu dari pagi. Inisiatif nak buat tiket online langsung takde. Jadi berbaloikah dengan hanya menukar design dari horizontal kepada vertical dan besarkan sikit tiket tu compared to 2005? Baru 7 tahun bukan 70 tahun 🙂

3. Takdepun artis yang datang menyanyi menghiburkan penonton kalau masuk seawal jam 5 petang. At least kalau panggil lima enam orang artis nyanyi 10 lagu ke berbaloi la jugak. Takdelah boring tunggu game berejam. Nak tunggu fans chanting bergaduh pun paling hangat start lepas mahgrib;

4. Kualiti permainan? Rasanya kalau naik pun 20% je. Dulu 2005 ada tiga player import, sekarang dua je. Nak kata dulu bayar RM20.00 bukan main 45 minit je. Main tetap 90 minit. Tapi bayangkan tiket sekarang tambah lagi RM20.00 dapat tengok Chelsea main kat Malaysia tau. Tapi FAM sudah kaut untung lebih pastu bilang RM30 juta tak cukup untuk manage MSL 😛

5. Kalaulah boleh FAM allocate kan sikit duit tiket tu untuk keselamatan penyokong pun ok gak. Keselamatan bukan time beli tiket je, time berada di stadium. Setakat letak Polis beriban dalam stadium tangkap orang buat onar itu dikira rutin. Specific check up untuk penyokong masuk stadium. Tiada flare, mercun atau bahan terlarang. Kalau perlu guna alat canggih gunakanlah sebab penyokong dah invest duit tiket. Polis perlu pantau tempat-tempat panas, seperti sekitar LRT, tempat parking kereta dan bas dan kawasan radar sekilometer dari stadium untuk menjamin tiada pergaduhan. Kalau Polis mintak OT FAM bayarlah sikit. Ada sejuta lebih tu takkan luak 🙂

Memang bagi peminat tegar apa kisah wang ringgit tapi FAM janganlah melampau sangat. Tu belum cerita kualiti padang, kemudahan dalam stadium, pembahagian kawasan penonton dan lain-lain. Kalau betul kos pengendalian perlawanan akhir mahal, please state out the expenses. Kesianlah kat mereka yang datang dari jauh sedangkan orang di sana hanya menanti mengaut keuntungan. Tu belum kira bookie lagi. May the best team win, enjoy the game 🙂

The Last Speech

Posted: 07/06/2013 in Bacaan Ringan

Dato Seri Zaini Ujang, Naib Canselor UTM yang kelima telah secara rasminya melepaskan jawatan Naib Canselor UTM mulai hari ini, 7 Jun 2013. Mulai 10 Jun 2013, DSZU akan berkhidmat sebagai KSU II, Kementerian Pendidikan di Putrajaya. Suasana pilu menyelubungi Dewan Jamuan ketika Perhimpunan Bulanan Terakhir beliau bertajuk ‘The Last Speech’ bermula jam 8.00 pagi. Diselangi dengan bajaan sajak dan tontonan slide pencapaian dan ucapan penghargaan kepada DSZU yang telah hampir 30 tahun mengabdi diri sebagai pelajar, pensyarah, pentadbir dan naib canselor. Momen yang paling hening adalah ketika sesi ‘The Last Clock Out’ jam 5.00 petang. Itu adalah slide clock out yang terakhir DSZU di UTM diiringi dengan ketipan gambar dan bersalaman dengan semua staf. Iringan airmata mengiringi perjalanan DZSU. Pasti warga UTM sedih dengan pemergian DSZU yang telah banyak merubah UTM menjadi hari ini.

Dalam ucapan beliau yang terakhir DSZU masih lagi mengingatkan semua staf tentang target beliau, mahu menjadikan UTM antara top 20 Unisersiti pada 2030, keazaman beliau untuk menyaingi MIT, Harvard tak pernah padam, penulisan dan komitmen endowmen beliau yang begitu tinggi. Ya, ini hari terakhir. Sepatutnya DSZU mula memikirkan tentang tugas barunya tapi beliau masih sayangkan UTM. Masih ingin melihat UTM berjaya. Dari tagline ‘Menjana Minda Kreatif dan Inovatif’ kepada ‘Innovati-Enterprenuerial-Global’ kesemua berjaya mengubah minda staf UTM untuk lebih maju ke depan. Teringat amanat terakhir DSZU sebentar tadi ‘Sasarkan target yang tinggi dan doable (boleh dicapai) supuya minda boleh merangsang untuk kita mencapai target itu’. Transformasi antara intipati usaha DSZU sepanjang berkhidmat di UTM. dengan transformasi ini budaya kerja cemerlang diterapkan dan hasilnya UTM mendapat kelulusan sebuah Universiti Penyelidikan dan Universiti Autonomi di bawah pimpinan DSZU. DSZU juga penerima Anugerah Merdeka pada 2009 dan memulakan program endowmen untuk memastikan UTM satu hari nanti tidak bergantung kepada dana kerajaan sahaja. Beliau juga telah menjadikan UTM sebagai kampus eko-pelancongan bagi menarik minat orang luar datang ke UTM bukan sahaja menuntut ilmu malah sebagai salah sebuah taman syurga.

Di kesempatan ini saya kongsikan sedikit salah satu intipati dalam slide terakhir DSZU pagi tadi:

10 Lesson @ UTM by DSZU

1. The easiest hurdle : to become a professor

2. Healthy living, productive life

3. Global recognition, alliances

4. Don’t preach, just do it

5. Aim : high, bold, double and doable

6. Malays : transform easier by empowerment than instruction or subsidy

7. Academic output : printed not oral culture

8. Performance : Essence (DNA), not numbers or paper credentials

9. No involvement, no commitment

10. ABCDEF Innovation principle:

a. Aims, area of concern

b. Benefits for those involve

c. Champions

d. Do it, just do it

e. Empowerment

f. Feedback

Slide penuh ‘The Last Lecture’ ini boleh klik di sini : The-Last-Lecture-Zaini-Ujang-7june2013-latest

Memang ramai yang panas punggung melihat betapa passionnya DSZU dengan kerjanya. Semuanya pasti mahu cepat dan tepat malah figure atau nombor memang menjadi proof of documentation. Dengan nombor kita dapat menilai dan membezakan sesuatu. Ramai staf akademik juga letih apabila disuruh mengambil PhD untuk jadi Profesor nyata lebih ramai lagi yang tidak tahan dengan ‘kepantasan’ DSZU. Tapi percayalah, setiap apa yang baik itu diterjemahkan dengan kejayaan. Bayangkan kalau kita di takuk lama, tidak diterjah atau diherdik dan hanya maintain status qou, pastinya kita tidak seperti sekarang. Pastinya minda kita jumud tanpa sebarang perubahan manakala pesaing lain jauh meninggalkan kita. Bersetuju juga mungkin ada sebahagian tindakan DSZU kurang tepatnya tapi mungkin kurang dari 10%. Niatnya hanya memimpin dan memajukan organisasi.

Secara peribadi DSZU banyak memberi impak sepanjang lima tahun berada di UTM. Tidak banyak pun pasti ada. Setiap ucapannya biarpun tidak lekat di memori memberi impak untuk kita berubah. Semoga semua yang telah diatur oleh DSZU akan terus disambung oleh pengganti beliau. Apa yang telah disemai semoga menjadi rimbunan pohon yang menghijau dan menghasilkan sesuatu untuk warga UTM. Semoga benar apa dikatakan UTM akan menjadi top 20 Universiti menjelang 2030.

Kepada DSZU, terima kasih atas semua jasamu dan selamat maju jaya 🙂

P/S : Saya belanja gambar. Kredit to Datuk Supandi 🙂

03Kali terakhir clock out di UTM sambil diperhatikan pegawai kanan UTM

06Bersalaman dengan staf UTM

0708 09Sesi bergambar dengan staf UTM

10

Orang Kampung DSZU, Hj Dahari mengucapkan selamat tinggal

11

Gambar lagi walaupun hening dan pilu

12 13

Riak sedih tergambar di wajah DSZU

15 16Selamat Maju Jaya DSZU. Kami doakan kejayaan DSZU 🙂