Archive for February, 2013

Pemain Cedera, Rajagobal Merana

Posted: 02/02/2013 in Sukan

Asia Cup 2015_Qualifying

Februari 2013 menjanjikan cabaran lebih getir buat skuad Harimau Malaya dan jurulatih tersohor negara, Datuk K.Rajagobal. Ini kerana bermula 6 Februari ini, misi sebenar HM dan DRG akan bermula iaitu misi melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2015 di Australia. Perlu diingat, ini misi utama DRG dan bukanlah Piala AFF. Awal-awal lagi DRG dah pening kepala sebab ramai tonggak cedera. Safee Sali, Matyo, Bun, Kuna, Wan Zack, Gary, Guru serta penggantungan kapten idaman HM Mr.Comot tampak meletakkan batu di atas kepala DRG. Lawan pertama bukan calang-calang…Qatar yang bakal layak ke Piala Dunia 2022. Jadi kali ni aku taknak komen pasal DRG tapi nak komen sikit pasal FAM. Ye FAM, apa tak boleh ke kasi pendapat sikit?

Apakah punca utama ramai pemain injured? Saingan Liga Malaysia yang kompetitif sehingga semua bermain bagai mahu menang piala? Taktikal bertahan yang mahukan semua pemain dihenyak cukup-cukup? Atau pemain tidak cukup fit? Kesemuanya mungkin logik tapi aku sebagai pemain sama sekali menyatakan jadual MSL yang padat menjadi punca pemain cedera. Kalau kita tengok pool pemain memang 90% dari MSL. Kita tahu bahawa MSL yang bermula pada 8 Januari berakhir pada 22 Januari sebelum diselitkan satu perlawanan Piala FA pada 25 dan 26 Januari. Bayangkan bermula 8 Januari hingga 26 Januari mereka telah bermain enam perlawanan kompetitif dalam masa 18 hari. Terus 27 Januari mereka dipanggil ke kem latihan pusat dan DRG terus tepuk dahi bila nama-nama pemain idamannya tidak muncul dek kecederaan. Bukan itu sahaja, player stand by pun injured dan terpaksalah DRG memanggil pemain-pemain lama seperti Amri Yahyah untuk persiapan bertemu Iraq sebelum menjadi tetamu kepada Qatar 6 Februari nanti.

Ye, tidak dinafikan FAM tidak punya pilihan. Dengan aksi kelayakan Piala Asia sepanjang 2013 dan 2014, FAM harus menyusun jadual supaya dapat meluangkan sedikit masa buat DRG melatih anak buahnya. Tapi inilah hasilnya bila jadual disusun padat. Pemain mula kelesuan, otot-otot tidak sempat rehat dan dipaksa kerja lagi, dengan pemakanan yang sambil lewa, ditambah kecederaan, memang sesuatu yang sukar. Tambahan pula jika jurulatih tidak mengamalkan squad rotation dan memerah keringat pemain yang sama dek gaji yang tinggi, memang akan membuatkan pemain mudah terjebak kecederaan. Kalau kita lihat kecederaan yang dialami kebenyakkan pemain yang tidak dapat bersama kali ini bukanlah kecederaan ACL, Miniskus, Archilles Tendon atau Broken Metertasal. Ia hanyalah groin, hamstring, pull muscle atau simple knock. Ia semua berkenaan dengan recovery period serta sedikit pemakanan seimbang. Tapi bagi aku, dalam tempoh itu memang muscle bekerja agak keras dan lama, tambah pula MSL 2013 semakin rancak.

FAM terikat dengan jadual MSL dimana setiap pasukan perlu beraksi 22 perlawanan. Ditambah pula dengan Piala FA, maksimum tujuh perlawanan sehingga ke peringkat akhir dan Piala Malaysia, 11 perlawanan sehingga ke peringkat akhir. Jadi pasukan yang bermain sehingga final Piala FA dan final Piala Malaysia akan bermain sebanyak 40 perlawanan, tidak termasuk Selangor dan Kelantan yang bermain extra enam game Piala AFC. Itupun kalau layak ke pusingan seterusnya, tambah lagi maksimum lapan game sehingga ke final. Semua pertandingan akan terhenti selama enam kali bagi memberi ruang kepada skuad HM untuk memenuhi enam game, lebih kurang 56 hari dengan mengambil kira hanya empat game sahaja pada 2013 dan cuti sempena Ramadan dan Syawal lebih kurang 40 hari. Jumlahnya ialah 96 hari atau pukul rata tiga bulan. Jadi FAM hanya punya sembilan bulan atau 270 hari untuk mengatur jadual maksimum 40 perlawanan tersebut (tidak mengambil kira MPL dan Piala FAM kerana pool pemain 90% dari MSL). Tiada World Cup atau EURO pada tahun ini, Sukan Olimpik, Komenwel, Asia pun lambat lagi. Cuma Sukan SEA hujung tahun jadi medan so kita tolak lagi 30 hari jadi 240 hari atau lapan bulan. Kalau dibahagi dengan 40 purata satu game akan berselang enam hari dan sebulan pasukan akan main lima dan paling busuk pun tujuh kali. Bukan bermain enam game dalam masa 18 hari!

Kalau kita tengok di EPL, mereka bermain 38 perlawanan, ditambah dengan Carling Cup maksimum enam game ke final, manakala FA Cup pula enam game menuju final membawa kepada 50 game semusim. Itu belum ditambah game UCL maksimum 13 game lagi sehingga ke final membawa kepada 63 game semusim. Kalau ada game World Club Cup lagi pengsan. Namun semua game itu dapat dilaksanakan sepanjang satu musim dari Ogos hingga Mei tahun berikutnya dengan hanya 10 bulan. Dan bukannya game midweek tu tiap-tiap minggu. Ye, mereka tiada rehat di bulan Ramadan dan Syawal tapi tetap ada pemain yang beragama Islam meneruskan kerja mereka. Tidak bolehkah jadual ML dan MPL benchmark dengan jadual liga seperti EPL atau liga-liga luar? Bukan Malaysia sahaja bahkan negara Asia Tenggara juga perlu duduk semeja bagi menyatukan jadual liga ini supaya mereka dapat membawa nama Asia Tenggara di peringkat AFC atau Asian Champions League dengan lebih matang dan jitu. Bukan setakat menganjur dan berbangga di kandang sendiri.

Yes, better said than done but anyway ini pendapat aku yang terlibat sebagai pemain, penyokong dan peminat. Kalau rasa tak relevan tak payah ambil kisah tapi jangan menyesal kalau nak tengok ranking kekal 150an hingga 10 tahun lagi.Semoga team HM mendapat pedoman setelah diajar Iraq 0-3 semalam dan mendapat hidayah ketika bertemu Qatar dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2015. Akhir kata, dulu RG kenal pemainnya, kini RG tahu apa alasannya 🙂

Bolasepak Kita, Wajah Kita…