Archive for March, 2011

Cendol Wahab

Posted: 13/03/2011 in Jalan Jalan

Salam semua,

Entry kali ni aku nak share tempat makan cendol yang boleh dikategorikan terbaik kat KL. Sorry kepada kawan sekitar JB sebab JJCM kali ni jauh sikit ke luar JB. Nipun sebab aku balik KL so sempat la singgah. Cendol Wahab terletak di Rampai Business Park, Wangsa Maju. Kalau masuk dari International School, bari last sekali. Cendol Wahab ni dulu meniaga kat pasar malam je sampai la perniagaan berkembang maju dapatlah sebuah geria siap dengan pekerja sekali.

Ini dia sebahagian sejarah cendol wahab ni. Masuk paper dah berapa kali masa bukak stall kat Setapak Jaya. Yang berkopiah tulah Wahabnya.

Nah pilih je apa yang nak. Tak cukup menu kat dinding, menu kat kertas pun ada. Kena tick sendiri mana nak order, so pelayan tak payah pening2 tunggu apa nak order. Gambar belah atas kana tu pulak semua pekerja cendol wahab yg tgh menunggu cendol siap untuk dihantar kepada pelanggan. Yang buat cendol la yang mandi, tak rehat langsung. Aku pulak tak tau nak order apa…macam2 cendol ada.

Ok ni yang berjaya aku order. Cendol jagung dgn cendol pulut dan diselangi dengan mee goreng mamak. Memang terbaik. Cendol cukup lemak manis dan santan, air batu pun tak terlalu hancur. Harga? semua sekali kurang RM10.00. Kalau singgah ke Wangsa Maju boleh try.

Ok till the next entry.

Muzium Negara Part II

Posted: 06/03/2011 in Sukan

Ok seperti yang dijanjikan, aku teruskan part II lawatan ke Muzium Negara pada 19 Februari lepas. Saja aku drag lama2 untuk update sebab saja nak bagi surprise (walaupun tau korang tak baca pun). Apapun to explain further, tujuan aku tiba2 nak ke Muzium Negara ni sebab ada pameran juara AFF. Kalau saja2 nak pergi memang 30 tahun pun belum tentu. So, sebab nak tengok sendiri piala AFF dari dekat dan bermacam2 pameran berkaitan AFF aku pun meringankan kaki ke sana. Haha ni baru replika, piala betul jap lagi kita tengok. Pameran AFF ni berlangusng sebulan dari 1-28 Februari 2011 di ruang legar Muzium Negara. Kat luat Muzium pun ada tertera poster2 dan gambar2 perlawanan awal sehingga akhir. So lets check it out apa yang aku dapat tangkap masa tu. Ok ni antara gambar2 yang dapat aku capture masa pameran AFF. Memang ada gambar aksi yang tak keluar paper so aku snap je. Gambar tengah tu Safee dgn Kunanlan meraikan jaringan gol dan gambar ni telah dipilih untuk jadi cover version DVD PS2 untuk game Pro Evolution Soccer versi AFF. Ok ni koleksi paling rare. Atas tu jersi, glove dan boot Khairul Fahmi @ Apeq. Aku memang minat gila dgn boot Asics merah ni. Memang kena carik ni. Bawah pulak jersi Safee dan bootnya. Siap jahit initial SS lagi. Sebab aku tak leh pakai vapor so takde keinginan nak boot Nike ni.

Ha inilah dia piala AFF yang tersergam indah. Beratnya tak tau pulak berapa. Di sebelah atas kiri tu medal yang dimenangi oleh setiap pemain dan yang bawah pulak piala penjaring terbanyak milik Safee Sali.

Sebelum balik sempat jumpa Safiq, Matyo dgn Safee. Huhu satu lawatan yang sungguh berbaloi. Ada yang kata nak tunggu bertahun-tahun lagi nak tengok camni? Tapi aku positif bolasepak Malaysia akan lebih cemerlang selepas ini. Tak mustahil Piala Asia pulak kat Muzium Negara lepas ni. Kenapa aku tak cakap Piala Dunia? Realistik sikit kawan. Satu2 dulu kita rembat.

Ok till the next entry. Be good and take care 🙂