Archive for August, 2013

Salam Aidilfitri,

Bila sebut pasal raya dan apabila meneliti konsep raya sejak dari kecik sampai besar sekarang, aku tertarik untuk menulis mengenai empat elemen ini.

1. Kad Raya

– Dah tak ramai yang nak hantar kad raya macam dulu. Tukar kad dengan teman sekolah, cikgu, kawan baik, gilfren dan secret admire. Benda nampak simple tapi elemen keakraban dan kekitaan lebih terasa bila dapat kad.

– Teringat dulu masa kerja part time dekat Pos Malaysia sorting kat raya. Siap boleh baring lagi atas timbunan jutaan kad raya tu. Setem pun baru 20 sen kalau tak lekat sampul. Sekarang, ada lagi ke timbunan kad tu dan berebut-rebut lagi ke orang nak kerja part time kat Pos Malaysia tu. Sejam RM4.00 kerja sampai jam 10.00 malam sampai malam raya. Mau tak muai? Sepasang Levi’s boleh sambar tu 🙂

– Sekarang, orang lebih selesa hantar SMS, Whatapps, FB dan pelbagai lagi media sosial untuk ucap selamat hari raya. Aku? Alhamdulillah masih lagi tegar menghantar kad raya kepada teman rapat sebagai simbol raya itu sendiri. Setahun sekali je pun kan. So, bagi yang terima kad tu, anda adalah insan bertuah yang masih aku hargai 🙂

2. Tablet

– Pagi raya lepas solat Aidilfitri, TV memang jadi santapan. Sarkis dan cerita raya dan program khas Aidilfitri memang memukau pada tiga hari raya pertama. Sahabat handai, saudara mara saling berbual bertanya khabar, bermaaf maafan. Yang tak dapat pulang telefon jadi perantaraan.

– Sekarang, masing-masing pegang satu tablet, smartphone. Ada masa luang terus skrol, bukan tengok harga saham tapi tengok apa yang dipost. Anak nangis pun disogok handphone. Nak kata orang lebih tapi sendiri pun kadang-kadang buat jugak. Cuma kalau boleh kita limitkanlah mana yang patut. Kalau tak raya tahun depan kita makan ketupat pakai Instagram jelah 🙂

3. Ziarah

– Dulu, asal raya je bergegaslah ke rumah ibu bapa kemudian sanak saudara dan sahabat handai. Seminggu raya tu penuh dengan aktiviti ziarah dan tak perlu berjemput. Mana yang ada singgah je asal dapat berjumpa mohon maaf dan bertanya khabar. Konsep raya dan ziarah amat bertepatan sekali.

– Tapi sekarang nak beraya pun kena tunggu jemputan open house. Kalau nak pergi beraya siap tuan rumah tu bilang “tunggulah aku buat open house nanti” ataupun kita sendiri risau nak pergi beraya takut orang tu x jemput. Raya ni kena jemput ke atau tuan rumah tak bagi datang sebab tak ready apa-apa (ada kuih raya jelah tu)? Lagi confused pergi beraya ni semata-mata nak makan ke nak ziarah?

– Ada pula yang taknak ziarah terutama takut ditanya soalan cepu emas “bila nak kawin?” dan tak kurang juga dengan alasan, makcik ni kenal aku lagi ke…so time raya inilah masa kita nak atasi masalah ini dengan ziarah 🙂

4. Duit Raya

– Bagi pihak tuan rumah pemberian duit raya dianggap sedekah. Itu juga bagi yang mampu, bagi yang tak mampu, cukup sekadar memberi sedikit makanan dihidangkan kepada tetamu.

– Bagi pihak penerima (kanak-kanak yang masih menerima), ia dianggap wajib malah sanggup beraya dari satu rumah ke satu rumah untuk mengumpul duit raya (walaupun tak kenal). Konsep beraya betul tapi konsep mengumpul kurang tepat walaupun suka-suka.

– Ada juga ibu bapa yang memujuk anak-anak untuk ikut beraya ke rumah sanak saudara dengan alasan “nanti boleh collect duit raya”. Yang mana satu betul ni? Nak ziarah keluarga supaya dah besar nanti kenak saudara atau nak collect duit raya? Kalau dapat tu Alhamdulillah 🙂

Apapun terpulang kepada kita untuk sama-sama memupuk budaya-budaya ini supaya ia tidak disalah erti atau terus pupus 10 tahun lagi. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin 🙂

Menjelang Piala Malaysia 2013 yang akan bermula 20 Ogos ini, ikuti sorotan tiga perlawanan terbaik Selangor dalam MSL 2013. Perlawanan terbaik ini adalah hasil penelitian mata kasar, kualiti permainan, jaringan cantik dan kemeriahan suasana stadium.

1. Tempat pertama jatuh kepada game Selangor menetang JDT pada 9 Mac 2013. Selangor bermula garang menerusi lambungan S.Kunanlan dan penyudah tajam Forkey Doe. Peter Chrappan dibuang padang sebaik separuh masa kedua bermula namun Mahali Jasuli bergerak solo untuk gol ketiga sebelum penyudah lagenda dari Amri Yahyah pada minit ke 69. Matyo menjaringkan gol saguhati buat JDT. Dihadiri lebih 60,000 penyokong, angka terbesar dalam MSL 2013 setakat ini di SSA.

2. Game Kedua yang paling menarik ialah ketika Selangor menewaskan Pahang 3-2 di SSA pada 19 Januari 2013. Mendahului 2-0 selepas gol cantik Amri Yahyah dan tapping mudah juga dari Amri, Pahang bangkit dengan gol dua anak Roslan, Fauzi dan Razman biarpun lain bapak. Selangor bangkit dengan gol kemenangan melalui Ramzul, 10 minit sebelum tamat.

3. Menentang Pahang semestinya menarik. Kali ini Forkey Doe pula mengganas. Gol pertama ‘pemberian’ Rosfaizul disamakan dengan voli cantik R.Surendren. Forkey Doe datang lagi dengan rembatan kencang dan R.Surendren menyamakan kedudukan pada masa kecederaan. Memang epik pertemuan dua bekas musuh ini.

P/S : Piala Malaysia lagi 8 hari lagi. Terima kasih kepada Selangor TV News, Nazwa SFC dan Selangor FC atas perkongsian video 🙂