Archive for December, 2010

AFF Suzuki Cup Final : Leg 2

Posted: 30/12/2010 in Sukan

Salam semua,

Entry kali ni masih lagi berlegar tentang bolasepak Malaysia dan tak lain tak bukan final pusingan kedua AFF Piala Suzuki di GBK, Jakarta, Indonesia. Banyak cerita yang diberitakan di Jakarta oleh koresponden SFC yang mana team Malaysia diberi kawalan ketat oleh polis akibat tindakan fanatik penyokong Indonesia yang tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka 0-3 kepada Malaysia pada 26 Disember yang lalu. Akibatnya pasukan negara terpaksa ke GBK dari hotel penginapan dengan kereta perisai polis. Tak percaya? Cuba tengok gambar ni…

Sudahlah mereka beli tiket pun sampai roboh stadium, player kita nak pergi stadium pun tak boleh naik bas. Dan diberitakan juga penyokong mereka masuk ke stadium seawal jam 2.00 petang sedangkan game bermula jam 7.00 mlm WIB, lebih kurang 5 jam sebelum game. Tak sangka rakyat Indon sanggup berbuat demikian semata-mata nak tengok Malaysia menjulang piala AFF.

Untuk aku yang tak sempat ke GBK, Restoren Singgah Selalu menjadi tempat berkumpul. Lebih kurang 300 orang berpusu-pusu menyaksikan skrin gergasi di sini. Seperti biasa, fenomena 1Malaysia dapat dilihat apabila semua lapisan masyarakat memakai jersi Malaysia.

Huhu nampak macam best je seating aku tu kan tapi sebenarnya ‘giant screen’ tu betul-betul depan aku. So terpaksa mendongak jelah sepanjang game. Perlawanan begitu genting terutama lepas Indonesia dapat penalti. Tetapi sebaik sahaja penalti tak dapat disempurnakan, bergegar restoren SS macam kat stadium. Betapa meriahnya suasana di sini.

Dan setelah menunggu inilah gol yang menggamatkan restoren SS dan seluruh Malaysia. Satu jaringan on the run yang cantik dan menjadikan kedudukan aggregat 4-0. Selepas itu, pasukan negara terus ditekan dan akhirnya timnas Indonesia berjaya menjaringkan dua gol. Keputusan muktamad Indonesia 2 Malaysia 1 namun Malaysia gah menjuarai piala AFF dengan aggregat 4-2.

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan semua yang hadir berpesta dengan percikan bunga api dan menjerit kegembiraan. Cuba lihat di sebelah atas gambar tu…

Huhu…sampai ada yang berdiri atas kerusi. Tokei kedai pun layan je. Apa ada hal…Malaysia dah menang, aku pun untung besar korang makan kat kedai aku…ternyata 14 tahun penantian kini terubat akhirnya. Dan ada yang tak sangka, air mata kegembiraan mula menitis.

Safee Sali, penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol yang nyata menjadi motibasi kepada anak-anak muda untuk mengikut jejak beliau sebagai pemain terhebat ASEAN 2010. Tahniah Safee. You really made my day.

Wajah sugul Christian Gonzales. Diberitakan team PERSIB dari Bandung cuba memancing Safee. Jika benar Safee akan partner dengan Gonzales atau diberi jolokan El Loco ini. Apapun El Loco telah sampai ke penghujung karier. Namapak Muslim dan Fadhli mudah mengawal pergerakan ‘awang import’ Indonesia yang telah dinaturalisasi ini.

Inilah wajah ceria Safiq Rahim menjulang Piala AFF. Kualiti gamabr kurang sharp kerana zoom pakai kamera handphone. Apapun we are the king of ASEAN.

Inilah dia geng aku tengok bola, Masyuk dan Yott. Memang steady siap bawak bendera walaupun tengok ‘giant screen’. Lepas ni tak tau lagi bila kemeriahan seperti ini akan dapat dinikmati. Kepada skuad negara, teruskan kecemerlangan pada masa akan datang. Semoga MSL tahun hadapan lebih meriah demi bolasepak negara.

Malam itu kami pulang gembira sambil membunyikan hon sepanjang jalan.

MALAYSIA JUARA PIALA AFF!

AFF Suzuki Cup Final : Leg 1

Posted: 30/12/2010 in Sukan

Salam semua,

Entry kali ni aku nak cerita pasal Piala AFF Suzuki. Asyik tengok EPL je bermakna kita tak perlu lupa dengan bolasepak Malaysia. Walaupun bungkam perlawanan pertama dengan Indonesia 1-5 di Gelora Bung Karno (GBK) pasukan negara bangkit mencipta kemenangan demi kemenangan hingga berjaya mara ke final lepas 14 tahun.

Inilah dia tiket perlawanan akhir terbuka yang berharga RM30.00. Aku berjaya dapatkannya pada hari Sabtu bagi mengelakkan tiket habis dan beratur panjang. Sebab dah biasa dengan aroma perlawanan akhir jadi tak mau berputih mata so kita gerak beli tiket awal. Senang cerita.

Nak dijadikan cerita, pukul 5.00 petang aku dah gerak ke SBJ. Jalan jammed dengan penyokong Malaysia berarak ke stadium. Tak kira warna kulit, bangsa dan agama semuanya mempunyai satu misi, ke SBJ tengok pasukan Malaysia beraksi. Tepat jam 7.00 malam aku sampai ke blok 208 tempat budak-budak Selangor FC berkumpul.

Tengok tu…pukul 7.00 malam masuk so aku terpaksa duduk di tangga blok 208. Punyalah semangat semua warga Malaysia nak tengok game bersejarah ni. Tapi aku happy sebab dah lama tak tengok suasana meriah ni bagi team negara. Kalau Selangor tu dah selalu sangat tengok huhu…

Beginilah keadaan di SBJ sejam sebelum kick off…sungguh ramai sekali dengan jersi pasukan negara. Di sebelah kanan aku memang semua penyokng Malaysia. Tak kira kecik, besar, tua dan muda, mereka bersatu hati menyokong Malaysia. Sedar tak sedar bolasepak menyatukan kita semua.

Nun jauh di sebelah kiri tempat aku duduk pula penyokong ‘Merah Putih’ sang garuda Indonesia. Lebih kurang 15-20 ribu. Ada yang datang dari seberang dan ada yang memang bekerja di sini. Tidak dinafikan mereka memang fanatik dengan Timnas mereka. Aku dapat rasakan suasana ini bila Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy beraksi untuk Selangor sekitar 2005 dulu. Kawasan tempat duduk bawah Stadium Shah Alam memang confirm penuh dengan Mat Indon sebab nak tgk BEPE dan Elie. Secara tak langsung diorang pun sokong Selangor.

Dan setelah 90 minit perlawanan yang mendebarkan, inilah keputusannya memihak kepada Malaysia dengan jaringan 3-0 hasil jaringan Safee Sali minit 56 dan 71 dan satu gol lagi disumbat oleh Md Ahsari Samsudin pada minit ke 66. Memang meriah suasana menyambut tiga gol tersebut. Jeritan, pekikkan dan pujian dihamburkan kepada semua pemain. Nyata rakyat Malaysia berpesta malam tu sampai aku pun hilang suara.

Inilah wajah keriangan kami selepas 14 tahun menanti…sampai orang semua dah keluar stadium tapi kami tetap terus menyanyi…

dan lagi…

dan lagi…

 

Begitulah meriahnya malam 26 Disember 2010. Walaupun penat tapi aku gembira. Malam tu lepas game terus bergerak pulang ke JB. Sampai RNR Ayer Keroh pun masih jumpa rakyat Malaysia dengan jersi kebangsaan. Tapi korang setakat Melaka je, aku dari JB lagi. Sebab penat aku tido kejap dan sambung perjalanan pulang jam 3.00 pagi dan selamat sampai 5.00 pagi. Dua jam lepas tu aku masuk kerja dengan mata yang rabak.

Demi Malaysiaku…