Archive for January, 2015

IKEA dan Kehidupan Kita

Posted: 29/01/2015 in Bacaan Ringan

IKEA gedung perhiasan dan peralatan rumah terbesar di dunia dan mempunyai cawangan hampir seluruh negara di atas bumi ini. IKEA berasal dari Almhult, Sweden diasaskan pada 1943 oleh Ivglar Kampard adalah peruncit perabot terbesar yang mengamalkan konsep ‘self assembled’ atau pasang sendiri. Gedung IKEA terbesar di dunia terletak di Gwanmyeong, Korea Selatan dengan keluasan 640,000 kaki persegi dan keuntungan kasar IKEA seluruh dunia pada 2013 dianggarkan lebih 28 juta Euro.

내년 말 개점하는 이케아 광명점 조감도IKEA Gwangmyeong, Korea Selatan

Saya juga penggemar IKEA. Bagi saya IKEA bukan hanya untuk golongan berada ataupun high class income earner tetapi harus dilawati bukan sahaja untuk shopping tetapi IKEA boleh membantu meningkat kualiti kehidupan kita melalui beberapa pendekatan. Tolak tepi kenikmatan lazatnya meatball dan halusnya ice cream vanilla, antara perkara yang boleh dipelajari hasil lawatan ke IKEA ialah :

  1. Sistematik

Pertama kali melangkah masuk ke mana sahaja stor IKEA di serata dunia, ia nampak teratur dan sistematik. Pembahagian kawasan dilakukan mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan. Dari perancangan membeli, susun atur, checklist dan pemasangan barang dibuat secara teratur dan sistematik. Penstrukturan ini jika diterjemahkan dalam bentuk kehidupan seharian kita akan jadi lebih mudah. Semua perkara yang ingin kita lakukan sangat teratur dan mengikut perancangan sama seperti kita melangkah masuk ke dalam gedung IKEA. Perjalanan hamper dua jam mengelilingi gedung IKEA seakan tidak dirasai. Ia seolah kita bangun seawal pagi dan menyusun pergerakan kita dari rumah ke pejabat. Setibanya di pejabat kita mula membuat to-do-list dan sasaran kita untuk hari tersebut dan akhirnya sebelum pulang kita melihat semula apa yang telah kita lakukan seharian di pejabat. Pulang ke rumah pula masa kita bersama keluarga dan tamatlah hari tersebut saat kita melelapkan mata. Ia sama seperti saat kita keluar dari gedung membawa pulang barangan dengan azam untuk pulang ke rumah dan berangan menikmatinya.

  1. Imaginasi

Kita melihat sesuatu barangan itu seakan mustahil untuk ditempatkan dalam ruang tamu atau bilik rumah kita tetapi apabila melangkah masuk ke gedung IKEA kita memperolehi cetusan idea dan otak mula berimaginasi tentang design atau susun atur mengikut kesesuaian rumah kita. Pelanggan mula mencongak susun atur dengan pelbagai ukuran agar sesuai dengan ruang mereka. Imaginasi ini boleh melangkaui pemikiran kita yang sebelum ini menidakkan perkara di luar jangkaan kita. Begitu juga dengan kehidupan dan beberapa keputusan penting yang perlu kita buat. Tanpa imaginasi tidak mungkin kita dapat menilai apakah kebarangkalian dan risiko keputusan yang dibuat. Dengan imaginasi juga kita dapat merealisasikan apa yang kita imipikan sebelum ini sama seperti mengimpikan sebuah sofa cantik di IKEA untuk diletakkan di ruang tamu kita.

  1. Kemahiran Hidup

Masih ingat aktiviti menggergaji dan memutar skru ketika mempelajari matapelajaran Kemahiran Hidup di zaman sekolah dulu? Jangan bazirkan kemahiran tersebut kerana IKEA mengajar kita untuk meneruskan kemahiran tersebut saat kita menjalani kehidupan. Tindakan IKEA utnuk tidak memasang siap semua perabot yang mereka jual bukan sahaja menjimatkan kos pengeluaran malah mengajar kita untuk melatih kemahiran hidup yang kita pelajari dulu. Ia semudah 1,2 dan 3 dengan syarat kita mengikut segala arahan yang dibekalkan dalam setiap barangan yang dibeli. Kadangkala setelah selesai memasang, kita tidak terfikir begitu mudah memasang barangan itu sehingga ia kukuh sebegitu. Teknik memutar skru, memasang kayu sandal, menggerudi adalah kemahiran asas bertukang dan ia mudah dan menjimatkan wang tanpa perlu memanggil tukang rumah. Ia juga turut menjadi asas kepada kita agar kerosakan kecil di rumah dapat diperbaiki serta merta. Bayangkan sebuah almari pasang siap yang dibeli kemudian mempunyai masalah pintu selepas dua tahun. Tanpa kemahiran ini, tentunya kita berpandangan membeli almari baru adalah jalan penyelesaian bukan?

  1. Sikap Manusia

Sikap manusia dibentuk dalam diri manusia itu sendiri dengan ilmu dan persekitaran yang positif. Ilmuwan berkata, jika kamu ingin menjadi pandai maka bergaullah dengan orang yang pandai nescaya kamu akan terkena tempiasnya. Bagi saya sikap yang positif adalah penentu kepada nilai diri seseorang. Di IKEA, pelanggan rata-rata mengamalkan konsep positif dari segi sikap. Perhatikan tatkala menikmati meatball di restorennya, semua cermat beratur tanpa sebarang rungutan. Ketika proses pembayaran juga tiada yang marah akibat beratur panjang kerana faham dengan situasi tersebut. Begitu juga sikap tolak ansur dan toleransi ketika mengambil barangan dari dek penyimpanan dan tiada yang mengambil kesempatan terhadap barangan yang dijual. Ini adalah sikap yang perlu disemai bukan sahaja di IKEA malah di mana-mana sahaja. Sikap toleransi, menghormati, sabar dan tolong menolong adalah sifat terpuji dan ia diamalkan di negara maju seperti Korea, Jepun dan sebahagian besar negara Eropah.

  1. Mengemas Meja Selepas Makan

Ini adalah sifat paling terpuji yang wajar dilakukan oleh semua rakyat Malaysia. IKEA menyarankan kita untuk mengemas meja selepas makan dengan meletakkan pinggan dan cawan di tempat yang disediakan dan membersihkan meja dan kawasan makan kita selepas makan. Dengan itu, IKEA dapat menjimatkan kos pekerja untuk pembersihan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan juga harga kos barangan yang dijual. Itu mungkin nampak sebagai strategi perniagaan tetapi bagi saya IKEA sebenarnya telah mengajak kita sebagai umat Islam terutamanya mementingkan nilai murni dan kebersihan. Di rumah kita turut diajar perkara yang sama tetapi di kebanyakkan kedai makan, kita dipandang enteng jika berbuat demikian. Tidak salah mengemas semula tempat makan di restoren makanan segera atau RNR bagi memudahkan orang terkemudian untuk menikmati jamuan mereka. Perkara ini turut dilakukan secara meluas di Jepun dan Korea dan ironinya mereka yang bukan Islam pun telah menjadikan perkara itu sebagai budaya. Sehubungan itu, wajarlah kita sebagai seorang Muslim mementingkan kebersihan dan membudayakan sikap mengemas meja selepas makan.

Selamat membeli belah 🙂

Tahun Baru, Azam Baru

Posted: 27/01/2015 in Bacaan Ringan

New Years 2015 Best and common resolution

Assalamualaikum semua. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2015. Ye belum terlambat sebab baru berlalu 24 hari haha. Selamat kembali menulis juga kerana ini merupakan entry pertama tahun 2015. Saban tahun apabila menjelang tahun baharu ramai yang memasang azam baru dan tentunya azam itu untuk meningkatkan kualiti hidup ataupun mencapai sesuatu yang belum tercapai dari tahun ke tahun. Namun begitu banyak azam-azam yang dicipta hanyalah bersifat sekadar memenuhi tuntutan sambutan tahun baru itu sendiri dan tidak bersifat longlast sehingga ke penghujung tahun tersebut. Akibatnya, setiap kali tahun baru tiba akan kerap muncuk azam dari tahun sebelumnya yang belum tercapai. Apa sebab terjadinya begitu? Adakah kita tidak bersedia atau terikut-ikut orang untuk mempunyai azam? Jom kita nilai apa cara terbaik untuk membina azam. Ianya semudah SMART.

  1. Specific

Menetapkan azam haruslah spesifik. Menurunkan berat badan dan ingin menjadi kaya bukanlah azam yang spesifik. Cuba letakkan satu target yang boleh dicapai bagi menuju kea rah azam tersebut. Sebagai contoh jika berat badan kita 100kg, berazamlah untuk turun ke 90kg iaitu 10kg. Jadi 10kg itu adalah sasaran kita. Jangan biarkan azam tanpa sasaran kerana kita tidak akan berusaha kearah itu.

  1. Measureable

Sasaran mestilah boleh diukur. Mengambil contoh tadi, 10kg itu adalah ukuran. 10kg tersebut boleh dibahagikan dengan 12 bulan di mana sebulan kita sasarkan penurunan sebanyak 0.8kg. Dengan pengukuran dan penilaian ini, kita dapat memotivasi diri untuk membuat inisiatif yang akan membantu kepada sasaran awal tadi.

  1. Attainable

Attainable bermaksud boleh dilayan atau dilakukan. 0.8kg sebulan dilihat tidaklah sukar. Ia termasuk latihan dan senaman bahkan penjagaan makanan yang rapi. Jika agak sukar, setkan target yang lebih rendah sebagai permulaan. Tetapi kita hari maintain dengan sasaran tersebut tanpa leka.

  1. Realistic

Ya sasaran mestilah reslistik. Jangan berat 100kg nak turun jadi 50kg dalam masa setahun. Banyak faktor perlu diambil kira dalam penetapan sasaran yang realistik seperti faktor kewangan, makanan, cuaca, pekerjaan dan sebagainya.

  1. Time Based

Akhir sekali azam dan sasaran perlu ada tempoh. Ia telah disebut pada item kedua tadi. Kalau contoh yang sama diambil, tempoh setahun dilihat ideal untuk membuat penilaian dan tempoh tersebut dikecilkan kepada bulan dan boleh difokuskan lagi kepada minggu. Terpulang kepada individu untuk membuat tempoh masa sendiri bagi tujuan kawalan.

Nah, siap sudah cara untuk menetapkan azam semudah lima langkah ini sahaja. Tulis dan lengkapkan azam ini berserta inisiatif pada setiap bulan Disember dan menjelang Januari, kita sudah bersedia untuk melaksanakan azam yang telah disasarkan. Ambil masa pada setiap hujung bulan untuk menilai prestasi semasa dengan itu kita akan sentiasa merasakan azam kita tadi ‘hidup’. Buat yang belum menetapkan azam, masih belum terlambat. Saya kongsikan sebahagian azam yang boleh dijadikan contoh. Tampal di tempat yang selalu dilihat agar azam kita bukan hadir pada setiap 1 Januari di laman sosial malah hidup setiap hari sehingga kita mencapainya.

UntitledSelamat Tahun Baharu 2015 🙂

2014 in Review

Posted: 01/01/2015 in Bacaan Ringan

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2014 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

A New York City subway train holds 1,200 people. This blog was viewed about 6,100 times in 2014. If it were a NYC subway train, it would take about 5 trips to carry that many people.

Click here to see the complete report.