Archive for December, 2012

2012 in Review

Posted: 31/12/2012 in Bacaan Ringan

Dear all,

Since today is the last day of 2012, I would like to express my heartiest gratitude and million of thanks to those who are viewing my blog until today. I’ll try to express my ideas and favorites into this blog and you are free to grab as much information as you need as long as its benefit you. Feel free to give comments and ideas and happy writing towards this new year. As last post for 2012, I attached the auto survey by WordPress to summarize my all my entry in 2012. Thank you and Happy New Yaer 2013 🙂

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

600 people reached the top of Mt. Everest in 2012. This blog got about 4,100 views in 2012. If every person who reached the top of Mt. Everest viewed this blog, it would have taken 7 years to get that many views.

Click here to see the complete report.

JADUAL LIGA SUPER SELANGOR 2013

-Pasukan disebut dulu sebagai tuan rumah dan semua perlawanan bermula 8.45 malam selain diberitahu.

8/1/2013 : Selangor vs Negeri Sembilan
12/1/2013 : Lions XII vs Selangor
15/1/2013 : Terengganu vs Selangor
19/1/2013 : Selangor vs Pahang
22/1/2013 : Perak vs Selangor
15/2/2013 : Selangor vs Kelantan
19/2/2013 : ATM vs Selangor
22/2/2013 : Selangor vs PKNS
2/3/2013 : TTeam vs Selangor
9/3/2013 : Selangor vs Johor DT
29/3/2013 : Felda United vs Selangor
13/4/2013 : Selangor vs Felda United
19/4/2013 : Negeri Sembilan vs Selangor
27/4/2013 : Selangor vs Lions XII
4/5/2013 : Selangor vs Terengganu
7/5/2013 : Pahang vs Selangor
10/5/2013 : Selangor vs Perak
18/5/2013 : Kelantan vs Selangor
21/6/2013 : Selangor vs ATM
25/6/2013 : PKNS vs Selangor
2/7/2013 : Selangor vs TTeam
6/7/2013 : Johor DT vs Selangor

JADUAL PIALA FA 2013

jadual-piala-fa-2013

Selangor dijangka memulakan kempen Piala FA 2013 pada 25 Januari 2013 menentang ATM seterusnya dijangka bertemu Felda United dalam pusingan kedua pada 26 Februari 2013. Jika mara, menanti di suku akhir Johor DT secara timbal balik pada 6 dan 16 April dan Pahang atau TTeam di aksi separuh akhir pada 25 dan 28 Mei 2013. Perlawanan akhir impian ialah bertemu Lions XII atau Terengganu pada 26 Jun 2013. Kenapa tidak TRW? Alasannya tahun lepas TRW dah menang 🙂

SKUAD LIGA SUPER SELANGOR 2013

No. Jersi______Nama Pemain____________________Posisi
1_________Fairul Azwan Shahrullai______________Penjaga Gol
2_________Kavichelvan a/l Vivekandanthan_______Tengah
3_________Mohd Fairuz Abdul Aziz______________Pertahanan
4_________Mohd Asraruddin Putra Omar_________Pertahanan
5_________Rameez Dayoub____________________Pertahanan
6_________Mohd Nasriq Baharom_______________Pertahanan
7_________Adib Aizuddin Ab Latif_______________Pertahanan
8_________Abd. Shukor Jusoh__________________Tengah
9_________Solihan Kanasian____________________Tengah
10________Francis Forkey Doe__________________Penyerang
11________Muhammad Afiq Azmi________________Penyerang
12________Mohd Bunyamin Omar________________Pertahanan
13________K.Gurusamy________________________Tengah
15________Mohd Raimi Md Nor__________________Tengah
16________S.Kunanlan_________________________Sayap
17________Mohd Amri Yahyah__________________Penyerang
18________Mahalli Jasuli_______________________Pertahanan
19________Wan Mohd Hoesne Wan Hussin__________Penyerang
21________Norazlan Razali_____________________Penjaga Gol
22________Muhammad Ramzul Zahini Adenan______Penyerang
23________S.Venood__________________________Tengah
24________Fitri Shazwan Raduwan________________Sayap
25________Sharbinee Alawee Ramli_______________Penjaga Gol

PREBIU SELANGOR 2013

1. Mohd Amri Yahyah selaku pemain paling setia dan senior memulakan tahun ke 11 bersama Merah Kuning dan kekal sebagai ketua pasukan dibantu Mohd Asrarudin Putra Omar;

2. Forkey Doe, Mahalli Jasuli, S.Kunanlan antara muka baru yang menyarung jersi Selangor bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Safiq Rahim, Amirul Hadi Zainal dan Bosko Balaban;

3. Selangor masih lagi mempunyai dua slot pemain import (jersi 14 dan 20) bagi mengisi kekosongan kuota untuk Piala AFC. Walaubagaimanapun hanya dua pemain yang boleh didaftarkan untuk MSL/FA dan Piala Malaysia 2013;

4. Stadium Shah Alam telah melepasi had pencahayaan 1,000 lux untuk bermain di sebelah malam;

5. Kappa terus menjadi penaja jersi pasukan Merah Kuning buat tahun ketiga. Tahun 2013 ini, jersi Selangor ala Borussia Dortmund;

6. Selangor akan beraksi enam perlawanan dalam bulan Januari dan tempoh itu menguji tahap kecergasan dan sistem penggiliran pemain oleh Irfan Bakti. Itu belum dicampur dengan perlawanan Piala AFC yang dijangka bermula Februari 2013;

7. Irfan Bakti dipilih menjadi jurulatih merangkap pengurus selepas Dato’ Mokhtar Ahmad mengundur diri. Pelantikan ini sama seperti K.Devan pada tahun 2011;

8. Menduduki tempat ketiga selepas menang penalti 3-2 dengan DPMM Brunei dalam perlawanan pra musim di Indonesia melibatkan kelab-kelab Indonesia, Brunei dan pasukan MSL Kelantan;

9. Irfan Bakti hanya menjanjikan satu piala ke bumi Darul Ehsan tidak kira besar atau kecil piala tersebut. Kali terakhir Selangor memenangi kejuaraan ialah pada 2010 ketika menjuarai MSL;

10. Selangor akan kekal menjadi pasukan yang memenangi kejuaraan terbanyak jika memenangi salah satu piala yang dipertandingkan termasuk Piala AFC. Untuk rekod jika menang MSL Selangor mengatasi Kelantan dan Kedah untuk tiga kejuaraan, kalau menang Piala FA, ia merupakan kali kelima mengatasi pencabar terdekat Kedah dengan tiga kejuaraan manakala jika memenangi Piala Malaysia, Selangor melengkapkan misi 33 kali mendakap piala keramat tersebut, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Singapura sebanyak 24 kali.

Semoga berjaya skuad Merah Kuning. Ayuh, gegarkan Shah Alam 😀

PicsArt_1352559971456

Kalau dah ke Bandung rasanya tak complete kalau tak ‘singgah’ ke Jakarta. Perjalanan ke Jakarta dari Bandung mengambil masa 3 jam, itu pun kalau tak jam. Perjalanan menggunakan highway dari Gerabng Tol Pastuer. Highway pun lebih kurang macam PLUS namun apa yang mengkagumkan setiap RnR dia dua kali ganda besar dari RnR kita. Siap ada Masjid lagi.

Sampai saja di pinggir bandar Jakarta (lebih kurang dari Nilai nak ke KL) jalan mula macet (sesak). Kata pemandu kalau hari bekerja mau 3 jam lagi dari situ nak ke Jakarta. Mampos! Bayangkan dari Nilai ke KL amik masa 3 jam! Mau aku patah balik JB. Mujur aku pergi hari minggu so amik masa setengah jam aje dari situ.

Masuk bandar Jakarta memang sesak ya amat. Kiri kanan orang berniaga. Kebetulan nak raya haji, jual lembu, kambing tepi jalan je. Dan tak ketinggalan, gelandangan di tepi jalan walaupun Jakarta sebuah bandar. Penduduknya cecah 10 juta. Sangat sesak!

Tempat yang dituju hanya satu iaitu Tanah Abang (TA). TA ni ala2 Pekan Rabu atau Pasar Besar Siti Khadijah tapi lebih 10 kali ganda besar. Ada 7 tingkat dengan 4 wing. Bisa sesat kalau tak ingat pintu masuk. Macam2 barang ada jual dari busana muslim, kain pasang, telekung dan macam2 lagi. Sediakan duit aje.

Tak banyak masa aku buang kat sini lebih kurang 3 jam je. Sebelum gerak pekena teh sosro dengan nasi liwet berlaukkan gurame bakar. Memang mantap! Dah angkut apa yang berkenan, aku gerak pusing2 bandar Jakarta sebelum pulang ke Bandung. FO menanti tu..sempat lagi sampai sebelum tutup 🙂