Archive for March, 2012

Rasanya tidak keterlaluan untuk melihat aksi mereka meraikan kejayaan sebagai juara yang aku rasa ntah bila kali terakhir rasa ini tiba. Agak lama juga tak menulis pasal UTMFC ni sejak terkeluar secara pahit di kejohanan SUKUM di UTeM Julai 2011 yang lalu.

Kali pertama dijemput untuk turut serta dalam UTM Games 2012 (yang dahulunya dikenali sebagai SUKAM), UTMFC menjadikan medan ini sebagai pemanas badan sebelum latihan pusat untuk SUKUM yang dijangka bermula pada April ini. Dengan itu, pihak pengurusan memandang serius setiap perlawanan walaupun berdepan dengan pasukan yang mentah (pemain terdiri dari student UTM yang tidak bermain dengan U-team bagi tahun 2011/12) dan jadual yang padat (seminggu 6 game).

Berikut adalah keputusan perlawanan :

12/03/2012 (Sabtu) : Perlawanan Pertama, UTMFC 4-0 KTHO (Ude 3, Ujang)

15/03/2012 (Selasa) : Perlawanan Kedua, UTMFC 2-0 KRP (Ude 2)

17/03/2012 (Khamis) : Perlawanan Ketiga, UTMFC 5-1 KDOJ (Jai 3, Leng, Megat)

16/03/2012 (Jumaat) : Suku Akhir, UTMFC 4-1 KTGB (Ude 3, Jai)

17/03/2012 (Sabtu) : Separuh Akhir, UTMFC 3-1 KTDI (Leng, Didie, Kecik)

18/03/2012 (Ahad) : Akhir, UTMFC 3-1 K10 (Ude, Jai, Aidil)

Objektif penyertaan tercapai dengan pendedahan pemain-pemain simpanan bagi memberi pengalaman beraksi dalam situasi game yang sebenar. Sejumlah pemain yang akan dipanggil untuk latihan pusat dijangka bertambah bagi memberi pilihan lebih terbuka untuk pembentukan pasukan yang lebih mantap pada tahun ini. Dengan beberapa pemain yang telah mendapat pendedahan dengan bermain di kelab-kelab sekitar Johor Bahru, ia dapat membantu pemain-pemain junior dalam memantapkan permainan.

Selepas ini, UTMFC akan meneruskan liga friendly dengan team yang sudi dan latihan pusat dijangka akan bermula April ini. Sehubungan itu, topik UTMFC akan kembali hangat menjelang SUKUM nanti. Jumpa lagi 🙂

Kerja Senang Bikin Jadi Susah

Posted: 12/03/2012 in Sukan

Itulah yang dapat diungkapkan pada game kedua kalah mati Piala FA antara Johor FC dan Selangor. Selesa mendahului 2-0 pada minit ke 55 hasil jaringan Azidan dan Asrarudin dan bermain menentang 10 orang sepanjang 103 minit (termasuk masa tambahan), Selangor mensia-siakan peluang apabila tewas penalti 4-5.

Bermain dengan confident sekali dengan short passes dan build up dari bawah, Selangor mendahului menerusi Azidan hasil crossing dari Razman dan tapping dari Soley dengan ditolak mudah Azidan. Soley, Kecik dan Balaban bermain baik pada first half dan second half Selangor bertambah selesa apabila sidekick corner Amri terkena tiang dan melantun ke badan Asrar untuk gol kedua.

Segalanya bermula apabila benteng Selangor sambil lewa. Bola tinggi gagal dicabar Asrar, lay off baik Anthuro kepada Fauzi Shaari dan voli beliau membawa gol semangat buat JFC pada minit 58. Lapan minit selepas itu, Lan dengan aksi ‘main-main’ nya cuba menganjing Anthuro dengan melengah-lengahkan tangkapan. Akibatnya Anthuro berjaya mencuit bola dan round off Lan sebelum menolak ke mulut gol yang terbuka. Nampak seperti foul tapi pengadil tidak mengendahkannya. Nasib baik Selangor tidak pulang awal apabila tandukan Zamri Chin terkena palang.

Tiada aksi menarik sepanjang masa tambahan dan JFC memang mengharap sepakan penalti memandangkan terpaksa bermain 10 orang sepanjang permainan. Menjelang penalti Amri, Razman, Balaban, Guna menyumbat gol manakala Kancung menembak langit sementara sepakan Soley ditepis Anis.

Tamat sudah perjuangan Piala FA dengan penyingkiran yang mengjengkelkan. Inilah hadiah kepada kunjungan pertama aku untuk menonton aksi Selangor musim ini.