Archive for December, 2013

Sukum 5

Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia kali ke-38 kali ini berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia bemula 2 – 10 November 2013. Kejohanan kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya di mana tarikh kejohanan berlangsung di penghujung tahun dimana kebiasaannya berlangsung pada pertengahan tahun. Ini disebabkan UMP menarik diri dari menjadi tuan rumah seterusnya jawatankuasa memilih UKM untuk menjadi medan pertarungan pada tahun 2013 ini.

UTM FC seperti tahun-tahun sebelumnya telah bersedia pada tahun ini. Tidak meletakkan sebarang harapan, hanya mahu melepas badi layak ke pusingan kalah mati menjadi sasaran utam tahun ini. Semua pemain telah bersedia dan mengambil maklum bahawa juara 2012 UPNM bersama UPSI menjadi rakan sekumpulan UTM pada tahun ini.

Sukum 7

Perlawanan pertama dihadapi dengan penuh tabah walaupun sedikit tertekan selepas UPNM membenam UPSI 3-1 pada perlawanan pertama mereka sehari sebelum perlawanan ini. UTM membariskan Shalehuddin sebagai penjaga gol, Norzaidi, Budiman, Jemahari dan Dzulhelmi sebagai pertahanan, Wan Yusryzal, Shahrizan, Suffian, Fitri Amir dan Faezel sebagai pemain tengah sementara Zaini diletakkan keseorangan di hadapan dengan formasi 4-1-4-1. Formasi asal 4-4-2 terpaksa dirombak kerana Faridzuan dan Aidil kurang cergas. UTM bermula baik apabila Zaini menanduk masuk gol pertama seawal minit kedua. Akhir babak pertama, pengadil menghadiahkan sepakan penalti atas kekasaran yang dianggap minimal dan UPNM menyamakan kedudukan 1-1. Bermula separuh masa kedua UTM ketinggalan pada minit ke 50. Namun UTM bangkit setelah mendapat penalti yang disempurnakan Aidil dan lima minit sebelum tamat Zaini muncul wira menyudahkan peluang untuk UTM menang 3-2. Kemenangan ke atas juara bertahan membuka mata semua pihak dan menaikkan moral pemain UTM.

Menjelang perlawanan kedua menentang UPSI sehari kemudian, UTM kembali ke formasi 4-4-2 dengan mengekalkan Shalehuddin di gawang, Norzaidi, Budiman, Jemahari dan Dzulhelmi di benteng dan membariskan semula Faridzuan, Aidil, Suffian dan Faezel di tengah dan Fitri Amir bergandingan dengan Zaini di barisan hadapan. Walaubagaimanapun, UTM tersentak dengan dua gol seawall 20 minit pertama menyaksikan UPSI mendahului 2-0. Namun 10 minit terakhir sebelum rehat UTM bangkit menjaringkan gola melalui Suffian dan Fitri Amir bagi mengikat kedudukan 2-2 pada separuh masa. Di separuh masa kedua UTM banyak menguasai permainan dan akhirnya Berjaya mendahului 3-2 melalui penyudah tajam Fitri Amir. UPSI tidak mahu mengalah dan berjaya mendapatkan sepakan penalti ketika Budiman diarah keluar padang kerana kad kuning kedua. Namun penalti itu berjaya diselamatkan dan kedudukan kekal sehingga tamat UTM 3 UPSI 2. Dengan enam mata, UTM unggul sebagai juara kumpulan A diiringi UPNM, dengan tiga mata. Setelah empat tahun tersekat di peringkat kumpulan, UTM melepasi badi tahun ini layak ke suku akhir.

Sukum 9

Suku akhir menemukan UTM dengan UMK. Mereka pernah bertemu di SUKUM 2011 di Melaka dengan UTM menang 3-1. Namun di peringkat suku akhir, catatan lalu tidak boleh diambil kira. UTM tempang tanpa Budiman, lalu meletakkan gandingan Norzaidi dan Dzulhelmi di pertahanan tengah dibantu Jemahari dan Nazwar di kanan dan kiri sementara Shalehuddin kekal sebagai penjaga gol. Di tengah Faridzuan, Aidil, Suffian dan Faezel dan Fitri Amir, Zaini di bahagian depan. Dua percubaan awal Zaini singgah di palang bagai petanda buruk buat skuad UTM. 20 minit bermain, UMK mendahului selepas hantara silang dari sebelah kanan disudahkan dengan mudah tanpa kawalan. UTM bungkam di separuh masa. Masuk separuh masa kedua, UTM tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan. Sepakan percuma jarak 40 meter dari Aidil terus menerjah masuk. Selepas itu, UTM terus menguasai perlawanan namun gagal menjaringkan gol walaupun seorang pemain UMK telah dilayangkan kad merah. Keputusan tamat sepenuh masa dan mereka terpaksa bermain dalam masa tambahan. Sekali lagi UTM tidak menunggu lama. Sepakan penjuru di awal separuh pertama masa tambahan oleh Faezel disambut dengan voli dari Zaini tanpa mampu dibuat apa-apa. UTM 2 UMK 1. UTM seakan sudah pasti layak ke separuh akhir. Namun entah apa yang bermain di fikiran Wan Yusryzal sehingga melakukan kekasaran di luar petak penalti dim init akhir perlawanan. Seakan tidak dijangka juga pemain UMk terus melakukan percubaan di sudut sukar dan terus menerjah jaring. Dengan 10 pemain dan berbaki beberapa saat lagi, UMK berjaya menjaringkan gol penyamaan. Perlawanan berlanjutan ke sepakan penalti. Dua sepakan pertama UMK tersasar manakala kapten Fitri Amir tenang menyudahkan sepakan pertama. Namun gagal dituruti Shahrizan dan Suffian manakala pemain UMK menyamakan kedudukan. 1-1 pada sepakan keempat. Aidil tenang menjadikan 2-1 namun UMK gagal. Sepakan terakhir UMK berjaya menjadikan kedudukan 2-2 ini bermakna sepakan terakhir UTM jika berjaya dilunaskan, maka UTM layak ke separuh akhir. Bek kiri, Nazwar tidak menghampakan apabila sepakannya tidak dicabar dan UTM melangkah ke separuh akhir setelah kali terakhir pada 2008. Seluruh pasukan bergembira dan terharu setelah sekian lama tidak mengecapi kemenangan seperti ini.

Menentang USM di separuh akhir, UTM hanya mahu melawan sehabis mungkin. Mereka sedar lawan mempunyai kualiti tersendiri kerana rata-rata pemain adalah dari skuad Liga Perdana USM FC. Hujan lebat merencatkan sedikit corak permainan. UTM tampil dengan formasi 5-4-1 di mana Shalehuddin di gawang, Norzaidi, Budiman, Dzulhelmi, Nazwar dan Wan Yusryzal di benteng. Tengah pula dikendalikan oleh Jemahari, Suffian, Aidil dan Faezel sementara Fitri Amir keseorangan setelah kehilangan gandingannya Zaini yang direhatkan akibat kekejangan. UTM diasak hebat seawall perlawanan namun ampuh bertahan sehinggala pada minit ke 30, gawang UTM bolos hasil rembatan padu penyerang USM. Beberapa keputusan pengadil yang kurang tepat terutama di dalam kotak penalti memberi impak kepada permainan UTM pada separuh masa kedua. Akibatnya pemain hilang sedikit focus dan melepaskan gol kedua 10 minit sebelum tamat. Ketika asyik menyerang untuk mendapatkan gol, benteng UTM dihukum lagi dua minit sebelum tamat. UTM aku tiga gol tanpa balas untuk mengakhiri kempen kali ini dengan berkongsi tempat ketiga bersama UPNM yang turut tewas 0-2 kepada Unimap.

Sukum 10

Apapun pingat gangsa yang dimenangi setelah kali terakhir mendapat pingat perak pada edisi 2005 di UPM dilihat satu motivasi kepada pemain setelah sekian lama menanti. Berkat usaha pemain, komitmen pengurusan dan sokongan rakan-rakan telah membantu dalam perolehan pingat ini. Angka tiga agak sinonim denga UTM sepanjang kejohanan ini. Ikuti sedikit imbasan mengenai angka ‘3’ :

  1. UTM menang semua perlawanan dengan kemenangan 3-2 termasuk melalui sepakan penalti menentang UMK di suku akhir. UTM tewas juga dengan tiga gol di separuh akhir;
  2. UTM bermula di peringkat kumpulan (Kumpulan A) yang hanya mempunyai tiga pasukan iaitu UPNM, UPSI dan UTM. Kumpulan lain tetap dengan empat pasukan;
  3. Purata umur pemain UTM ialah 30an;
  4. Pemain berjersi nombor 3 UTM, Wan Norzaidi merupakan pemain paling lantang di dalam padang sepanjang perlawanan, bagi menaikkan semangat dan motivasi pemain UTM;
  5. Zaini muncul penjaring terbanyak UTM dengan tiga gol sementara Budiman menutip tiga kad kuning;

Sukum 11

Tahniah UTM FC. Ini merupakan kejayaan terbesar sepanjang 2013. Jumpa lagi di SUKUM 2014 di tanah UTM JB 🙂